Friday, September 26, 2008

Mengapa Perlu Begitu?

Beberapa minggu lepas, sekali lagi medan politik negara gamat dengan isu peralihan kuasa. Apa yang telah berlaku? Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan keraguan beliau tentang peralihan kuasa yang dijadualkan berlaku pada 2010. Mungkin apa yang bermain di fikiran beliau ialah mungkinkah ianya berlaku kerana tempoh dua tahun itu terlalu lama?

Namun apa yang membuat saya berfikir ialah bukan sahaja relevan atau tidak kenyataan beliau tersebut, tetapi juga yang menarik perhatian saya ialah reaksi beberapa orang besar dalam UMNO, atau beberapa orang menteri. Selepas kenyataan beliau tersebar, beberapa orang menteri telah bersuara melalui media dan memberi kritikan dan komen-komen tentang kenyataan Naib Presiden UMNO tersebut. Tidak kurang juga yang membidas. Ada yang mengatakan bahawa beliau tidak patut mengatakan demikian kerana harus hormat dengan keputusan MT, ada juga menyuruh beliau menghormati keputusan MT, dan ada juga yang menyuruhnya melepaskan jawatan.

Saya berfikir, pada waktu ini, dalam keadaan parti yang boleh disifatkan sebagai 'sakit', apa untungnya beliau mengutarakan pandangan sedemikian jika hanya sekadar untuk menunjukkan bahawa beliau tidak menghormati MT, sudah tentunya beliau berbuat demikian untuk kesejahteraan parti, untuk menguatkan jentera BN. Saya beri satu analogi, dalam sebuah syarikat, didapati syarikat tersebut mengalami kejatuhan kerana kelemahan kepimpinan syarikat tersebut, lantas pengurus-pengurus kanannya bermesyuarat dan memutuskan bahawa kepimpinan tertinggi syarikat tersebut akan ditukar dalam masa setahun. Tetapi selepas keputusan tersebut diumumkan, pengurus A terfikir.... masa setahun untuk peralihan jawatan? macam-macam boleh berlaku dalam tempoh yang panjang itu. jika hari ini syarikat sudah mengalami kejatuhan, mungkin dalam tempoh setahun tersebut, banyak lagi kejatuhan yang akan dialami. Mereka memutuskan untuk menjalankan peralihan kepimpinan adalah untuk tujuan kebaikan syarikat itu sendiri. sebaik sahaja menyuarakan pandangannya kepada pengurus-pengurus lain, beliau dimarahi dan disuruh meletakkan jawatan.

Mari kita analisis analogi tersebut dengan kisah Tan sri Muhyiddin tadi. Mengapa pengurus A berfikir bahawa peralihan kepimpinan syarikat perlu diadakan lebih awal? Kerana beliau berfikir tentang akibat peralihan kepimpinan yang terlalu lama dengan nasib syarikat. Mengapa Muhyiddin bersuara tentang tempoh peralihan kuasa? kerana beliau berfikir dalam tempoh begitu, apa-apa pun boleh berlaku kepada parti. jadi apa yang difikirkannya sebenarnya? nasib parti. wajarkah orang yang memikirkan nasib parti disuruh meletak jawatan? mengapa pula pengurus-pengurus kanan tersebut dalam mesyuarat mereka memutuskan bahawa kepimpinan syarikat perlu ditukar? kerana mereka bersetuju bahawa kepimpinan syarikat sudah tidak mampu memacu syarikat dengan baik, dan peralihan kepimpinan adalah demi memajukan syarikat tersebut kembali. adakah tidakan tersebut bermakna mereka menderhakai kepimpinan? TIDAK! mengapa mesyuarat MT memutuskan bahawa peralihan kuasa akan berlaku? kerana mereka sendiri bersetuju bahawa kepimpinan sedia ada tidak mampu memacu parti dan perlu ditukar untuk menjamin kestabilan parti. adakah mereka menderhakai pak lah? TIDAK!

Menjalankan peralihan kuasa untuk menjamin kestabilan parti, untuk parti, demi menjamin kestabilan jentera BN. Bukankan benda itu benda baik, bukankah benda baik harus dipercepatkan? apakah tindakan Muhyiddin yang memikirkan tentang parti itu salah? beliau meminta pak lah mengundur lebih awal bukannya bermaksud beliau menderhakai parti, bukannya bermaksud beliau belot pada parti. tetapi memikirkan parti, bukannya berniat melakukan benda buruk keatas pak lah. malah tempoh dua tahun itu sendiri terlalu lama, perletakan jawatan Mahathir dulu pun mengambil masa lebih kurang setahun daripada masa pengumuman pengundurannya. apatah lagi dengan keadaan parti dan jentera kerajaan sekarang, lebih baik dipercepatkan....

setelah desakan demi desakan meminta dijalankan peralihan kuasa, barulah MT bermesyuarat dan memutuskan bahawa peralihan akan mengambil masa dua tahun. selepas pengiisytiharan tersebut, isu ini senyap tanpa sesiapa yang berani membangkitkannya. kemudian Muhyiddin bersuara, kemudian kita dapat lihat proses peralihan mula berjalan, bermula dengan tarikh peralihan yang mungkin berjadual lebih awal, sehinggalah kepada peralihan portfolio Dato Najib.
saya tefikir, jika muhyiddin tidak bersuara, mungkinkah proses-proses tersebut akan berlaku? kini rakyat semakin jelas dengan peralihan kuasa dan mereka lebih yakin bahawa peralihan tersebut akan benar-benar berlaku. siapa yang boleh mempersoalkannya?

Jangan Kutuk Program Angkasawan Malaysia

Sudah agak lewat rasanya untuk saya mengulas tentang program ini, namun kecaman serta kritikan terhadap program ini membuatkan saya berfikir sejenak. lebih-lebih lagi apabila Dr. Syeikh Muszaphar telah datang ke sekolah saya beberapa bulan yang lepas untuk Program Angkasawan Pulang ke Gagang. Terlebih dahulu, terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak ANSARA kerana memilih maktab saya untuk program tersebut.berbalik kepada isu asal, program yang dikatakan membazir dan tidak membawa kebanggaan atas alasan :

1.membazir berbanding dengan keuntungan pihak Russia yang dapat menjual 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM .
2.NASA tidak mengiktiraf angkasawan negara kerana gelaran angkasawan atau Astronaut (Asal dari Astrology/Astronomy) hanya layak diberikan kepada mereka-mereka yang berupaya mengendalikan kapal angkasa, menjadi jurutera angkasa, memberi arahan dan menjadi ketua di ISS serta menjadi krew di ISS selain sebagai seorang saintis dan pengkaji di angkasa.


Satu perkara yang menghairankan, tetapi tidaklah mengejutkan iaitu sebelum ini, pihak NASA telah memberikan gelaran ANGKASAWAN kepada sesiapa sahaja yang pernah pergi keangkasa, termasuklah ahli politik, pemberita, mahupun wartawan. tetapi apabila tiba kepada isu untuk megiktiraf angkaswan malaysia, mengapa perlu ditukar syarat pengiktirafannya.

Disini kita sudah dapat membaca maknanya yang tersurat dan tersirat.Di pihak Russia (ROSCOSMOS) pula, mereka menggunakan istilah Comosnaut (Asal dari Cosmology) merujuk kepada skop bidang yang lebih luas meliputi angkasa, orbit, mengetahui asas ilmu angkasa atau astronomy, berupaya membuat kajian sains di angkasa, mengetahui selok-belok teknologi maklumat walaupun pihak yang terlibat tidak tahu mengendalikan kapal angkasa, tidak menjadi ketua atau commander di ISS dan tidak menjadi jurutera angkasa. Ini adalah kerana, sesiapa sahaja yang telah lulus dan melepasi ujian intensif yang ketat dan sukar di Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin di Moscow Russia, layak mendapat tauliah sebagai angkasawan atau Cosmonaut dari pihak Russia dan layak pergi ke angkasa atau ISS.

Lagipun, saya fikir bahawa pihak NASA tiada kaitan dengan pengiktirafan angkasawan, NASA bermaksud "National Space Agency". daripada perkataan "national" saya rasa NASA hanya terlibat dengan program angkasa yang melibatkan USA sahaja sama ada dari segi pakej, kajian, mahupun projek keangkasa. program penghantaran angkasawan Malaysia hanya melibatkan kerajaan Russia, dan mereka telahpun mengiktiraf angkasawan kita sebagai angkasawan profesional. NASA boleh tutup mulut.
berjadual