Friday, December 04, 2009

A Tribute

Pagi ini saya keluar berjogging bersama kid, tinggalkan hp di bilik. kami pulang ke kolej lebih kurang pukul 8.45 pagi. saya memeriksa hp saya dan mendapati ada tiga missed call, daripada adik saya, nadzirah. ada juga mesej daripadanya yang berbunyi 'call balik'. saya rasa pada masa itu saya sudah dapat agak apa yang berlaku, "it must be something about my grandma". eventhough i was pretty sure what the 'thing' is.

jangkaan saya tepat, nenek saya telah kembali ke Rahmatullah pada waktu subuh pagi ini. dia merupakan satu-satunya 'orang lama' yang tinggal, kedua-dua datuk dan seorang nenek saya dah meninggal. sekarang, dia pula yang pergi.

saya memanggilnya dengan panggilan 'wan'. wan menghidap kanser. tiga tahun lalu wan mendapat kanser kelenjar. sempat dikesan awal, dibedah dan ketumbuhan itu dibuang, dijalankan di Perdana Specialists Hospital(Hospital Pakar Perdana). doktor yang merawat wan ialah Dr. Zahari, yang juga merupakan bekas pelajar MRSM PC. selepas dibedah, wan menjalani rawatan kimoterapi selama 6 bulan. saya melihat badannya makin lemah, rambutnya gugur. namun itu hanya untuk 6 bulan, selepas itu, wan kembali sihat, badan tak lagi kurus, rambut tumbuh balik. wan dah sembuh, saya gembira.

pada tahun ini, pada akhir bulan tiga, wan mengadakan kenduri kesyukuran untuk keputusan SPM saya. ia diadakan selepas saya tamat menjalani latihan PLKN. semasa saya berada di PLKN lagi, saya sudah mendapat berita bahawa wan sering tak sihat dan muntah2, serta demam. wan ada penyakit gastrik, maka kami berpendapat semua itu simptom gastrik. tapi wan masih gembira dan teruja mendengar perkembangan saya di PLKN. saya beritahu wan, saya terpilih untuk melakukan persembahan tarian tradisional di kem. wan sangat gembira, buktinya? dia asyik bertanya dengan begitu berminat tentang tarian2 apa yg akan dipersembahkan, mcm mana proses pemilihan, dan sebagainya...

selepas kenduri itu, wan jatuh sakit-demam berpanjangan. mama membawa wan ke hospital pakar perdana, masuk wad, dan dirawat sebagai pesakit gastrik. wan lemah, nak ke bilik air perlu dipapah, kami bergilir-gilir jaga wan. suatu hari, wan jatuh dalam bilik air, kepalanya sakit. doktor ambil keputusan untuk scan kepala wan. doktor menemui satu ketumbuhan dalam kepala wan, sebesar buah limau. wan menghidap 'brain tumour'. kata doktor, simptom gastrik, sama dgn simptom kanser. wan tidak boleh dibedah, disebabkan usianya sudah 71. kami mengambil keputusan menggunakan rawatan radioterapi. wan dipindahkan ke HUSM kerana hanya HUSM ada teknologi rawatan itu. wan dirawat oleh Dr. Abu Dzar dan Prof Bishwal. pada masa tersebut juga, DYMM Sultan Kelantan masuk wad. bilik wan bersebelahan bilik rehat kerabat sultan.

selepas radioterapi, wan pulang. dgn saya yg perlu ke universiti, mama dan abah sibuk, nasib baik, mak sepupu saya dtg dari johor utk menjaga wan. sehingga awal bulan sebelas, wan sihat, boleh bercakap, kadang2 boleh berjalan tanpa dipapah, tapi 2-3 minggu dekat raya haji, wan semakin lemah, dah tak boleh bangun, sakit satu badan. masa saya balik raya haji, saya lihat wan makin lemah, cakap pun slow2, tak dengar sangat, masa saya mahu pulang kekolej hari sabtu lepas,wan dah tenat. pagi tadi waktu subuh, wan dah tiada..... sebenarnya saya dalam dua, mahu pulang atau tidak untuk cuti raya haji, kerana cuti hanya tiga hari, sampai pagi raya, dan mengharapkan bas tambahan, tapi saya tetap balik, mungkin saya ditakdirkan pulang untuk berjumpanya buat kali terakhir, kerana kalau ikut jadual sebenar, saya hanya akan pulang 25 disember ini.

Al-Fatihah............

siapa sebenarnya orang yang saya panggil 'wan' itu?

dia bukan sekadar seorang nenek, atau org lama atau orang tua yang berumur 71 tahun. she worths more than that. far more.... dia merupakan seorang nenek yang paling advanced, paling open-minded, great businesswoman, paling mementingkan pelajaran, seorang yg masih mengekalkan budi bahasa cara org lama, tapi berfikiran moden.

1.sejak saya dan adik beradik berada dlm darjah 1 lagi, perkara yg menjadi keutamaannya adalah keputusan peperiksaan kami. dia bukan hanya sekadar bertanya dapat nombor berapa, tapi wan akan tanya berapa markah yang kami dapat untuk setiap subjek, paling ditekankannya ialah bahasa ingggeris dan matematik. my competitiveness is a product from her.

2.wan sangat peramah, jika dia berjumpa dgn org yg baru dikenali pun, dia boleh buat kawan, mungkin kerana wan mudah mesra dan pandai buat kawan,kalau wan masuk wad, jururawat satu floor tu kenal wan, doktor2 yg merawat wan konfem akan ingat wan, wan mudah berkawan dan berbual. setiap kawan saya yang saya bawa pulang mesti akan cakap-" baiklah nenek mung tuh"....

3.wan seorang yang mengikuti perkembangan semasa. wan meminati Tun Dr Mahathir. wan kerap kali memuji tun. kamu semua jangan terkejut, just be impressed, nenek saya kenal Barrack Obama! dia tahu sapa Barrack Obama, dia selalu cakap tentang presiden AS tersebut, malah dia beritahu saya tentang idea2 Barrack berkenaan hubungan luar AS dgn negara2 islam.

4.wan saya seorang tukang masak yg bagus. semasa mak saya pergi mekah, wan tinggal dirumah kami. wan ajar saya masak-gulai, kerutuk daging, dan sebagainya. tapi wan masak lagi sedap. wan pandai masak ayam percik, sangat pandai. ayam percik wan sedap sangat. ada satu ketika, ada orang yang sanggup datang dari Jepun untuk rasa ayam percik wan, ayam percik wan sangat tersohor. dulu, kalau setakat org dari kuala lumpur sanggup datang kelantan untuk beli ayam percik wan, itu perkara biasa. tapi wan dah lama dah tak buat ayam percik, kalau ditanya kenapa, wan cakap-"tok cekak la..."

4.wan berniaga, suka berniaga, dulu2, kalau satu hari tak berniaga, wan demam. dia bukan seorang peniaga biasa, disebabkan keramahannya, dia ada ramai pelanggan, ramai org senang dengannya, org memanggilnya 'mak wan'. dekat2 raya, dia boleh buat rm3000-rm5000 sehari.

5.wan rapat dgn imam2 masjid. semua dia kenal. kalau kami adik beradik nak exam, dia akan suruh imam2 atau tok guru buat air sembahyang hajat untuk kami. masa wan sakit, ada imam2, tok guru dan budak2 pondok datang ziarah.

6.wan sangat baik. kalau hal duit dan barang kemas, dgn cucu2, langsung tak berkira, nak apa, dia beli, nak rantai dia, ambik je...walaupun masa wan tengah sakit, dia masih bertanya pada saya-ada duit tak, kalau takda wan nak bagi. org pertama yang belikan telefon bimbit untuk saya bukan parents saya, tapi wan...

7.dalam dunia ni, tiada benda yg cucunya buat yg dia tak berminat. semuanya dia teruja nak tahu. kalau saya menyertai pertandingan bahas, dia akan tanya tajuk apa, dia akan tanya saya berhujah guna hujah macam mana, dia akan tanya pihak lawan balas apa, then saya balas apa, kalau saya menyertai pertandingan tunas saintis, dia akan tanya eksperimen apa sy buat, mcm mana ujian tuh, dia kan tanya secara detail, tidak kira walaupun terlalu saintifik, dia tetap nak tahu dan tetap tanya sehingga dia faham. sesungguhnya saya gembira dgn sikapnya itu, membuatkan saya jadi teruja...

8.wan sabar, cucu-cucunya kuat merajuk, maka dia akan selalu memujuk, dia suka peluk cucu-cucunya, dia akan berbual dgn kami mcm kawan... what a lost!

9.wan pandai melawa, masa dia hadiri konvokesyen mama, saya tengok wan pakai kebaya pendek-tgk dlm gambar. dia yang ajar saya pakai gincu, letak bedak, dia suka kalau cucunya pakai lawa2, 'jangok2'. dia suka tengok. saya rasa dlm bab ini, saya banyak mewarisi drpdnya.

10.wan ambil berat pasal keadaan sekeliling, dia suka bercerita, masa kecik, kitorang dgr wan cerita hantu masa nak tidur, wan jugak cerita masa zaman muda2 dia dan sebagainya.. a good story-teller.

sekarang wan dah tak ada, tapi mustahil saya akan lupakannya. sayu saya teringat wan pernah berkata suatu hari-"sempat ke wan nak tengok cucu-cucu wan bekerja, berkeluarga semuanya...". satu perkara yang saya pasti, wan mahu lihat kami semua berjaya. saya akan pegang harapan itu, saya tak akan lupakan....

i think thousands of love words on earth are still not enough to show my love to you, but i can feel ur soul n spirit are flowing in my blood, and as long as im living, they will keep flowing continuously.... i love u

Friday, November 13, 2009

Memalukan



Insiden kekecohan, balingan mercun, cubaan membakar kerusi stadium nasional oleh penyokong kelantan semasa perlawanan Piala FA 2009, Kelantan Vs N9 memang memalukan, menyedihkan, dan membawa imej buruk kepada negeri kelantan dan pandangan keatas moral rakyat Kelantan khususunya.

Orang luar ada yg melabel rakyat kelantan sebagai ganas dan 'gedebeh'. Memang bagus dan membanggakan semangat sukan yg ditonjolkan penyokong kelantan, sehingga tumpuan media kebanyakannya tertumpu kepada gelagat penyokong kelantan beberapa hari sebelum perlawanan.

Tapi pada hari perlawanan, semangat itu ditonjolkan dlm bentuk negatif. sebelum perlawanan bermula lagi mereka sudah membuat kekecohan dgn merempuh pintu pagar stadium, tidak menghiraukan larangan polis dan anggota keselamatan yg bertugas. kalau polis bertindak tegas sikit, cakap polis buli org ramai, tapi mereka sebenarnya yg kurang ajar.

semasa perlawanan, dek kerana marah dgn prestasi pemain yg kurang memberangsangkan, mereka membaling mercun ketengah padang, sehingga ada yg tercedera, bakar kerusi stadium, sbg tanda marah. marahkan pemain kelantan, namun kerusi stadium yg merupakan harta kerajaan yg dibakar, kurang cerdik sungguh!

memang tak tahu nk cakap dah pasal tindakan agresif penyokong kelantan nih. masa perlawanan di stadium di kota bharu april lalu, mereka bertindak membakar bas, apabila polis menyembur gas pemedih mata sehingga ada org awam yg tercedera, polis jugak yg disalahkan! kalau tak sembur, entah apa lagi yg diorang akan bakar...

konklusinya, apabila terjadi insiden seperti ini, banyak pihak yg rugi dan susah. memang diorang ni menyusahkan org-harta kerajaan rosak, polis disalahkan, org awam cedera, harta awam jahanam,KAFA pun kena saman! apalah yg diorang fikir masa bertindak demikian?

tolonglah ikut peraturan dan jadi bertamadun sikit, org lain pun marah jugak dengan aksi hambar pemain kelantan hari tu, tapi takdala sampai bakar-membakar, semangat tu bagus, tapi tonjolkanlah dlm tindakan yg sepatutnya dan bijak serta berhemah.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Sunday, September 20, 2009

Hari Raya+Lontong+Milin+EXAM

Terlebih dahulu, selamat hari raya kpd semua, maaf zahir batin...

Hari Raya saya tahun ni tak meriah sangat, sebab dah besar kot, budak2 suka... dapat duit raya, tapi bestla jugak sebab tv tetap meriah dgn cerita2 dan drama hari raya. raya pertama tahun ni, separuh hari dihabiskan bersama-sama nenek tercinta dikampung, selalunya kami balik ke tumpat untuk sembahyang raya, kemudian kami akan membawa nenek beraya dirumah kami. tapi tahun ni raya kat kampung pulakla... selalunya raya pertama memang penat layan tetamu, tapi hari ni rasa relax plak sebab raya kat kampungkan, kamila yg mengunjungi saudara mara.

Peluang ini saya gunakan untuk mengunjungi saudara mara dikampung, ada saudara kami dari johor yang datang beraya kesini, dia masak saya punya favourite food-LONTONG. best giler lontong yang dia masak tu, tak puas makan, dah lama mengidam nak makan lontong ni, cari punya cari tak jumpa, akhirnya kak laili masak hari ni, thanx kak laili!

raya tahun ni merupakan raya yg terakhir amilin di malaysia sebelum berangkat ke russia untuk sambung belajar dlm bidang perubatan. amilin is my best friend forever. kami berkenalan waktu di tingkatan satu semasa sama2 mendaftar di mrsm pasir tumboh. kemudian sama2 diterima ke mrsm pengkalan chepa. haluan kami berubah selepas spm. rasanya macam baru beberapa tahun lepas kami masuk tingkatan satu, cepatnya masa berlalu, menandakan kami semakin tua! he2. milin apply medic russia dbawah tajaan mara, saya pula memohon tajaan jpa untuk pengajian dlm negara. kadang2 cemburu jugak tengok kwn2 pergi study abroad, tapi saya juga yang tidak apply, apabila ditanya kenapa saya tak apply untuk sambung belajar dluar negara, saya akan jawab-im not ready... tapi betol ke bella? entahlah, saya rasa sebenarnya saya pun tak pasti, tapi saya dah pilih jalan ni, tajaan jpa pun dapat, so im just follow the path and do the best, untuk habiskan perjuangan ini, kita tak tahu hikmah di sebaliknya, lain org, lain jalannya. kalaulah saya apply medic russia, kalau ada rezeki, boleh fly sekali ngan milin, entahla.. tapi kdg2 sy rasa program asasi saya ni mengarut tu ada jugak,, entah rr,, kdg2 tertekan jugak, ramai budak2 yg pandai2 kat sini, kena compete.. entahlah...biasalakan, semuanya kena compete, kat mana2 pun, agaknya sy masih dbelenggu rasa tidak tahu bersyukur... tapikan jika fikir kebaikannya, jika study dlm negara, saya boleh aktif dlm persatuan2 dan pergherakan2 mahasiswa, itu memang bidang saya, he3.

lepas raya ni terus exam, final for sem 1. milin cakap, "bella u can do it!". itulah kami, sentiasa menyokong satu sama lain. untuk program asasi ni, apa yg bdk2 diploma belajar dalam masa 3 tahun, kitorg belajar dlm masa setahun, sebenarnya tak cukup setahun pun, dlm sepuluh bulan gitu... tak nak stress mcm mana? tapi bella hari ni still bella yg dulu, pantang menyerah sebelum berjuang... pandai ke tak pandai ke diorang tuh, saya tetap kena compete, so drpd asyik meratapi nasib, lebih baik kita berusaha menanganinya....

selamat hari raya sekali lagi, to amilin, selamat maju jaya, best friend forever, n doakan saya untuk exam nanti

Sunday, August 30, 2009

Sebat

Selain daripada isu wabak H1N1 yang makin menular, terdapat satu lagi isu hangat yang menarik perhatian saya; iaitu isu Kartika Sari Dewi Shukarnor. Umum telah mengetahui tentang kes wanita ini. ? Kartika, 32, seorang model yang berasal dari Sungai Siput, Perak telah dituduh meminum arak berjenama ‘Tiger Beer’ di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating Pahang 11 Julai tahun lalu. Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebanyak RM5,000 dan sebatan 6 kali. Kartika telah pun membayar denda dan bersedia untuk menghadapi sebatan. Namun, setelah dia dibawa di dalam perjalanan untuk menuju penjara Kajang di mana dia sepatutnya disebat, tiba-tiba hukuman terhadapnya diisytihar tangguh. Sudahlah kecoh dengan tahap kewajaran hukuman yg dikenakan keatasnya, maka apabila hukuman itu ditangguhkan, bertambah kecoh lagi jadinya. Saya telah mendengar banyak komen dan pendapat para bloggers, ahli politik, pemimpin2, Cuma pandangan para ahli2 ulama’ yg samar2 kedengaran, kenapa ek? Ada yang buat tafsiran sendiri, namun pendapat2 para ustaz2 dan ahli agama yg saya utamakan kerana disertakan hadis dan berpandukan Al-Qur’an. Kerana apabila ingin memperkatakan sesuatu eloklah disertakan dengan ilmu pengetahuan bukan? Bukannya main hentam je, soal hukum agama ni.

Artikel ini saya tulis untuk menyatakan pandangan saya, setelah mendengar khutbah2 ustaz2 dan melayari beberapa buah blog yg wajar saya coretkan untuk post kali ini. Mengulas soal kewajaran hukuman ini, kita bertanya, wajarkah hukuman ini dikenakan keatas Kartika, seorang perempuan? Yg ditangkap pada kali pertama? Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak wajar kerana hukuman sebat ini zalim, rakyat Malaysia ni berbelas kasihan semuanya, hukuman sebat ni melambangkan identiti yg tidak berperikemanusiaan, YEKE?

golongan2 ini memandang sedemikian terhadap isu ini kerana mereka fikir bahawa sebat yang akan dikenakan keatas Kartika adalah seperti hukuman sebat yg djalankan oleh mahkamah sivil keatas perogol2 contohnya, yang mana dengan sekali sebat sahaja boleh keluar semua isi kulit dan berdarah(saya pernah menonton amali hukuman sebat mahkamah sivil di televisyen). Namun cuba kita renungkan hadis2 dibawah;

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعينErtinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)

Cuba kita lihat hukuman Nabi keatas para peminum arak, tidaklah sekejam yg dibayangkan oleh sesetengah pihak, mereka disebat atau dipukul dengan menggunakan pelepah tamar dan kasut, bukannya disebat seperti yang djalankan oleh mahkamah sivil.
Disinilah kita perlu membezakan antara TO BE CANED atau TO BE WHIPPED. TO BE WHIPPED memberi gambaran menakutkan tentang seseorang yg disebat dengan rotan berbentuk cemeti yg sekali singgah di badan, boleh terkeluar daging, sekali bayang pun sudah seriau. TO BE CANED kedengaran lebih kepada untuk memberi pengajaran.

DISIPLIN SEBAT:
1.Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.
2.Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
3.Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
4.Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.5.Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Satu perkara yang penting perlu diingatkan, soal hukuman berkaitan kesalahan agama ni, bukan boleh dibuat mainan, kejap nak buat, kejap suruh tangguh, bukan apa, takut tangguh lama2, nanti tak jadi! Dah nama pun orang islam, maka tugas kita pun melaksanakan ajaran islam. Nanti apa kata orang bukan islam. Takut nanti mereka kata, orang islam ni mengaku islam, katanya berjihad dengan melaksanakan hukum2 Tuhan. Samalah seperti kita kata islam mewajibkan umatnya menutup aurat, tapi ada je yg tak tutup, mana pegangan ni? Lepas tu katanya nak memartabatkan islam di persada dunia, menaikkan martabat orang islam, dan sebagainya kata2 hebat orang islam, tapi memanglah betul kata orang, bercakap ni senang sebab hanya melibatkan suara dan peluh sahaja, kalau kering pun tekak je, nak buat tu yg menentukan sejauh mana seseorang beramal dgn kata2nya.

Apabila seorang wanita disebat kerana minum arak, ada yg bangkit menentang hukuman itu kerana dikatakan kejam, zalim, sebat tak sesuai djalankan di Malaysia, dan banyak lagi. Namun apabila ada kes2 kesalahan di mahkamah sivil contohnya rogol, no compromy! Sebat tu mesti! Mungkinkah kita akan merasa belas kasihan keatas perogol2 itu kerana dsebat? Tidak bukan, dah dia buat salah, maka terimalah hukumannya.Saya bukannya kata perogol tak payah dsebat, tapi kalau kita tahu rogol tu salah, dan kena sebat, begitulah juga kita perlu treat pesalah2 yg lain. rogol jenayah disisi agama, begitu juga minum arak. Bab minum arak ni bukan main2, SETITIS ARAK YG DIMINUM BOLEH MENYEBABKAN IBADAT SESEORANG TIDAK DITERIMA SELAMA 40 HARI!

الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Cuba kita nilai hukuman sebat di khalayak ramai keatas Kartika ini dari sudut untuk memberi pengajaran. Mari kita dengar satu kisah pada zaman Rasulullah (SAW):

Semasa zaman Rasulullah(SAW), ada seorang wanita yg telah melacurkan dirinya. Setelah beberapa tahun menjadi pelacur, wanita ini mendapat hidayah dan ingin bertaubat, maka wanita ini pergi berjumpa dengan Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah melacurkan diriku dan sekarang aku ingin bertaubat kepada Allah, maka aku mohon kamu menghukumku dgn hukuman yg sewajarnya”. Melihatkan keadaan pelacur itu yg sedang hamil, Rasulullah menyuruh pelacur itu melahirkan dahulu anak dlm kandungannya. Setelah beberapa ketika, wanita itu bersalin dan datang kpd Rasulullah dan berkata; “Ya Rasulullah, aku telah melahirkan anakku, maka segeralah kau menghukumku. Namun Rasulullah berkata; “kau peliharalah dahulu anak itu sehingga dia boleh makan dgn sendiri’. Setelah beberapa ketika, anaknya mampu makan dgn sendiri maka wanita itu berjumpa Rasullullah untuk menerima hukuman. Pada kali ketiga inilah baru Rasulullah menghukumnya. Hukuman bg pesalah zina adalah 100 kali sebatan. Dalam menjalani hukuman itu, wanita itu telah meninggal dunia. Rasulullah sendiri telah menyembahyangkan jenazah wanita terbabit. Lalu para sahabat hairan dan bertanya; “Ya Rasulullah, mengapa engkau sembahyangkan jenazah perempuan itu sedangkan dia adalah seorang pelacur? maka jawab Rasulullah; “sesungguhnya dia telah bertaubat dan taubatnya telah dterima oleh Allah, dan yg lebih penting lagi, hukuman yg dijalankan keatasnya dkhalayak ramai telah menginsafkan 70 orang munafik yg telah menyaksikan hukuman tersebut”

Ketika mengulas tentang hukuman keatasnya yg akan dijalankan dkhalayak ramai, Kartika ada menegaskan bahawa beliau bertekad untukmenjalani hukuman itu supaya org ramai memperoleh pengajaran daripada kisahnya, kita mendidik org ramai melalui pengajaran. Sesungguhnya inilah paksi sebenar hukuman dalam islam-untuk memberi pengajaran.

Dalam kisah pelacur tersebut, Rasulullah telah memberikan contoh bahawa memang kita perlu memberi belas kasihan walaupun terhadap pesalah, tetapi belas kasihan itu biarlah wajar dan bertempat. Rasulullah tdk terus terburu-buru menghukum wanita itu sebaliknya dsuruhnya melahirkan dahulu anak, membesarkan dahulu anaknya, barulah djalankan hukuman. Hakikatnya, hukuman tetap djalankan.

Harapnya hukuman keatas model ini dteruskan agar dapat memberi pengajaran kpd semua, bukan dalam erti kata menghukum untuk melepas geram atau “serve you right”, tapi untuk mendidik dan memberi pengajaran.

Sumber:

yusofembong.blogspot
ustaz zaharudin
sharifah izzati syed jamaluddin
mykhilafah.com

Monday, August 10, 2009

Ekonomi Bumiputera

Hari ini saya telah menghadiri satu sesi ceramah bersama seorang tokoh yang saya segani, Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri MITI, presiden ANSARA, dan merupakan bekas pelajar sekolah saya-MRSM Pengkalan Chepa. Ceramah ini dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Kimia. Memandangkan hari ini tiada kelas, maka saya berasa berminat untuk menghadirinya. Ceramah ini saya sifatkan sebagai sesuatu yg bermakna kerana sangat informative dan menyuntik kesedaran dan memberi pengetahuan tentang kedudukan ekonomi bumiputera yang semakin hebat dipersoalkan dari parlimen, sehingga kekedai kopi.

Berikut merupakan ringkasan drpd isi ceramah beliau. Ianya terbahagi kepada tiga-ekonomi antarabangsa, ekonomi negara, kemudian ekonomi bumiputera.

EKONOMI ANTARABANGSA

Ekonomi di peringkat antarabangsa dipegang oleh negara2 maju, contohnya-US dan Britain. System ekonomi yg dipegang oleh negara2 terbabit adalah system kapitalis yang berasaskan greed atau ketamakan. System tersebut dijalankan dengan memperkayakan yang sudah kaya dgn menindas yg miskin. Hasilnya, yang kaya menjadi bertambah kaya, manakala yg miskin menjadi semakin miskin. Contohnya subprime mortgage yg dijalankan dgn memberi hutang kepada peminjam yg mempunyai risiko tinggi untuk tidak mampu membayarbalik hutang (low credit ratings). Sebenarnya jika sesebuah bank ingin memberi hutang, maka piawaian peminjam harus diikuti, namun kerana ketamakan, mereka menindas yg miskin dgn cara memberi pinjam wang kpd mereka.Bagaimana ianya terjadi? Apabila seseorg peminjam berisiko tinggi untuk tdk membayar hutang, (event of defaulters), maka kadar bunganya juga tinggi. Maka yg kaya bertambah kaya melalui bayaran bunga yg tinggi atau dlm kata lain menindas yg miskin.

Namun cara tersebut hanya menguntungkan dalam jangka masa pendek. Kemelesetan ekonomi yg teruk yg berlaku dnegara2 berkenaan yg membawa kepada kemelesetan ekonomi dunia telah membuka mata para ahli ekonomi barat bahawa system perbankan islam wajar diberi pertimbangan. Dua bulan yg lalu, Pope Benedict, ketua agama Katolik telah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiba masanya untuk dunia memberi tempat kepada system perbankan Islam kerana ianya dsifatkan sbg values based (berasaskan nilai2 murni).

dunia telah mempunyai industri pemakanan halal, walaupun ianya kurang popular, namun angka keuntungannya melebihi jangkaan. Di Malaysia sahaja, industri pembuatan makanan halal menyumbang keuntungan sebanyak RM 9.6 TRILLION!. Angka ini dilihat sbg tak masuk akal, tetapi ia adalah satu fakta. Dan menurut fakta yg lebih terperinci, industri pembuatan makanan halal Malaysia banyak juga dimonopoli oleh orang bukan islam dan pembelinya juga (consumers) ramai dikalangan bukan islam.

EKONOMI NEGARA

Dalam membantu rakyat atau peniaga tempatan, negara memerlukan pertumbuhan ekonomi. Konsep ini dinamakan sebagai ‘kek ekonomi’, di negara barat dkenali sbg ‘economy pie’. Cuba bayangkan sebiji kek, berbentuk bulat, jika kita ingin ramai org boleh merasa kek tersebut, maka kek itu perlulah besar. Jika anda pada mulanya mempunyai sebiji kek yg kecil, kek itu memerlukan pertumbuhan agar boleh dibahagi-bahagikan, bahagian dsekeliling kek yg mengalami pertumbuhan itulah yg akan diagihkan kpd org ramai. Begitu juga dgn ekonomi, bayangkan kita mempunyai satu system ekonomi, semakin hari, para usahawan memerlukan bantuan untuk bersaing atau meneruskan perniagaan, jika ekonomi negara tidak bertumbuh atau sentiasa berada pada tahap yg sama, bagaimana kita ingin memenuhi keprluan ini? Maka ekonomi negara memerlukan pertumbuhan, dan bahagian ekonomi yg bertumbuh itulah dgunakan bagi memenuhi keperluan ini.


Disebabkan kita memerlukan pertumbuhan ekonomi, maka kita ada sedikit mengamalkan corak ekonomi liberalisasi (tetapi melalui adaptasi system kewangan islam) iaitu dengan menggalakkan penyertaan pelabur asing (FDI) dalam sector ekonomi kita. Malangnya kebelakangan ini, stesen televisyen contohnya Al-Jazeera memaparkan keadaan dlm negara yg tidak stabil dgn rusuhan dan demonstrasi sebagainya, merosakkan pandangan pelabur terhadap negara. Keadaan ini mungkin boleh memadamkan niat pelabur asing untuk melabur di negara kita ekoran ketidakstabilan dlm negara. Maka pertumbuhan ekonomi kita juga mungkin terbantut.

EKONOMI BUMIPUTERA

Tragedi 13 Mei 1969 terjadi kerana kaum Melayu tidak puas hati dengan kedudukan ekonomi mereka berbanding dgn kaum yg bukan bumiputera. Walaupun mereka merupakan bumiputera dan kaum majority, namun kedudukan ekonomi mereka jauh lebih ketinggalan berbanding kaum bukan bumiputera. Hal ini juga merupakan hasil dasar penjajah British yg pernah memerintah negara. Semasa pentadbiran British, jika seseorang itu (kaum melayu) seorang petani, maka anaknya perlu diajar menjadi petani yg lebih baik dari ayahnya. Tujuan British ialah untuk membiarkan org melayu terus mundur agar menyenangkan penjajahan mereka, sementara itu org2 cina pula mengusahakan lombong2 bijih timah.

Berikutan peristiwa tersebut maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Tujuan DEB diperkenalkan ialah untuk memajukan ekonomi bumiputera tanpa menjejaskan ekonomi kaum lain dan pada masa yg sama membantu ekonomi kaum lain. Namun walaupun hampir 30 tahun dilaksanakan, kadar KDNK bumiputera hanya meningkat pada peratusan yg amat sedikit, jika dibandingkan dgn kaum lain. Ujar Dato’ Mukhriz, beliau telah berbincang dgn perdana menteri, tujuan DEB adalah betul, namun mungkin cara pelaksanaannya perlu diubah memandangkan ekonomi bumiputera masih berada pada tahap yg kurang memuaskan. Ada sebahagian ahli politik yg mengatakan bahawa DEB hanya untuk org melayu. Hal ini tdk tepat kerana dalam prinsip DEB, hanya satu sahaja yg hanya menyebut tentangbumiputera, itupun adalah apa yg termaktub dlm perlembagaan.

Dalam menyentuh soal ekonomi bumiputera, beliau ada juga mengaitkan ekonomi dgn politik. Tiada bangsa dlm dunia ini yg selamanya maju dalam ekonomi, mundur dalam politik. Mereka yang maju dlm ekonomi turut maju dalam politik. Kemajuan ekonomi menjamin keberkekalan kemajuan politik, contohnya sudah ada-seperti yg berlaku di fiji dan papua new guinea.

Jika kita interpretasikan kedudukan ekonomi dan politik bumiputera dgn bukan bumiputera kedalam bentuk graf. Bagi graf kedudukan ekonomi, bermula sejak pelaksanaan DEB, ekonomi bumiputera meningkat, tetapi meningkat dlm kadar yg sedikit. Ekonomi bukan bumi juga meningkat, tapi meningkat dlm kadar yg banyak. Dalam bentuk graf- peningkatan sedikit versus peningkatan yg banyak, sudah tentu graf tersebut akan menunjukkan jurang yang tinggi antara ekonomi bumiputera dgn ekonomi bukan bumiputera.

Bagi graf kedudukan politik pula, ya, plihanraya pertama lagi, kaum bumiputera menguasainya kerana kaum bumiputera adalah majority, memang corak pilihanraya, yg majoriti akan menang, maka graf kedudukan politik bumiputera lebih tinggi drpd graf bukan bumiputera. Namun dalam beberapa tahun ini, selepas melalui proses pilihanraya, graf politik kaum bukan bumiputera meningkat dan menghampiri kedudukan politik bumiputera. Manakala walaupun graf kedudukan bumiputera masih berada pada peringkat tinggi, namun nampaknya semakin menurun sedikit demi sedikit. Mungkin satu hari nanti bukan bumiputera menyaingi bumiputera dlm politik. Bibit2nya sudah kelihatan sekarang.

Jika kita kaitkan antara kedua-dua graf tersebut, ianya jelas menunjukkan bahawa kemajuan ekonomi adalah directly proportional dgn kemajuan politik. Namun terdapat juga faktor lain yg menyumbang kearah kejatuhan politik bumiputera-seperti perpecahan dalam masyarakat bumiputera itu sendiri-melayu khususnya. Walaupun bumiputera adalah majority, jika berpecah belah, tidak mustahil undi minority yg akan menentukan kerajaan. Contohnya, bumiputera mewakili 60%, manakala bukan bumiputera adalah 40%. Jika bumiputera berpecah kpd 3 kumpulan, maka akan jadi 20% bagi setiap kumpulan bumiputera, dan minority itu kekal dlm satu kumpulan, maka minority itulah yg menang. Inilah yg dikatakan oleh Dato’ Mukhriz sbg majoriti yg bukan majoriti.

Dan bayangkan ekonomi sudah dikuasai org lain, jika dgn sikap kita spt skrg, maka kuasa politik juga akan jatuh ketangan org lain. Justeru, akhirnya, apa yg tinggal pd kita?

POST INI HANYA MENGANDUNGI ISI CERAMAH BELIAU, DLM POST YG SETERUSNYA, SAYA AKAN MENULIS TENTANG APA YG DITANYA DAN DIJAWAB DALAM SESI SOAL JAWAB YG HANGAT BERSAMA DATO' MUKHRIZ

Saturday, July 18, 2009

Some People Never Get Beyond Their Stupid Part

Saya kagum melihat anak-anak muda yang masih mampu menangkis cabaran dan permasaalahan yang melanda muda-mudi masa kini seperti budaya hidup yg bebas berlatarkan negara-negara barat, dari segi cara hidup, fesyen, budaya, sehinggalah ke fahaman hedonisme. kagum melihat golongan ini masih mampu menyarung pakaian-pakaian labuh serta menutup aurat dan sebagainya. sesungguhnya suasana ini masih memaparkan imej-imej keislaman. namun begitu, pada pendapat saya, kecintaan kepada agama, fanatik kita kepada agama mahupun sifat sbg seorang ekstremis agama tidak berguna jika tiada ilmu pengetahuan.

ilmu yang saya maksudkan bukanlah setakat ilmu akademik, tetapi pengetahuan kita berkenaan isu semasa yang membolehkan kita mengaitkan sesuatu isu itu dengan hukum agama dengan bijak dan betul. seperti yg berlaku baru-baru ini iaitu isu pemboikotan KFC, heboh satu Malaysia dicanang dengan kempen memboikot KFC atas alasan KFC ada kaitan dengan US. KFC memanglah ada kaitan dengan US, tapi itu cerita dulu, cerita yang sebenar dan terkini adalah tiada sebarang royalti yang dibayar kepada US kerana seluruh kepentingan KFC Malaysia telah dibeli sepenuhnya oleh Johor Corp. yg dimikiki oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, dan usaha yg dilakukan beliau merupakan satu usaha murni. dan bagi orang yg melaungkan ideologi memboikot KFC sudah tentulah individu2 Islamis Ekstremis tapi sayang tidak mengikuti perkembangan, membuat tuduhan melulu.

bukan isu KFC sahaja yang membuka mata saya bahawa wujudnya golongan seperti ini, banyak lagi peristiwa yang berlaku. cintakan agama, sikap tidak boleh duduk diam jika islam diperkotak-katikkkan, sikap menjaga kepentingan saudara sesama islam, serta mempunyai semangat islamik, merupakan sesuatu yang mulia dan murni, tetapi jika benarlah seseorang itu mempunyai ciri2 berikut, sudah tentulah mereka juga tahu bahawa islam juga melarang kita bertindak secara melulu, menuduh dan memboikot tak tentu hala, bukankah cara kita menyiasat dahulu, baru memutuskan sesuatu keadaan itu benar atau salah? jika kita punya semangat islamik, anti-israel dan US, tapi bertindak seperti orang yang tidak berpelajaran, alangkah malunya. bukankah keadaan seperti ini hanya mencerminkan kepada musuh2 bahawa kita ini, umat islam, semangat aja kuat, tapi tidak bijak? di samping mempunyai semangat cintakan islam, kita harus mendidik diri dengan budaya tidak bertindak melulu, menyiasat dahulu sesuatu keadaan kemudian baru memutuskan sama ada banar atau salah, barulah kita nampak bijak dan matang...

ini tidak, apabila ada sahaja suara2 yang datang entah dari mana yang mengatakan KFC menyumbang dana untuk US kepada Israel, kita turut sama melaungkan ideologi memboikot. cara yang paling popular digunakan ialah sms forward. trend yg selalu dgunakan dgn stail sms ini, setiap kali dihujung mesej pasti akan dtulis 'SEBARKAN JIKA ANDA BENAR2 MENYAYANGI ISLAM'. pada saya trend seperti ini seolah2 mengugut pengguna hp secara tidak langsung, dan sesetengah pengguna hp pula tanpa menyiasat terus menyebarkannya. patutlah tauke2 prepaid sekarang makin hari makin kaya, dalam seminggu, berapa mesej2 yg macam ni yg disebarkan.

saya pernah mendapat satu sms yg berbunyi: SEBUAH PERSATUAN MURTAD MALAYSIA TELAH DILULUSKAN, SILA KE LAMAN WEB ####### UNTUK MENYATAKAN BANTAHAN ANDA, JIKA CUKUP SERATUS RIBU BANTAHAN, MAKA PERSATUAN TERSEBUT AKAN DIBATALKAN, SILA SEBARKAN JIKA ANDA MENYAYANGI ISLAM"

pada hari tersebut, saya telah menerima bukan satu, tapi lebih kurang 4-5 mesej yang sama. isu ini bukan main2, tapi isu yang besar. saya telah membuka laman web yg dinyatakan dalam sms tersebut, dan benarlah apa yang disangka, semuanya tidak benar. moderator ada menjelaskan bahawa setakat ini, tiada mana2 persatuan murtad yg dluluskan dan tiada sebarang petisyen untuk bantahan, berita tersebut telah disebarkan oleh individu2 yg tidak bertanggungjawab. untuk makluman,laman web itulah selama ini yg memantau sebarang kegiatan murtad dan jika moderator mengatakan demikian, maka benarlah bahawa berita itu palsu. individu pertama yg mereka mesej tersebut memang betullah tidak bertanggungjawab, org2 seperti mereka2 inilah perosak2 negara sebenarnya. tapi masalahnya pula dengan mereka2 yg mendapat mesej berkenaan dan menyebarkannya tanpa sebarang unsur periksa? isu tukar agama sekarang adalah isu sensitif dnegara kita yg berbilang bangsa, apatah lagi setelah majlis peguam menganjurkan forum terbuka yg membincangkan isu2 ini, sehingga menggugat sesnsitiviti umat islam, sehingga forum itu ditamatkan lebih awal.

bayangkan jika sms itu dijadikan senjata oleh musuh2 untuk memecahbelahkan dan memporak-perandakan negara? bukankah kita yg susah? tetapi siapa yg memulakannya? siapa yg menyebarkannya? kita juga.... bayangkan jika hal tersebut benar2 berlaku, kita ingin salahkan siapa? KITA INGIN SALAHKAN INDIVIDU YG MEREKA SMS TERSEBUT ATAU KITA AKAN MEMPERSALAHKAN DIRI SENDIRI YG LEBIH SUKA MNYEBARKAN BERITA2 KONTROVERSI DARIPADA MENYIASATNYA TERLEBIH DAHULU?

individu yg mereka sms tersebut, memang sudah jelas tiada otak dan mungkin punya niat yg tidak baik, tapi takkanlah kita pun sedemikian rupa? individu2 tersebut boleh menghantar seribu sms yg sedemikian rupa, tapi jika kita bijak menilai, dan tidak menyebarkan sms itu secara membabi buta, tiada perkara buruk akan berlaku. kita akan kekal dgn kebijaksanaan kita dan org yg menghantarnya akan kekal dgn kebodohan mereka. internet ada, akhbar pun ada, buku pun ada, apa salahnya menyiasat dulu berita itu sebelum bertindak apa2....

tujuan saya menulis artikel ini adalah kerana satu peristiwa yg benar2 menyakitkan hati telah berlaku kepada saya sebentar tadi. saya dalam perjalanan menuju ke kolej setelah pulang dari KFC tengahari tadi. baru balik dari KFC, sudah tentulah saya menjinjing plastik2 yg berisi makanan dari KFC, lalu terserempaklah dengan dua org minah ni. dua2 pakai tudung, dan pakai t-shirt labuh ala2 muslimah sejati gitu.... tiba2 salah seorang daripada mereka merenung saya, ingatkan saya kenal dia sebab dia merenung saya lama. lepas tu apabila jarak kami dekat, dia memandang saya dan menggeleng kepala. saya dah pelik dah, apa kena minah ni? tiba2 dia dengan selambanya menuding karah plastik KFC saya dan mengatakan kepada kawannya: "eh, tengok tuh, KFC, KFC, Israel la...." , lebih kurang macam tula bunyinya.... lebih menyakitkan hati, kawan dia yg sama cetek fikiran dgn dia menambah " eh, KFC ni Israel, serang Iraq la", balas kawan dia yg sorang lagi. kalau diorang kata tanpa saya dengar, takpala... ni memang terang lagi bersuluh, diorang cakap kuat2 supaya saya dengar, memang tujuannya nak perli saya. saya pun terdetik dalam hati, sy pernah menghadiri satu ceramah berkaitan keganasan Israel dan kempen boikot Israel, ada dinyatakan bahawa KFC malaysia tiada kaitan dgn mereka... memang saya dah bengang masa tu, rasa macam nak karate je pompuan2 tu... muka, pakaian, bukan main lagi muslimah, tapi mulut, perangai, memang tak boleh blah.....

saya pun, sampai kat asrama, cubalah google pasal KFC malaysia dgn israel ni, info2 yg saya jumpa adalah spt berikut:
Tan Sri Muhammad Ali Hashim memberitahu BERNAMA, "Jihad bisnes seperti ini lebih membina dan menyatukan manusia apatah lagi KFC Holdings (Malaysia) Bhd mempunyai 22,000 pekerja tempatan yang sebahagian besarnya beragama Islam dengan gaji RM300 juta setahun""Adalah mustahak untuk kita kumpul keupayaan ekonomi kita dalam menyelesaikan masalah yang lain", katanya.Azli Shukri menulis :Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.http://waadat.blogspot.com. pula menulis:Beberapa hari lalu Demang menulis satu artikal dalam blog waadat ini bagi mengajak pembaca memulaukan (boikot) tiga produk iaitu KFC, Coca Cola, dan Caltex. Terdapat seorang pengunjung telah mempersoalkan mengenai status hak milik KFC Malaysia yang katanya sebenarnya tidak lagi mempunyai kaitan dengan US. Menurut beliau, KFC di Malaysia telah dimiliki sepenuhnya oleh JCORP dan tiada sebarang royalti perlu dibayar kepada KFC di US.BENARLAH. JCORP telah membeli keseluruhan kepentingan dalam KFC Malaysia dan kini mereka tidak perlu lagi membayar sebarang royalti kepada syarikat induknya.Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.Sekian, Terima kasih banyak-banyakAmir HamzahBatu Pahatwww.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
berkenaan hal dua orang budak perempuan yg sound sy tuh, mungkin benar apa yg orang kata- "Some People Never Get Beyond Their Stupid Part", macam dlm lagu paris hilton..... atau mungkin ada pelajar universiti ni yg hanya tahu bercakap dan menyerlahkan fanatisme tapi kurang pengetahuan..... entahlah....

Monday, June 01, 2009

Mana Yang Patut?

Saya tidak sempat membaca akhbar sepanjang tiga hari terakhir Minggu Mesra Siswa. Sehinggalah pada hari kursus kenegaraan dijalankan, penceramah terakhir iaitu Pak Radin ada menyebut tentang idea untuk membawa pulang Chin Peng/Ong Boon Hua-bekas pemimpin Parti Komunis Malaya yang diusulkan oleh pihak tertentu. Pada ketika itu, saya langsung tidak mengetahui apa-apa tentangnya, akhbar tak baca, nak online BH pun tak sempat. Jadi hari tu saya belilah akhbar BH di koop.

Idea untuk membawa pulang Chin Peng telah diusulkan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan. Selain beliau, terdapat juga beberapa pihak lain yang secara terbuka menyokong usul tersebut, antaranya DAP dan PKR.

Namun usul tersebut telah dibantah sekeras-kerasnya oleh banyak pihak termasuk perdana menteri sendiri atas sebab kekejaman yang dilakukan oleh parti pimpinan Chin Peng suatu ketika dahulu semasa mengambil alih pentadbiran selama 14 hari.

ALASAN2 YG DIBERIKAN OLEH PIHAK2 YG MENYOKONG USUL ITU:

1. DR TAN SENG GIAW(DAP): "atas dasar kemanusiaan, kerajaan boleh memaafkan Chin Peng, beliau sudah tua dan wajar diberi PELUANG KEDUA"
2. DATUK DR TENG HOCK NAN(GERAKAN PULAU PINANG): "atas dasar kemanusiaan"
3. TIAN CHUA(PKR): "atas dasar kemanusiaan dan sesiapapun layak mendapat PELUANG KEDUA"

PERSOALANNYA, WAJARKAH CHIN PENG DIMAAFKAN SETELAH BELIAU MEMIMPIN PARTI YG MELAKUKAN KEKEJAMAN YANG MASIH MENINGGALKAN PARUT SEHINGGA HARI INI?:

1. ribuan anggota tentera, polis, dan orang awam terbunuh semasa PKM mengambil alih pentadbiran.
2. puluhan ribu lagi kini mengalami kecacatan kekal sehingga kini kerana terkena jerangkap samar yang dipasang.
3. ramai yg kehilangan anggota keluarga tersayang angkara perang gerila yg dilancarkan
4. harta awam bernilai jutaan ringgit dimusnahkan dalam rancangan mensabotaj ekonomi negara.
5. ratusan org kampung, ketua kampung, dan imam diseret keluar dari rumah bdan disembelih.
6. mayat mereka dicampakkan ke Sg. Perak dgn tidak dimandikan, dikapan atau disembahyangkan.

Apakah sebenarnya dasar kemanusiaan yang dimaksudkan? Adakah kerana beliau sudah tua dan tidak larat, maka usaha membawanya pulang ke Malaysia dikatakan satu usaha berbentuk kemanusiaan? Cuba kita lihat, para sukarelawan misi kemanusiaan yg dihantar ke tebing Gaza, mereka membawa bekalan makanan, bekalan ubat-ubatan, doktor2 dan pembantu perubatan untuk menolong mereka yg sedang dalam kesusahan supaya dapat meringankan keperitan mereka, maka itu barulah wajar dipanggil 'kemanusiaan'. Bagaimana pula tindakan membawa pulang Chin Peng dikatakan tindakan atas dasar kemanusiaan?

Adakah dasar kemanusiaan mengatasi kekejaman yg dilakukannya. jika kita benar2 ingin menunjukkan sikap kemanusiaan , kaji dahulu, semasa Chin Peng melakukan kekejaman bersama PKM, apakah beliau memikirkan tentang kemanusiaan?. jika ya, maka tiadalah kekejaman yg bersifat tidak berperikemanusiaan yg dilakukannya seperti yg tersenarai diatas.

sana-sini sibuk mencanang ideologi kemanusiaan yg berkait rapat dengan membawa pulang Chin Peng. bagi saya jika kita membawa pulang Chin Peng, kita lebih jelas bersikap tidak berperikemanusiaan, kenapa saya berkata demikian?:

1. KITA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN TERHADAP PAHLAWAN2 YG TELAH GUGUR SEMASA MENENTANG KOMUNIS.
2. KITA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN TERHADAP PEJUANG2 YG CACAT KEKAL AKIBAT KEKEJAMAN KOMUNIS.
3.KITA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN TERHADAP MEREKA YG KEHILANAGN ANGGOTA KELUARGA SEMASA KEKEJAMAN KOMUNIS

sifat perikemanusiaan terhadap golongan diatas jauh lebih penting daripada sifat perikemanusiaan yg hanya untuk membawa Chin Peng pulang. alasan untuk tidak membawa Chin Peng pulang bukan sekadar untuk tidak mengguris hati mereka yg menjadi mangsa kekejamannya, tetapi atas dasar kemanusiaan terhadap golongan diatas. sesungguhnya sifat kemanusiaan lebih berbaloi dipamerkan kpd mereka berbanding Chin Peng. menunjukkan sifat kemanusiaan kpd mereka menunjukkan kita mengenang jasa mereka, tetapi sifat kemanusiaan kpd Chin Peng buat apa? apakah kerana Chin Peng itu lahir di Sitiawan maka ia terus membutakan kita tentang sejarah hitam yg dicoret oleh beliau sendiri?

Tian Chua-" adakah kedatangan org Jepun akan membangkitkan kemarahan masyarakat yg menderita ketika penjajahan negara matahari tebrbit dan adakah kedatanagn rakyat British mengembalikan penjajahan negara berkenaan?"

1. orang jepun atau British yg datang tidak semestinya mereka yg menyerang dan menjajah tanah melayu, tetapi Chin Peng memang secara rasminya dan jelas bahawa beliaulah yg memimpin pengganas komunis suatu ketika dahulu.

2. kita berbaik dgn orang jepun dan british berbaloi kerana ada perjanjian ekonomi, kerjasama seratau, perpindahan tenaga kerja, ilmu teknoloi dan sebagainya, tetapi apa yg boleh diharapkan kpd Chin Peng? dia bukanlah pakar nuklear, ahli sains atau apa2 tetapi bekas ketua PKM.

sumber: Berita Harian 28/5/2009

p/s-alhamdulillah kakiku mulai sembuh

Saturday, May 30, 2009

Aduh, sakitnya kaki!

hujung minggu di kolej memang membosankan, nak dengar mp3, earphone tak bawak, menghadap laptop sepanjang masa pun boring jugak, nasib baik ada jugak bawak buku tulisan tuah iskandar dan jack canfield, tu pun yang dah habis baca, baca semulalah jawabnya.

lalu berpakatlah saya dgn ira, zira, alya, fifah, pa'ah dan ain untuk keluar ke bandar shah alam untuk pergi jalan2 n shopping2 kat pkns dan sacc(walaupun tak sampai seminggu sampai sini dah pandai merayap). kami pun keluar jalan2 pada hari jumaat(29/5/09). dengan menaiki bas rapid kl nombor 603, berhenti kat seksyen 2, naik bas u80 ke pkns. kami naik u80 sebab terlepas dua buah bas(529 n 601). maka burn sajalah rm2 pada hari itu.

masa kat pkns sempat beli buku. lepas tu kami pergi sacc jalan kaki je. masa tu bahagian depan kaki saya rasa pedih sangat, tengok2 dah merah, alahai ni nak mula melecetla ni... kasut je cantik tapi sakitkan kaki.. pergi kedai buku mph sebab nak beli buku, boring sangatla... dekat satu jam setengah kat situ, puas diorang duk tunggu saya buat pilihan, diorang kata saya shopping buku macam shopping baju, tu baru shopping buku, belum lagi shopping baju....

alya menemani roommate dia pergi buka akaun bank islam, ira, zira dan saya tak larat dah nak jalan jauh sangat, lalu kami kembali ke pkns, terus bergegas ke kedai kasut summix nak beli kasut baru, sebab sakit kaki yg tidak tertahan lagi. selepas buat pilihan saya belilah sepasang kasut warna cream, nak kata cantik tu, memang cantik tapi tak kena taste saya, tapi bila saya cuba kasut tu, bahagian yg sakit tu rasa selesa, saya pun belilah kasut tu dengan 30% less. zira dan ira pun beli sepasang sorang. banyak punya barang saya shopping, tak ingat jugak nak beli earphone sony... antara barang2 yg saya sempat beli hari tu:

1. remember me?-sophie kinsella
2. saat cinta bertasbih-habiburrahman el-shirazy
3. membina imaginasi cemerlang-tuah iskandar
4. membina jati diri gemilang-tuah iskandar
5. notepad 1
6. 3 biji buku nota
7. highlighters, pen, fail...
8. kasut

nak dijadikan cerita, malam semalam, lin sms tanya nak keluar jalan2 tak esok... saya cakap kat dia saya dah keluar dah semalam, tapi pagi tadi dia telefon nak confirm, dia kata dia nak pergi dengan oppie dan shahira, diorang semua tak kenal jalan, takut sesat, kesian jugak ngan diorang, takpela, saya pun setuju nak guide diorang (baru sehari kenal shah alam, dah pandai2 nak guide orang). lagipun semalam tak ingat nk beli earphone, jadi boleh beli hari ni.

nak naik bas mana dah tau jadi senangla... saya bawak diorang pergi pkns, sacc, dan plaza alam sentral. kali ni saya pakai kasut yg baru beli kat summix tu, memang selesa kat bahagian yg sakit semalam tuh, tapi lain cerita pulak, bila pakai kasut tu bahagian belakang kaki pulak rasa sakit. mula2 tu ingat sakit biasa je, tengok2 dah merah, biarkan sekejap. semasa kat plaza alam sentral, rasa sakit tak boleh tahan, singgahlah kat kedai harian beli sarung kaki tiga pasang.

saya biarkan diorang je yang shopping, saya beli barang sikit je, semalam dah banyak shopping, antara brg2 yg saya beli:

1. kerongsang tudung yg 3 sepuluh ringgit
2. sarung kaki
3. earphone sony(finally...)

masa nak balik tu saya tak ingat nak naik bas mana satu pulak... pastu ada sorang abang yg tengah edar risalah kt kaki lima tuh, tanyalah dia nak balik uitm kena naik bas mana... dia cakap naik je bas yg ada tulis uitm kat tepi tu... sempat jugak abang tuh bagi risalah dia kat kami. nak tau risalah apa? risalah agen cari jodoh! ingat kitorang ni desperate nak kahwin ke? tak nak dia kecil hati, ambil jugakla risalah tu...

masa tunggu bas ada beberapa orang abang senior tengah tunggu bas nak balik kolej jugak, memang tak pasti lagi nak naik bas mana,saya pun berbisik kat lin, "lin, kita ikut jela diorang tu naik bas mana, lagi selamat". kami naik bas 606 dan selamat sampai kat kampus.

balik je bilik, bukak kasut, tengok kulitkaki kat depan tu dah terkoyak dah, memang parah melecetnya, yang kat belakang pun dan macam ada bonjol kulitnya... sakit sangat, lepas sembahyang asar tadi letak minyak tyt, mintak2 la cepat sembuh, tapi yang tak tahannya, bahagian yg terkoyak kulit tu rasa berdenyut-denyut, macam mana ni, nanti nak pergi kuliah hari isnin ni kena pakai kasut, cepatla sembuh, sakit sangat..

kulit kaki tu terkoyak bukan sebab kasut tu tapi sebab sarung kaki tu yang kasar sangat, bila bergeser dgn kasut, terus terkoyak kulit, menyesal je beli sarung kaki tu... membazir je, dahla beli tiga pasang tadi, makin sakit adalah... kalau tak pakai sarung kaki tu, walaupun sakit, takdelah sampai terkoyak kulit....

mintakla cepat sembuh, nanti susah nak pergi kuliah hari isnin ni. diorang kata nak pergi bilik kuliah kena naik tangga tinggi, bermakna kena berjalan jauh, kalau kaki sakit nak jalan macam mana?

dalam masa yang sama, berdebar jugak nak menyertai kuliah pertama, agaknya macam mana rupanya ye?

Thursday, May 28, 2009

Bahasa Inggeris

"bercakap dalam bahasa inggeris, jadikan bahasa inggeris sebagai perbualan harian, sampai bermimpi pun dalam bahasa inggeris"

seseorang telah menyuarakan kenyataan diatas dan saya kurang bersetuju. melihat kepada latar belakang individu yg menyuarakannya, mungkin beliau cuma provoke sahaja, jadi lupakan pasal beliau yg menyuarakannya. namun tidak dapat dinafikan bahawa ideologi ini turut dipegang oleh sesetengah kelompok.

saya kurang bersetuju bukannya kerana saya menidakkan kepentingan bahasa inggeris, saya pun belajar bahasa inggeris, pulun habis-habisan untuk mendapatkan gred A1 dalam spm, saya juga menyokong kerajaan yg meletakkan gred untuk bahasa inggeris diantara gred subjek-subjek yg dinilai untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi, saya juga menyokonong pelaksanaan ppsmi.

menggunakan atau mengutamakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar atau bahasa utama dalam perbualan atau percakapan harian adalah berbeza dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai medium penguasaan ilmu pengetahuan.

saya bersetuju dengan ppsmi kerana penggunaan bahasa inggeris dalam subjek matematik dan sains memudahkan penguasaan ilmu pengetahuan. saya tidak bersetuju jika ppsmi bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar, tetapi saya bersetuju jika dikatakan bahawa ia memberi peluang yg lebih cerah untuk menguasai ilmu.

kenapa saya berkata demikian? jika untuk menguasai subjek bahasa malaysia, apa yg perlu dilakukan? tentulah memperkaya pengajaran komponen2 sastera, meningkatkan penguasaan tatabahasa, memperluaskan kosa kata dan segalanya berkaitan dgn subjek bahasa malaysia itu sendiri. bagaimana jika hendak menguasai bahasa inggeris? sudah tentu juga melaui pengayaan dalam subjek itu sendiri untuk pelajar-memperkaya komponen bahasa inggeris, memperkaya penguasaan grammar, mengadakan usaha memperluaskan vocabulary dlm kalangan pelajar.

jadi sebarang langkah yg dilakukan pengayaan, pembaharuan atau cara baru yg diperkenalkan keatas sesuatu subjek itu adalah untuk kemajuan subjek itu sendiri. inilah yg kurang jelas difahami. jadi penggunaan bahasa inggeris untuk pengajaran matematik dan sains adalah usaha untuk meningkatkan penguasaan pelajar keatas subjek tersebut. perkataan2 melayu yg diinggeriskan dalam kedua-dua subjek itu tiada kaitan dengan komponen yg boleh mengancam bahasa melayu. mengapa tun mahathir memperkenalkannya? beberapa kali sudah dijelaskannya bahawa kedua-dua subjek itu dikuasai orang putih, kertas kerja, laporan kajian, semuanya dikeluarkan dalam bahasa inggeris. dan kita memerlukan hasil kajian mereka untuk menaiktarafkan kualiti modal insan negara kita. kerana itulah diperkenalkan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris.

kita beralih kepada isu asal, ideologi yg diusulkn diatas. saya kurang bersetuju bukan bereerti sy menentang atau membelakangi bahasa inggeris, sekali lagi saya tegaskan, kita perlu menguasai bahasa inggeris sbg satu keperluan menempuh globalisasi dan dunia sekarang yg menjadikan bahasa inggeris sbg komunikasi. tetapi ideologi diatas digambarkan secara melampau...

dalam sesi ceramah bersama dr syed yusainee syed yahya yg bertajuk 'semangat patriotik, jatidiri dan sikap ketuanan melayu' pada baru2 ini, ada tiga cara untuk mengenali bangsa melayu. identiti seseorang perlakuan atau perbuatan yg menyebabkan dia dikenali. maka jika kita boleh mengenali bangsa melayu dengan tiga perkara ini, maka tiga perkara inilah yg dipanggil identiti bangsa. tiga perkara tersebut:

1. bertutur dalam Bahasa Melayu(bahasa melayu sbg bahasa utama)
2. beragama islam
3.mengamalkan adat resam orang melayu

merujuk kepada ideologi diatas, ia seolah-olah menyarankan agar menukarkan bahasa pertuturan utama daripada bahasa melayu kpd bahasa inggeris, bukankah itu bermakna kita telah hilang salah satu perkara yg menentukan identiti bangsa? bermakna identiti bangsa hilang sebanyak beberapa peratus.

menjadikan bahasa melayu sbg bahasa pertuturan utama bukan bermaksud mengharamkan penggunaan bahasa lain. ia bermaksud, bertuturlah dalam beberapa bahasa yg anda mahu tetapi yang UTAMA adalah bahasa melayu.

Friday, May 22, 2009

The New Chapter

im going to register at UiTM Shah Alam tomorrow. then the new chapter of my life will begin... what will it like hah? will it be happening? depressing? fun? or challenging? ive been asked by few people about what i feel? am i well prepared?

u know what? in facing a new environment in my life, i usually don't take any big step or plan big, because im not sure what it is like...so about my preparation?(mentally). i prepare nothing... i just hope that i can mix with everybody there, have a smooth registration tomorrow, n say gudbye to my parents, then see what is waiting for me... so.. tunggu dan lihat aja...

ive just arrived at my aunt's house in taman gombak. we had a nine hours journey from kelantan. i dunno why, but when our car just passed my plkn camp in gua musang, i feel touched, maybe when i saw the pool n the padang kawad, i recalled all the memories with my plkn friends, teachers, n very not forget captain hapizi, miss him sooooooooooo much... but the story had ended, but it will be freshly remained in me....

tomorrow, tomorrow, n tomorrow(i copied mc duff's phrase)..... hum what it will be like?

Thursday, April 30, 2009

Happy Birthday To Me: 17 Going 18




i'm turning 18! a very precious number for me... that denotes that im moving from teenagehood to adulthood(ye ke?). and im not a minor anymore... im legally allowed to have the licence, smoking?-no,no!no!.. 18 sx? being 18 years old is more than that, let me share my belief about being 18:

1. stop act childishly, be matured
2. a start to understand seriously what responsibility is

3. look everything rationally, by considering all factors-people around you, the environment, challenges and results, risks, and my future

4. a time when your youth and beauty are at the excellent level(perasan)


biasanya time tahun baru jek kita ada azam, tapi untuk birthday yg kelapan belas ni aku adalah beberapa azam-perkara yang nak ditolak dan ditambah dalam hidup aku ni(macam matematik plak):

untuk ditolak:
1. hot temper

2. ego

3. mudah panik

4. argumentative behaviour(too much is not good)

untuk ditambah:

1. rationality

2. maturity

3. lebih relaks?

4. read a lot-iqra',iqra',iqra'

azam paling utama-tambah ilmu agama n ilmu akhirat




Friday, April 17, 2009

Kepemimpinan Matang: angan-angan atau realiti yg perlu direalisasikan?

Isu politik mempunyai pengaruh yang besar keatas masyarakat dan negara pada hari ini. Selepas berakhirnya PRU-12 isu politik seakan menjadi isu yang wajib dibincangkan sama ada di dada akhbar, televisyen, blog, sehinggalah ke kedai kopi. Dalam kata lain, jika dulu isu politik hanya dibincangkan oleh pihak2 tertentu, kini budak sekolah pun sudah tahu berpolitik, dan kini isu politik sudah berani dibincangkan secara terbuka dan dengan lebih berani lagi.

Siapa pula ahli politik? Mereka ini sudah tentu individu-individu yang terlibat secara langsung dalam kegiatan politik, mewakili parti-parti mereka yang saban tahun berusaha memikirkan strategi bagi mendapatkan mahupun mengekalkan kerusi kerajaan yang dipilih setiap lima tahun oleh rakyat.

Pemimpin politik merupakan mereka yg dipilih oleh ahli-ahli parti untuk menerajui kepimpinan parti. Pemimpin politik ini besar pengaruhnya keatas pengikut-pengikutnya. Apa yang mereka kata ya, maka ya lah disahut oleh pengikutnya, dan begitulah sebaliknya. Namun bukan semua penyokong begitu, masih ada yang boleh berfikiran neutral dan masih boleh memikirkan yang salah dan benar, mengadili sesuatu ideologi tanpa bias mahupun memberatkan kepada parti yang diundi. Tapi berapa peratus yang demikian?

Seperti yg dinyatakan, pemimpin parti sudah tentulah dipilih oleh ahli parti, penyokong parti akan sekaligus menyokong pemimpin parti kerana mereka dipilih oleh penyokong parti, yg merupakan ahli parti. Mengapa mereka memilih individu tertentu untuk jadi pemimpin, mengapa bukan orang lain? kerana mereka mempercayai pemimpin tersebut untuk mengetuai parti dan sekaligus memimpin mereka. apabila mereka dipilih sbg pemimpin parti, maka mereka perlu fikir mengapa mereka dipilih? apa yang membezakan org lain dgn dirinya yg dipilih sbg pemimpin? sudah tentu kerana pengaruh mereka besar dlm kalangan penyokong, dan apabila menjawat jawatan pemimpin, maka bertambah lagilah pengaruh merteka. kerana dalam apa2 organisasi sekalipun, pemimpin yg diutamakan, pemimpin sbg org nombor satu, walau sedemokrasi manapun budayanya, pendapat, pandangan, dan keputusan pemimpin akan diberi perhatian utama. jika tidak, mengapa mereka dpilih sbg pemimpin bukan?

dalam parti politik, pemimpin parti mempunyai pengaruh besar keatas penyokong, maka perlulah pemimpin sesebuah parti itu mengamalkan budaya POLITIK MATANG. jika percaturan politik pemimpin tersebut bersifat keanak-anakan, maka begitulah juga akan dturuti oleh anak buahnya.

saya tegaskan bahawa ini tidak memberatkan kearah mana2 parti atau mewakili mana2 parti. ia cuma sesuatu yg neutral dan umum yg saya rasa perlu dibudayakan oleh semua pemimpin politik tidak kira di negara mana sekalipun, parti apa sekalipun, sama ada BN, PAS, PR, Demokrat, atau Republikan.

Hari ini tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, kita asyik ingin bercakaran antara satu sama lain. jika arena ini adalah pentas tinju, pasti hebat das-das tumbukan yg dilepaskan, he2. Apa yg pihak bertentangan buat, tiada pun yg betul, semuanya salah. apa yang kita buat, semuanya betul. bibit-bibit perpecahan sudah lama kelihatan dengan keegoan masing-masing dengan sesetengahnya berpihak kepada pihak yg disokong tanpa mengira betul salahnya.

walaupun salah dan dia pun boleh mengakui kebatilannya, asalkan perkara itu datang dari pihak yg disokong, semuanya djawab YA! yg orang lain buat (pihak yg tidak sebulu), biarpun nampak bijak, boleh diiyakan, tetap dikatakan NO!. saya tidak memihak kpd pihak2 tertentu, semuanya sama saja. keluarlah kenyataan2 di dada akhbar menyokong perihak sendiri dan menolak bulat2 tindakan org lain. bg yg merasakan tidak dberi peluang untuk bebas bersuara di akhbar2, blog menjadi medium menjunjung tindakan sendiri, membidas tindakan orang lain. tidak apa jika bidasan dan sokongan mereka semua kena pada tempatnya, wajar dan disertakan hujah realistik dan matang, tetapi sesetengahnya dan semakin menjadi kebelakangan ini, semuanya menjurus untuk menunjukkan kpd satu sama lain bahawa 'semua yg kau buat salah, aku punya sahajalah yg betul'. teringat pula zaman kanak-kanak saya, jika saya bergaduh dengan seorang kawan, maka kami akan mula menunjukkan keegoan, saya akan mengadu kpd kawan2 lain dan mempengaruhi mereka bahawa apa yg saya buat, semua betul, yg dia buat semua salah, dan dia juga berkelakuan demikian. tapi tak apalah kanak2, nama pun kanak-kanak. tapi yg berkelakuan spt itu hari ini bukannya kanak2 tapi orang tua(yg sudah matang, dewasa dan berpengalaman, bukan nyanyuk ye, he2). pemimpin pulak tuh... sambil mereka asyik bercakaran, yg menonton di bawah rakyat yg terdiri drpd segenap lapisan masyarakat.

rakyat pulak bukannya bodoh. rakyat skrg sudah celik dan bijak. budak2 sekolah pun sudah tahu menilai tindakan pemimpin2 politik. jgn salahkan mereka. jika pertikaman lidah dan kecaman yg kebudak-budakan, masakan mereka tidak boleh memahaminya...

apa nak jadi? maki hamun dalam Dewan Rakyat, org tengok live melalui tv1, yg berkelakuan demikian dr golongan2 YB, menang pilihan raya, tp kelakuan mereka? sidang bawah pokok, pohon sembah derhaka, org yg caci Islam dlm blog masih dibela, pemimpin yg memperjuangkan islam pula tu yg membela, mengapa islam diketepikan semasa kita berdepan dgn keadaan yg bertentangan dgn apa yg kita mahukan? padahal mereka tahu islam menyuruh kita menegakkan yg betul, perkara yg benar, menidakkan yg batil, tapi kita tetap ego dan mengakui hanya pihak kita sahaja yg benar, org lain salah,walaupun sesetengahnya cukup tinggi ilmu islamnya dan kemudiannya mengaku pulak mengamalkan syariat islam sepenuhnya? islam mendidik umat supaya berfikiran matang.

dalam silibus sejarah ting 5, prinsip rukun negara, perkara kedua 'kesetiaan kpd raja dan negara'. tak kira kerajaan mahupun pembangkang, jika rakyat malaysia, maka perlu mematuhinya, tetapi insiden baru2 ini di perak bertentangan dgn prinsip itu. yg pelajar2 kita blajar lain, tapi yg diamalkan segelintir pihak pula lain, maka mana yg perlu diikuti?

apa itu dasar aparteid?
-Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.
Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil bantustan atau "homelands", supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim Aparteid jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.
Pada 1950, Akta Pendaftaran Penduduk menghendaki semua penduduk Afrika Selatan untuk diklasifikasikan kepada tiga kumpulan: putih, hitam (orang Afrika), atau berwarna (darah campur). Kumpulan berwarna termasuklah kumpulan India dan Asia. Jabatan Dalam Negeri adalah bertanggungjawab dalam menentukan klasifikasi ini dilaksanakan. Mereka yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang teruk

DEB pula dikatakan sama dengan dasar aparteid, rasanya macam langit dan bumi. jangan salahkan budak2 sekolah lagi jika mereka sudah pandai menilai tindakan2 segelintir pemimpin, silibus sejarah ting 4 lagi sudah memperincikan tentang apa itu dasar aparteid dan buku teks sejarah ting5 ada lebih kurang 5-6 halaman tentang perincian DEB. apakah DEB merompak org lain untuk diberikan kpd pihak2 tertentu? apakah kerana dasar itu, orang lain akan miskin kerana orang yg lain kaya? sudah berapa lama DEB diamalkan? jika DEB adalah sama dgn aparteid, maka sudah lama sesetengah pihak menderita dan disisihkan kerana DEB bukan setahun dua baru diamalkan...

tiadalah beza seorang pemimpin itu dgn penyokong biasa jika mereka gagal mempamerkan kematangan dlm kepemimpinan yg membezakan mereka dgn penyokong biasa dan gagal memberi bukti kenapa mereka dipilih sbg pemimpin sesuatu parti

p/s: r they waiting for one more mandela?

Saturday, April 04, 2009

Interview

Pada 1 April, hari rabu lepas saya telah menghadiri temuduga untuk tajaan JPA untuk permohonan memasuki universiti penyelidikan dalam negara-ukm,um,usm, upm. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Mula2 tu memang agak nervousla... takut tak dapat pun ada gak...

Intervie JPA ni interview secara berkumpulan, tak ada yg secara individu. Pengalaman saya hari tu, calon dibahagikan kepada beberapa kumpulan, lima orang setiap kumpulan. saya masuk dalam kumpulan 2, kena panel satu... dengar kata panel 1 ni interviewersnya org2 besar JPA... mak oii... kecut perut masa tunggu nak masuk tu... dahla dalam kumpulan saya tu saya sorang je perempuan, the rest are boys... dahla keempat-empat diorang tu ambil kursus engineering, saya sorang je yang lain permohonannya...

masa perkenalkan diri tu dalam bahasa melayu, lepas tu, diorang bagi 3 isu, suruh bagi pendapat, full english... kalau panel lain isu pertama in english, yg seterusnya in bahasa melayu... kitorang kena ketiga-tiga isu in english... tapi interviewers tu baik2la.. ketiga-tiganya lelaki. antara isu yg diorang tanya :

1. how plan the development at high land to preserve the environment
2. how promote patriotism among our teenagers
3. internet reliability

overall, puas hati jugakla dengan interview ni, ingatkan diorang nak tanya isu yg lebih hot dan spesifik mcm ppsmi ke atau krisis ekonomi, maka sebelum interview tu duk sibukla prepare isu ppsmi, hafal enam teras PIPP, bail out plan, subprime mortgage, dan sebagainya... satu pun tak keluar isu spot... nasib2..

pesanan ni ikhlas untuk kawan2 yang ada upcoming interview macam interview mara ke, kalau korang nak prepare untuk isu2 semasa, cari isu2 berbangkit, ala2 yang selalu korang buat nak tulis esei bm spmla...
contoh(my suggestion):

1. how to preserve and conserve the nature without stopping the development and urbanisation
2. who plays the main role in educating our teenagers
3. how to curb the social ills (maybe more specific like rempit, drug abuse, loafing, etc) among teenagers
4. how to reduce the rate of road accident of our country
5. how to generate patriotism among students
6. internet is the most reliable sources nowadays. discuss about it
7. how to educate our students to be young leaders
8. the young leaders is the asset to rule the country in the future. discuss.
9. the steps should be taken by the government to disciplined the road users
10. the challenges for the students who study abroad and how to face them

Saturday, March 28, 2009

Gotcha!

yes! akhirnya aku telah disenaraipendekkan untuk menghadiri temuduga untuk tajaan jpa pada hari rabu(1 apr) di politeknik kota bharu. walaupun belum dikira berjaya, tapi kira dah 'halfway', alhamdulillah.... tapi masalahnya, aku belum 'fully prepared' untuk hadir temuduga. yela walaupun kat maktab dulu diorang buat 'mock interview', tapi tetap tak sama dengan situasi yang betul-betul. rasa berdebar tu memang ada. tapi yang pastinya, tentulah diorang akan tanya pasal isu semasa. pasal tatatertib dari awal hingga akhir temuduga tu, rasanya semua bakal calon dah tahu, cikgu2 kat sekolah pun dah banyak kali cakap. namun ni adala sedikit tips yang ingin dikongsi untuk menghadapi temuduga(yg aku akan praktikkan nanti) :

1. attire-kemas, berpakaian sopan, kita ingin memberi first impression yg baik kpd penemuduga. pada pendapat saya, tak payah melaram berlebihan, cukup sekadar dressing kita sesuai dengan identiti kita sebagai budak yg baru habis sekolah, bukan mak datin. nanti hari temuduga nanti, saya nak pakai baju kurung warna lembut(e.g. putih, krim, peach, kuning cair, etc.), sebab mengikut pendapat peribadi saya selaku pakar fesyen tak bertauliah, warna2 tersebut akan buat kita nampak ala2 budak baik...

2. datang awal. tentulah diorang nak taja budak2 yang tahu jaga masa dan ada disiplin. bertolak awal dari rumah jika perjalanan kepusat temuduga selalu ada kesesakan lalulintas(ini kes saya)

3. apabila sampai ketempat temuduga, jika anda rasa gemuruh, sembunyikan perasaan itu, jangan pemerkan pada riak wajah anda sehingga boleh dilihat oleh calon lain. takut nanti diorang main taktik psikologi(yela budak2 sekarangkan pandai2). tapi jangan pula memainkan taktik tersebut keatas orang lain pula. dalam kata lain, 'mind ur own business' jela... baik duduk diam2 dan fokuskan kepada temuduga yg bakal anda tempuhi...

4. bawa air mineral untuk tenangkan diri, selawat banyak2 dan yakinkan diri bahawa aku boleh. harus ingat bahawa perlu berada dlm keadaan tenang dari awal sehingga akhir kerana pd pendapat saya, ketenangan akan mempamerkan kebijaksanaan seseorang mengawal situasi dan berhadapan dengannya.

5. semasa melangkah masuk, bagi salam jika 'interviewer' itu muslim, atau greet je dengan 'good morning' atau 'good evening'. kalau nak bagi nampak peramah tanyalah 'how r u sir'-ini bergantung kepada situasi (spontaneous act according to ur brilliance).

6. dengar soalan baik2. kalau diorang tanya pendapat, bagi pendapat, yg penting jawab soalan dengan mantap. pastikan jawapan anda 'sharp' dan penuh bermakna serta menjawab soalan. yg penting sekali, sebelum pergi temuduga, buat latihan, cari current isu, fikirkan FAQ untuk isu2 tersebut. selitkan pengetahuan am anda agar anda nampak bijak. jgn bg jawapan yg kebudak-budakan.
*sesetengah penemuduga ada yg ingin cuba menduga para calon-dengan menghentam anda dengan pandangan mereka yg sinis, merendah-rendahkan pendapat anda, cuba membuat riak tidak yakin, marah... semua ni taktik psikologi. walau panik macam manapun masa tu, cuba relax, cool, dan jawab dengan teliti.. kalau anda boleh buat, cuba bidas balik kenyataannya (dengan intonasi, ekspresi yg meyakinkan dan kedengaran bijak serta sinis). tapi ingat, jangan berbahas dengan terlalu emosi atau marah2kan diorang. semasa menjawab, anda perlu senyum dan dengan menggunakan mata anda, cuba pandang tepat kesetiap anak mata penemuduga dengan penuh keyakinan(tips oleh jurulatih bahas dsekolah)

contoh situasi:
penemuduga-PD
calon-C

PD: may i know what is ur favourite colour miss?
C: my favourite colour is blue
PD: haha, ur favourite colour is blue but why are you wearing white kurung today, you have
change ur favourite colour now?
C: may i ask u one question sir?
PD: yes you may
C: what is ur favourite food?
PD: my favourite food is nasi lemak
C: as nasi lemak is your favourite food, will u eat nasi lemak everyday as ur breakfast, lunch and
dinner sir?
PD: no...
C: no? so u already have the answer for ur question just now sir...

7. cuba serlahkan diri anda dengan cara komunikasi anda-bergantung kepada penemuduga. cipta satu situasi yg membuat penemuduga selesa dgn anda-be friendly.

8. ucap terima kasih dan nyatakan harapan anda selepas temuduga selesai.


isu semasa yg mungkin ditanya (according to my personal opinion):
1.PIPP
2.PPSMI
3. KONFLIK ISRAEL-HAMAS
4. GLOBAL WARMING? (perhaps...)-EARTH HOUR, ETC..
5. KRISIS EKONOMI
6. PATI
7. PRESTASI PELAJAR MALAYSIA DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI
8. MASALAH SOSIAL

kepada semua yg berjaya untuk menjalani temuduga, tahniah dan selamat berjaya. doakan saya juga ye...

Thursday, March 26, 2009

Coret-Coret Sepanjang PLKN

Sepanjang tiga bulan berada di Kem PLKN Etnobotani Gua Musang, berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang terjadi yg masih aku ingati.... ada yang kelakar, sedih, gembira, ada jugak yang sukar diterima akal :

1. semasa ingin naik ke dorm buat pertama kali, sy ada menegur seorang wirawati yang baru sampai. bermula detik itu sehingga 11 mac, kami jadi kawan baik.

2. semasa lunch pada hari pertama di kem, kami makan ayam masak pedas. semasa sedang membasuh tray, saya terlajak bukak paip, lalu sos ayam dalam tray saya terpercik pada saya dan pada orang disebelah saya. maka habislah baju kami kena sos. saya takut glerr n berulang kali mintak maaf... akhirnya dalam kelas integrasi, beliau telah menjadi teammate sy dalam match debate... she is mizah.. x ramai org tau cerita ni...

3. masa pergi jalan2 tengok kawasan latihan pada hari kedua, aku telah memakai krim muka tebal2, tak tahula pulak diorang nak bawak pergi meredah sinaran matahari sepanjang perjalanan. setelah balik ke dorm, maka menjeritlah aku melihat mukaku yang dah kena 'sunburn'. maka bermulalah episod diriku sebagai seorang yang hitam... hu2, nasib2

4. sepanjang berada dikem, walaupun kawan2 satu dorm buat jamuan makan maggie tiap2 malam, namun aku tdk pernah menjamah even semangkuk maggie semasa dikem... kerana nak diet...

5. semasa hari persembahan KKJ, aku telah tertidur semasa komandan tengah berucap, dan aku rasa dia nampak aku tidur maka seluruh pelatih kena marah dan tengking...

6. balik daripada aktiviti navigasi, mungkin terlalu letih, aku tengah berjalan keluar dari bilik air, tanpa sengaja, aku telah licin dan jatuh tersimpuh betul2 depan pintu tandas..

7. kawan satu dorm denganku, wani, telah mendapat berita tentang kematian 'boyfriend'nya. maka menangisla dia semalaman dan kami pun turut simpati... tapi pada minggu hadapannya, dia telah mendapat panggilan telefon daripada 'boyfriend'nya itu, barulah dia tahu bahawa kekasihnya belum dapat title 'arwah'... dia dah kena april fool oleh kawan kepada kekasihnya itu. tapi kekasihnya pun tak tahu bahawa ada orang yg memalsukan kematiannya.. ish3...

8. pada minggu pertama menjalani latihan, seramai 57 pelatih telah lapor sakit... ish3...

9. pada hari pertama dapat telefon bimbit kat sana, aku telah menghabiskan kredit sebanyak empat puluh ringgit untuk telefon kawan-kawan...

10. pada malam citra budaya, aku telah mendeklamasikan sebuah sajak, dan itu merupakan kali pertama aku masuk pertandingan sajak, namun aku berjaya dapat title pendeklamator kedua terbaik...

11. semasa aku berada dalam kelas integrasi aku telah menyanyikan sebuah lagu cina yg bertajuk 'yue liao tai piao wo di shing'... encik mahzan mentertawakan aku sebab suara aku pecah semasa menyanyi... he2

12. semasa menjadi pengawal tapak perkhemahan, yg mana syif aku selama dua jam, aku telah berjaya menghabiskan lima biji buah pear...

13. semasa main cari harta karun, aku terpaksa menyanyi lagu di sebuah checkpoint. lagu pilihanku-percayalah(siti nurhaliza)

14. pada minggu pertama berada dikem, aku telah menangis selama 7 hari berturut-turut sebab nak balik.

15. pada hari last kem, aku menangis tersedu-sedan sebab tak nak balik.

16. dan sehingga hari ini aku rindukan kem dan andai diberi peluang, aku nak jadi wirawati balik...

kepada semua yang telah menjadi kenangan pahit manisku disana, yang telah memberi pengalaman berguna, ilmu, walaupun cuma tiga bulan, cukup utuh untuk kukenang hingga keakhir hayat.. dan kepada yang telah menjadikan kenanganku lebih indah(aku saja yang tahu), terima kasih, sesungguhnya aku merindukan saat-saat itu.... lagu dibawah aku tujukan buat kalian semua warga kem plkn etnobotani gua musang, siri 6, kumpulan satu, tahun 2009.


YUE LIAO TAI PIAO WO DI SHING (BULAN MEWAKILI HATI SAYA)

ni wen wo ai,
ni you tuo shen,
wo ai ni you chi fen,
wo di shing ye chen,
wo di ai ye chen,
yue liao tai piao wo di shing...

maksud:

kamu tanya saya sebanyak mana saya cinta kamu,
sebanyak mana saya sayang kamu,
saya jawab saya cinta kamu,
saya sangat sayangkan kamu,
bulan mewakili hati saya...

lagu ini diajar oleh christina lee, sow siew ling dan chong siew chin semasa di kem...

Sunday, January 25, 2009

i love plkn

few years ago, i was extremely excited to join plkn, as i love adventures and those challenging activities, but when i noticed that i was selected to go for national service at etnobotani gua musang, i was kinda frustrated, yeah i have planned lots of things to do after spm, such as to start some business, get the license and bla, bla, bla..... then ive started to cheat in my medical checkup report, i made my mind very clearly about that. when i was at home after spm, a month passed with me doing nothing at home, then i made up my mind to join the national service. i registered at etnobotani camp of gua musang on 27 dec last year.

sincerely, i went to the camp with a hateful mood. u know, i want to be at home after spm, i dun want to be a student or trainee anymore, to be instructed, ordered by anybody, i babbled to the government, in the millions of malaysians, how on earth i was selected to join this programme?!!
the first week at the camp wasn't good. to get the clothes and uniforms at the logistic part was so tiring, the workers was kinda 'serabut' to satisfy about 387 trainees, some of us became the victim of their anger, hum... it was quite messy there... and i suffered environment shock. the people here have great vocals, always shout for 24 hours a day, u know, we are trained under armies and ministry of defence, u know how they do the kawad orders, scolded people, and everything,, the character building classes were too boring, we are treated like a kindergarten child in the class, did the pemetaan visual by using the magic pen... u know when was the last time i use the pen? when i was in standard one! but not everything in the first week was bad. the trainers here are called 'cikgu'. they are all kind and nice to us. the commandant is also good, the TKP is sooooo handsome, i doodled him 'handsome boy'. he is a very nice charming guy, i guess he is in the late thirty. our TKL, mejar hamdi is very friendly, he always walks around to see our condition. i had a chat with him for few times, he is a nice guy, an army pensioner. in the first week, i was homesick, i felt like i really2 wanna go home.

in the second week, i started to feel happy to be there.. i don't know why, but i started to feel mixable with everybody, started to feel enjoyable of being there, started to like the people and have lots of friends. in the character building class, i started to give the speech in front of the class. there was once when we learn about the'win-win' situation. i told the class about the beneficial of let both parties win and i relate the lesson with the current issue, that is the war between hamas and the israeli. i started to build my confidence. sincerely, eventhough i am an active debater, but in the first week of being there, it is hard for me to speak even a word, because i hated the camp. but time determines everything. then the TKP announced about the camp's open day. the parents are invited to come to visit their children and visit the camp and have a dialogue session with the commandant. cikgu asmah asked anybody volunteerly to join senam seni group to do the performance during the open day, i was kinda shy at first, but then i couragely walked to the front. there were 40 of trainees who came to the front, but only 20 who are really qualified will be chosen.

senam seni is a type of exercise using dance, like aerobic to keep us in shape. but aerobis is more into the west style. senam seni is totally distinctive from aerobic. the traditional music was used and the traditional dance is used as the steps. with the theme 'keep in shape in malaysia's style', the music used is traditional malay song, lion dance song, and jumbalika song. these song represent the multi-racial residents in malaysia. dancing is my passion, but i was only good in modern dance during my schooldays. traditional dance? i just tried. surprisingly, i was chosen among the 40 trainees to do the senam seni performance during the open day. i like traditional dance. due to my involvement in the senam seni group, i learn various type of traditional dances such as zapin, zapin sarah , tarian sumazau, anuman, inang masri, inang, joget, sewang, mengiluk, and lots more...

if i was sent home now, i think i will cry, because im already fall in love with kem plkn etnobotani gua musang, we did jungle trekking and water confident last week, eventhough i was attacked by 'pacat' but the experience is so precious. i still cannot believe that ive got into the jungle, hiked the hills and everything. how at first i was so sad of going to the camp, and now i feel like i dun wanna go home. i want to stay at the camp. i think 3 months period are too short for the training session. i think the gov should extend the training period because the life there are rockss and enjoyable. i wish i will perform more senam seni performance in the future. senam seni is the thing that i like the most at plkn... i took a year to love my old school, but i took less than a month to love my camp....