Wednesday, February 22, 2012

Saya Capai Impian Saya!

Sudah hampir setahun blog ini tidak bersentuh. Terlalu sibuk dengan kehidupan di alam realiti sehingga tidak berkesempatan menyusun idea dan menulis di alam maya ini. Idea-idea itu datang, tapi tidak sempat distrukturkan, lalu dilakar dalam buku catatan dengan harapan satu hari nanti saya boleh mengolahnya semula.

Sebagai bukti bahawa penulis masih bernafas di muka bumi ini, reka bentuk blog ini telah melalui proses pembaharuan buat beberapa kali. Malah nama blog ini pun telah ditukar kepada nama pena saya sendiri. Kenapa Bella Zulkifly? Saya sibuk mencari nama pena yang sesuai namun tidak pula diketemu. Lalu nama Bella Zulkifly menjadi pilihan kerana 'Bella' merupakan nama panggilan.

Saya menulis catatan ini bersempena satu peristiwa yang menggembirakan yang berlaku pada hari ini. Pada mingu lepas,saya terpandang poster ini di perkarangan kampus :


Sebaik sahaja terpandang akan poster ini, saya tidak berfikir untuk kali kedua bahawasanya saya akan berada di Dewan Tuanku Canselor pada tarikh tersebut, walaupun saya tahu bahawa kelas Community Health akan berjalan seperti biasa pada tarikh yang sama. Impian untuk bertemu muka dengan Tun Dr Mahathir merupakan impian saya sejak kecil. Malah saya telah meletakkannya dalam senarai perkara yang ingin saya capai dalam hidup.

Maka hari ini saya tidak menghadiri sesi pagi kelas-kelas Community Health (dalam bahasa mudahnya saya ponteng kelas) untuk menghadiri sesi ceramah ini.

Memakai baju ala Nehru berwarna kelabu kegemarannya, Tun nampak masih gagah, posturnya masih tegak walaupun sudah berusia 87 tahun, menyampaikan syarahannya dengan hanya berbekalkan sebuah buku nota kecil, namun pantulan ideanya tetap tajam dan tepat seperti semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana kita ingin melakukan transformasi pada minda para penyelidik muda? Ucapan Tun tadi hanya berlegar-legar di sekeliling satu kata kunci sahaja iaitu 'mindset'. Tetapi Tun berjaya mengolahnya sehingga beliau berdiri di atas pentas selama satu jam lebih, ditambah pula dengan sesi soal jawab selama lebih kurang setengah jam.

Mukaddimah ucapan Tun diisi dengan pandangan beliau tentang tajuk syarahan itu sendiri. 'Transformasi Minda Penyelidik Muda'. Beliau bergurau dengan menyatakan beliau bersyukur bahawa minda yang ingin ditransformasi ialah minda penyelidik muda, bukan minda penyelidik tua. =). Katanya minda orang muda itu mudah dibentuk kerana mudah menerima perubahan. Minda orang tua sukar diubah kerana mereka sudah menjadi degil dan keras kepala, katanya lagi otak sudah beku, HAHA. Semakin kita tua, minda kita menjadi makin konservatif, lalu sukar menerima transformasi, sedangkan transformasi itu diperlukan untuk menghambat perubahan. Bagaimana ingin berada selari dengan perubahan jika tidak mahu berubah?

Gambar diambil dengan kamera saya.

Kita harus punya pemikiran untuk sentiasa memperbaiki apa yang sedia ada pada kita

Sesuatu yang sedia ada itu boleh diperbaiki lagi. Contohnya; pada jarak 1 meter, kita masih lagi boleh bercakap dengan orang lain. Bayangkan pula di dalam sebuah dewan yang besar sebesar DATC, bagaimana seorang penceramah di atas pentas mahu bercakap agar butirannya boleh didengar oleh semua penonton dalam jarak berpuluh/beratus meter? Maka untuk menyelesaikan masalah ini mikrofon dan pembesar suara dicipta. Kemudian kita berfikir lagi, bagaimana kita ingin memungkinkan komunikasi dalam jarak beribu-ribu kilometer pula? Terciptalah pula alat-alat elektronik dan digital seperti internet, video chat, etc.. Sehingga pada hari ini mereka yang berada di berlainan benua boleh berkomunikasi seolah-olah bersemuka. Malah angkasawan kita yang berada di ISS sekalipun boleh berkomunikasi dengan rakyat Malaysia dibumi.

Jika cepat berpuas hati dengan perkara yang sedia ada, dan merasakan apa yang kita ada itu sudah cukup, tiada mindset untuk berubah, maka perkara ini akan menjadi susah.

Pemikiran yang sentiasa ingin menyelesaikan masalah. Tambah Tun, kita tidak boleh menerima sesuatu secara muktamad, kita perlu berfikir untuk sentiasa membaiki. Contohnya, untuk menghasilkan sebuah cerita kartun, sebelum ini, kita perlu menyediakan beribu-ribu lukisan untuk menghasilkan pergerakan. Sekarang sama ada lukisan mahupun pergerakan itu sendiri boleh dihasilkan secara digital. Kata Tun beliau menggemari cerita kartun Upin Ipin... :)


Semangat inkuiri. Diri harus dilengkapi dengan semangat ingin tahu. Kita tidak harus berhenti setakat ilmu yang kita tahu sahaja. Setiap sesuatu itu perlu dipersoalkan sistemnya. Contohnya jika kita melihat sebiji mentol yang menyala. Bagaimana mentol itu boleh menyala? Melalui proses apa? Tindakan kimia apakah yang terlibat? Jika melalui elektrik, bagaimana pula elektrik itu dihasilkan? Apakah cara untuk menghasilkan elektrik dengan mudah dan menjimatkan kos?

Cuba kita kaji satu peristiwa. Pada zaman dahulu, orang Cina menggunakan mercun kononnya untuk menakutkan naga yang ingin menelan bulan dan menyebabkan gerhana. Orang Eropah mengkaji tentang bahan-bahan yang berada didalam mercun, kemudiannya daripada mercun itu, mereka ubah suai menjadi bahan letupan yang lebih hebat, yang mampu mencampakkan peluru pada jarak yang sangat jauh. Mereka berjaya menghasilkan senjata peperangan daripada mercun yang bertujuan menghalau naga itu.




Sebenarnya kita tidak payah susah-susah melihat kejayaan orang lain. Cuba lihat dalam tradisi agama kita sendiri. Para ilmuwan Islam banyak yang menjadi pelopor kepada disiplin-disiplin ilmu. Ibnu Sina dengan Kitab al-Qanun fi al-Tibb, Ibn Qayyim Al Jauziyah menghasilkan Kitab At-Tibb an-Nabawee, Al Jahiz yang menulis Kitab al-Hayawan yang ada berbelas-belas jilid, dan ramai lagi.Namun pada abad ke-15, tradisi keilmuan ini telah runtuh dek kelalaian kita sendiri. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menghidupkan semula tradisi ilmu tersebut.

Dalam sesi soalan jawab, ada yang bertanya, apakah sumber rujukan Tun sehingga beliau menjadi sangat berpengetahuan. Maka jawab Tun, beliau suka membaca sejak kecil lagi. Masih terngiang-ngiang ayat Tun : "Sesiapa yang rajin membaca, maka dialah yang akan mendapat ilmu". Kebetulan saya juga suka membaca, hehe...

Selain daripada kandungan syarahan beliau, ada seperkara lagi yang berlaku yang menarik perhatian. Tentang sambutan pelajar-pelajar UiTM terhadap Tun. Saya sungguh terharu melihat gelagat-gelagat mereka (gelagat saya sendiri pun apa kurangnya!)

Ada ramai pelajar yang berhimpun dan menunggu di luar ruang makan VIP untuk bersalam dan mendapatkan tandatangan beliau. Malah mereka ini sanggup tidak menjamah makanan yang disediakan untuk pelajar-pelajar hanya kerana takut akan terlepas bersua muka dengan Tun-saya pun termasuk dalam golongan ini. Kami berdiri selama setengah jam, berhimpun di laluan keluar VIP bagi menunggu beliau selesai makan. Ramai yang bersesak sehingga saya merasakan kepala saya telah disiku sebanyak beberpa kali, hehe

Dari laluan pintu masuk sehingga Tun melangkah masuk kedalam kereta untuk pulang, terdengar jeritan mereka ; " I love you, Tun! ". Dan pemergian pulang Tun diiringi laungan " Hidup Tun!" oleh kami semua. Dan percayalah, kejadian ini bukan diatur untuk majlis tersebut, tapi berlaku tanpa diduga dan secara spontan beramai-ramai.


Gambar diambil dengan kamera saya

Gambar diambil dengan kamera saya

Tanggapan saya terhadap mahasiswa tempatan berubah. Rupa-rupanya masih ramai yang tahu menghargai pejuang yang sebenar, dan mengiktiraf mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan. Tahu membezakan antara hero dengan dungu. Ketahuilah bahawa kami, golongan muda mencari-cari pemimpin seperti beliau untuk dibanggakan dan dijadikan contoh.



Detik kepulangan Tun dirakam melalui kamera saya

I Love You, Tun!

My best shot of the day!

Friday, March 25, 2011

The Dialogue

Since I have promised myself to maintain at least one post per month, this is a at-the-late-night-when-i-feel-so-uneasy post !

Ni dah tiba mood perasan nak buat post ala-ala Paulo Coelho yang kadang-kadang reka dia punya short story sendiri dalam blog dia. Walaupun cerita dia kebanyakannya pendek-pendek dan simple, tapi mesej dia tepat dan kena pada tujuannya.



Tapi cerita pendek saya ni pendek je. Reka sendiri, tiba-tiba muncul idea. Lepas tengok gambar Pak Cik Coelho yang kat atas tu kot.

The Dialogue

On the first day of the first year student of the Dental Faculty, the Dean delivered a welcoming speech to them. He ended his speech by asking everyone to mention their reasons, why they chose to take the course ;

Dean : Started from this row, can you please tell me the reason why you take this course ?

Student A : Because by being a dentist, ill become a specialist, then i can make lots of money. i love business.

Student B : i've heard that in the countries like Canada, one dentist can earn until five figures....

Student C : Because dentistry is a wide scope for profession. it is more superficial, i can open my own clinic, good job prospect, i will become a dentist, we got not so many dentist in malaysia, bla bla bla bla bla....

Student D : Because I want to learn dentistry, Sir....

Dean : Don't you want to be a dentist? Everyone take dentistry because they want to be a dentist. How about you? What you want to be?

Student D : If learning dentistry will make me a dentist, then a dentist I will be.....

Baiklah, dekan dalam cerita diatas, bukan dekan fakulti saya. Pelajar-pelajar tersebut juga tidak wujud, tapi mungkin wujud. Kenapa guna contoh dentistry? Yelah dah aku amek dentistry, takkan nak buat contoh course muzik pulak kan ?

Kisah ini hanya rekaan semata-mata. Sama ada untuk berfikir sejenak dan terus memikirkannya, atau berfikir sejenak dan terus melupakannya, itu diluar bidang kuasa orang lain untuk menghakimi, tetapi dalam kuasa diri sendiri untuk membuat keputusan dan penilaian.

Friday, February 18, 2011

Exam is Overrated ; Part 2, Cont.

.........................................................
Sambungan kepada entry sebelum ini... :


Exam is The New Ambition?

Tak percaya?


Masa awal-awal di Fakulti Pergigian, kami kena jawab satu exam, kira-kira lepas 9 minggu belajar (kira awal lagi lah tu!). Ini adalah exam pertama kami sejak mendaftar di sini. Multiple Choices type of Questions. Keputusannya? Teka sendiri lah.

Perkara yang paling awal ingin dibincangkan di sini, bukanlah cubaan untuk mengajar menteri-menteri untuk mengubah dasar pendidikan, mahupun mengajar para dekan-dekan universiti untuk mengubah sistem mereka. Saya ingin membincangkan perkara yang paling asas, iaitu pandangan orang yang paling penting yang terlibat dalam vital event ini, iaitu sang pelajar itu sendiri- saya, mereka, dia, anda, anda, dan anda. Soal yang lain akan disentuh kemudian.
Seperti yang saya bincangkan dalam post yang sebelum ini, iaitu besarnya impak peperiksaan keatas pelajar, ibu bapa, dan golongan yang berkaitan mahupun golongan yang agak jauh kaitannya. Saya rasa ramai lagi yang diluar sana pernah mendapat keputusan yang saya peroleh dalam ujian itu, pernah, dan mungkin sedang menerima kenyataan bahawa keputusan ujian mereka tidak cemerlang atau gagal.




Apa yang anda rasa apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan? Rata-rata akan berasa sedih, frust, kecewa, tak dapat terima kenyataan, dan banyak lagi.


Tanya soalan ini kepada diri anda : " Mengapa sedih dengan keputusan ujian?"

Kerana gagal untuk mendapat keputusan cemerlang menggagalkan anda untuk mencapai cita-cita?
atau
 
Kerana anda hidup dalam suasana yang sangat mementingkan keputusan ujian, sehingga anda tidak berupaya untuk go against the flow, maka untuk kekal dalam aliran tersebut, maka terpaksalah anda jadikan keperluan untuk mendapat keputusan cemerlang atau paling cemerlang itu antara perkara yang paling penting dalam hidup anda, walaupun anda kadang-kadang terfikir akan tahap relevannya pemikiran tersebut, namun disebabkan hanya anda yang berfikiran begitu, maka anda salah, apa yang diterima majoriti itulah yang betul semuanya..... kita kan mengamalkan sistem yang menerima suara majoriti? (huh, mintak maafla kalau semput baca ayat ni)


Dalam kes saya, keputusan saya itu, hanya mewakili 1 % sahaja untuk markah final. Saya ada lima kali lagi ujian profesional. Kalau saya masih menggunakan alasan pertama itu memang tak logik lah. Nampaknya saya terpaksa mengaku, pada masa itu, saya sedih kerana sebab yang kedua. Anda pula bagaimana? Siapa yang alasannya yang sama dengan saya? (Meh kita sep sikit).

Mari saya huraikan sikit tentang sebab yang kedua : 

1. Anda tidak akan mendapat ucapan tahniah daripada ibu bapa anda.
2. Kawan yang duduk belakang/depan/tepi anda dapat result yang sangat cemerlang.
3. Lecturer atau cikgu akan ingat nama kawan anda itu, tapi tak akan ingat nama anda.(mungkin)
4. Kawan-kawan sekelas anda yang lain akan puji kawan anda yang cemerlang.
5. Jika anda seorang yang narsistik, maka anda akan lagi sedih kerana tiada orang yang akan bercakap tentang anda (ini narsis yang berlebihan).


Jika perkara-perkara yang diatas lah yang anda rasa dan yang anda kejar, mungkin ini yang sedang berlaku :


Exam is your new ambition.


Ya, mungkin kini anda telah menjadikan ujian dan peperiksaan itu lebih penting daripada cita-cita anda. Masih ingat tentang senarai kepentingan yang saya ceritakan dalam post sebelum ini? Perkara apa yang sepatutnya berada di tempat pertama? Cita-cita anda. 


Sebenarnya apabila bercakap tentang cita-cita dan impian, ianya mengenai konteks yang lebih luas iaitu kualiti hidup ini, apa yang anda mahukan pada hidup, bukan setakat apa yang anda ingin jadi bila dewasa kelak, ataupun karier anda. Tetapi di sini saya kecilkan sikit skopnya kepada karier anda pada masa hadapan, iaitu sebahagian daripada impian dan cita-cita anda. Untuk berbincang mengenai skop yang lebih luas itu, dalam post lain pada masa hadapan ye...


Jadi ujian atau peperiksaan tak perlulah?

Apa sebenarnya tujuan peperiksaan?


Peperiksaan adalah untuk menguji kefahaman murid. Sebelum diuji, pelajar pelulah memahaminya terlebih dahulu. Untuk memahami, pelajar perlu diberi masa. Bagi pelajar yang jadualnya padat dengan peperiksaan, atau jarak antara satu ujian dengan ujian yang lain adalah dekat, maka mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memahami sesuatu pelajaran. Maka dalam masa yang sudah dekat dengan ujian, mereka akan lebih mementingkan ujian tersebut daripada memahami pelajaran itu. 




Bukan tidak mahu memahami, tetapi kurang masanya. Kerana jika teruk markah ujian tersebut, maka teruk jugalah markah untuk ujian final atau carry mark. Maka pelajar secara tidak langsung lebih kepada menghafal daripada memahami. Menurut Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM, dalam sesi Dialog di TV1 beberapa hari lepas, beliau berpendapat bahawa mungkin kerana kita kurang yakin dengan kebolehan para pelajar, maka kita tambahkan beban kepada para pelajar iaitu peperiksaan, sehingga mereka tiada ruang untuk bernafas. Maka pelajar lebih terlatih untuk menghafal untuk menjawab ujian daripada memahami pelajaran mereka. Bagi mereka yang mungkin gemar mengadakan peperiksaan, mereka mungkin berkata, masa yang sikit diberikan kepada pelajar merupakan satu cabaran kepada pelajar untuk memahami pelajaran mereka dalam masa yang singkat.... Tapi :
Puhh-lease.... be fair to students....!


Bukannya peperiksaan langsung tak patut.Cuma peperiksaan itu adalah sebahagian sahaja daripada peratus cabaran dan perkara yang perlu dilalui untuk mencapai cita-cita anda. Cukup merugikan jika kita terlepas untuk memandang perkara-perkara lain yang akan melatih akal dan hati kita untuk berfikir, jika kita hanya melatih kebolehan menghafal yang semaksimum mungkin untuk menghadapi ujian untuk melepasinya. Maka lahirlah robot-robot untuk sektor pendidikan, kejuruteraan, perubatan, dan banyak lagi sektor yang dihasilkan oleh kilang-kilang yang diberi nama institusi pendidikan.

Mari dengar kisah ini.


Ada satu peti harta karun yang terdapat yang terdapat di atas sebuah gunung yang tertinggi di dunia. Korang bayang lah gunung tu ala-ala Mount Cook kat New Zealand tu ye. Setelah beribu tahun lamanya, tiada siapa yang pernah cuba mendaki gunung itu. Dalam sebuah kitab yang dibaca oleh pengembara, untuk sampai kepada harta karun tersebut, pengembara perlu melalui jalan yang penuh dengan hutan berduri, perlu melalui tasik yang dalam, dan gua yang panjang lagi gelap. Pengembara diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan diri untuk mendaki gunung tersebut bagi mendapatkan harta karun. 

Apa yang akan terjadi jika pengembara hanya berlatih untuk mengharungi gua yang panjang dan gelap itu sahaja? 

Maka, berangkatlah pengembara untuk mendaki gunung itu.Sampai di kaki gunung, pengembara terjumpa sebuah pintu gua, maka bertambahlah keyakinan pengembara itu.

Pengembara melalui gua yang panjang dan gelap itu selama beberapa minggu, tetapi dengan jayanya. Apabila sampai di penghujung gua tersebut, pengembara sangat terkejut. Terbentang sebuah tasik yang sangat luas di hadapannya, dan selepas tasik tersebut, ada pula sebuah hutan berduri. Pengembara sangat takut kerana beliau tidak pernah berlatih untuk mengharungi kedua-dua halangan itu.

Tetapi dengan tekad, pengembara itu tetap terjun kedalam tasik itu. Tapi sayang seribu kali sayang, tekad itu sahaja tidak cukup untuk menyelamatkan pengembara itu. Saya tidak tahu pengembara itu pandai berenang atau tidak kerana saya bukanlah kenal sangat dengan pengembara itu. Tetapi jika dia pandai berenang sekalipun, dia tetap mati kelemasan kerana tidak biasa dengan kedalaman dan keluasan tasik itu serta ekosistemnya. Maka tenggelamlah pengembara itu bersama-sama dengan tenggelamnya impian beliau untuk mendapatkan harta karun.

................................................................................................


Untuk mencapai sesebuah cita-cita itu, memerlukan kita untuk melalui proses pembelajaran. Proses itu bukan sahaja merujuk kepada apa yang tersedia di hadapan mata kita, sebaliknya tentang pemahaman makna sesuuatu perkara yang hanya dapat dinilai melalui kekayaan jiwa, akal, dan hati.

Belajarlah untuk kekayaan jiwa.


Don't run for success. Be excellent in whatever you want to be, then success will follow.

Wednesday, February 16, 2011

Exam is Overrated

Saya mendaftar di Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam pada akhir bulan Jun tahun lepas. Perasaan masa tu? Tak rasa apa-apa... hehehehe. Daripada menjangkakan sesuatu secara berlebihan, saya lebih selesa tunggu dan lihat apa yang menanti. Saya tahu... universiti, fakulti pergigian, Bachelor of Dental Surgery.... Perkataan-perkataan yang enak didengar kan? Takpalah, saya bukan nak bincang benda-benda tu, cuma nak bagitahu kenapa dah nak dekat setahun tak update blog : sibuk dengan pembelajaran, peperiksaan, dan aktiviti di kampus. Baiklah, saya habiskan soal alasan tak update blog kat sini ye. Sekarang Puteri Revolusi ni dah nak mula berbincang balik sebagaimana beliau berbincang dan memberi pandangan dalam artikel-artikel sebelum ini ye!

Exam, peperiksaan, ujian, atau apa-apa sahaja nama yang diberi kepada salah satu perkara penting atau vital event ini dalam sistem pendidikan. Sekali fikir, : "ala, exam je, dah jadi benda alah bisa tegal biasa kepada semua orang...". Betul ke perkara biasa? Tanpa kita sedari, vital event ini memberi impak kepada segenap lapisan umur. Tak percaya? Jom kita buat analisa dan fikirkan sejenak...


Kisah 1 : Bella dapat Nombor Satu / dapat 4.00 pointer / dapat straight A's SPM

Family Bella : "Tahniah, orang lain dapat berapa? Siapa yang dapat paling tinggi dalam kelas? Minah, Abu, Ali, Kassim dapat markah lagi tinggi ke lagi rendah daripada awak? Bagus, exam lain kali kena dapat nombor satu lagi ye...."

Jiran-jiran  Bella : "Tengok anak kak Rahmah tu, dapat result cemerlang. Kau tu patut pergi tanya Bella tips-tips untuk dapat straight A's, Ali. Tak lama lagi boleh jadi doktor budak tu ! Takkan kau tak nak jadi doktor?" (kata jiran Bella kepada anaknya, Ali, yang sedang tekun menyambung wayar-wayar untuk membina mesin yang entah apa-apa pada pandangan ibunya untuk mengisi masa lapang)

Cikgu Bella : "Good Bella. I  love to see this kind of result, well done! Projek tunas saintis lepas ni you buat ye!" (Cikgu yang selama ini tak kenal pun nama Bella dah bercakap dengan Bella sejak dia dapat 4.00 pointer ni!).

Sekolah Bella : "sangat berbangga ramai yang dapat straight A's tahun ni (Bella salah seorang). Sekolah kita ini menjadi juara SPM satu Malaysia. Satu imej yang baik untuk sekolah kita. Ramai yang nak masuk sekolah kita nanti... Cikgu-cikgu, bersedialah untuk bekerja keras untuk maintainkan result macam ni ye..."

Orang Kaya (yang nak bagi anugerah) : "tahun ni nak bagi anugerah kat budak-budak yang dapat result cemerlang. (Bella dapatlah...). Tahun ni bisnes untung, negeri mana yang dapat paling ramai cemerlang?" (nak bagi anugerah kat negeri jugak).

Mak dan Ayah yang nak daftar anak sekolah tahun depan : "Kita hantar anak kita, Ali, pergi sekolah  ######## lah tahun depan, ramai budak yang dapat result cemerlang kat sekolah tu tahun-tahun sebelum ni. Si Bella tu pun sekolah tu jugak, sekarang duk belajar nak jadi doktor, doktor tuh....!"(Ali nak jadi cikgu fizik).

Wartawan-wartawan di pejabatnya : " Cepat-cepat, pergi kementerian dapatkan list nama pelajar cemerlang tahun ni, dan sekolah mana yang dapat paling ramai cemerlang. Cepat, sebelum stesen TV# dapat dulu....". (Pening orang kementerian layan mereka yang asyik call tanya result SPM, macam diorang pulak yang ambil SPM tahun tu).... (Bella masuk TV!)



Kisah 2 : Bella TAK Dapat Nombor Satu / TAK Dapat 4.00 pointer / TAK Dapat straight A's SPM 

Family Bella : (Keputusan ujian bulanan telah keluar) "Tengok Minah tu, dapat nombor satu, anak Gayah Semek belakang rumah ni pun dapat nombor satu, semua orang kat sekolah dapat nombor satu, kenapa awak ni tiba-tiba dapat nombor 8? (Dalam kelas Bella ada 40 orang). Oh ye, anak Ali, Abu, Kassim, dapat nombor berapa? Lagi tinggi ke lagi rendah markah mereka?"

Jiran-jiran Bella berkata kepada emak Bella : " Apasal Si Bella tu dapat nombor lapan? Selama ni duk dapat nombor satu. Tengok anok ambo nih, Ali, dapat nombor satu dalam kelas." (emak Ali berkata untuk kali ke sepuluh pada hari itu. Ali yang dapat nombor satu pun takdela excited mahupun exaggerate sangat, ujian bulanan je kot...).

Cikgu Bella : I think you shouldn't do the project. Just leave it for top students okay? hummm.... what's your name again? (Walaupun projek tu takda kaitan pun dengan silibus akademik Bella ataupun topik yang masuk dalam exam bulanan tersebut).

Sekolah Bella : " Habislah tahun ni, result merudum, kena jawab dengan Ketua Pengarah pulak nih, adoi.... Panggil cikgu untuk mesyuarat, bincang keputusan budak-budak ni macam mana...". (Habis gugur rambut pengetua sekolah tu fikir macam mana nak berdepan dengan pengetua sekolah lain dan alasan nak bagi kat ketua pengarah).

Orang Kaya : tak payah cakapla, memang tak dapat anugerah....

Mak dan Ayah yang ada anak SPM tahun depan : " Risaulah saya, Ali nak SPM tahun depan. Result SPM sekolah tu tahun ni jatuh teruk, macam mana ni?" (Ibu bapa Ali sedang berfikir sama ada nak tukarkan Ali ke sekolah lain ke tidak, sebab keputusan SPM sekolah Ali merudum-walaupun bukan Ali yang jawab SPM tahun tu).

Wartawan-wartawan : lagi satu yang tak payah cakap. Jangan haraplah Bella nak masuk TV!


Peringatan : Watak-watak dalam kisah-kisah diatas tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah tiada, yang saya suka, yang saya benci, mahupun yang saya cinta. Malah nama-nama itu juga tiada kaitan dengan saya. Nama 'Bella' dalam kisah-kisah itu tiada kaitan dengan diri saya, hanya menggunakan nama saya yang tiada label 'copyright reserved' dan mungkin kerana nama itu sedap didengar. Kisah yang dialami oleh Bella itu bukan 100% pernah dialami oleh saya, saya ulang, bukan 100%. Saya mencipta senario-senario diatas dengan mengadun pengalaman yang dialami saya sendiri, yang dialami oleh rakan-rakan, dan saya yang menjadi pemerhati, yang dialami oleh orang-orang yang tidak saya kenali dan mereka juga tidak mengenali saya, tetapi saya menjadi pemerhati kepada pengalaman-pengalaman mereka, juga penganalisa. Sama ada mereka turut memerhati atau menganalisa pengalaman yang dialami oleh saya, itu diluar bidang kuasa saya untuk mengetahuinya. Ya atau tidak, saya tidak kisah, asalkan saya tetap berpeluang untuk belajar dengan menggunakan akal dan hati.

Even if you are dyingly hot, you still have to sit for the exam (am referring to the guy in white shirt)

Saya mencipta kisah-kisah diatas bukan untuk tujuan mengkritik (andai terdapat nilai kritikan atau terkena batang hidung anda). Jika masih ada nilai kritikan, ianya sesuatu yang tak dapat dielakkan, mungkin nilai itu memang sesuai berada disitu untuk penghayatan. Tujuan saya hanya satu : untuk membuktikan betapa besarnya impak peperiksaan keatas masyarakat, atau menunjukkan pandangan masyarakat, individu, atau organisasi keatas sistem ujian atau peperiksaan.

Saya menggelarkan sistem ini sebagai vital event dalam sistem pendidikan, berdasarkan pandangan masyarakat dalam kelompok pendidikan atau diluar kelompok tersebut. Rata-rata melihat sistem ini sebagai perkara yang sangat penting dalam dunia pendidikan, malah ada yang menyanjung (yang ni no comment! lain kali kot). Dalam sistem pendidikan di dunia ini, rata-rata mengamalkan sitem peperiksaan (setakat yang saya tahulah). Jika anda tahu ada yang tidak, jangan lupa update dengan saya ye!


Memang penting. Tapi sejauh mana pentingnya? Apakah kepentingannya melangkaui kepentingan perkara-perkara lain sehingga meletakkannya pada tempat nombor satu dalam Senarai Perkara-Perkara Penting Dalam Sistem Pendidikan? Atau ada perkara yang berada pada tempat yang lebih atas daripada vital event ini dalam senarai tersebut, dan ada perkara yang berada dibawahnya? Bayangkan sebuah senarai kepentingan. Semua perkara dalam senarai sudah tentu penting. Tetapi perkara yang yang berada diatas sudah tentu lebih penting daripada perkara dibawah, dan perkara dibawah tidak melangkaui kepentingan perkara yang berada diatasnya. Perkara nombor 4 lebih penting daripada perkara nombor 5, tetapi perkara nombor 4 kurang penting berbanding perkara nombor 3.



Disebabkan Puteri Revolusi ini apabila beliau mula menulis, tak reti nak tulis pendek-pendek, semuanya nak panjang-panjang, maka sambungan kepada post ini akan berada di dalam post yang seterusnya....  Nantikan....



To be continued.....





Friday, May 14, 2010

Kenapa Ular? Kenapa Lalang?

Dalam satu sesi motivasi, kaunselor memberi arahan; "Pilih satu jenis haiwan dan satu jenis tumbuhan. Secara KREATIF, huraikan dan jelaskan sifat-sifat istimewa yang kamu nampak pada haiwan dan tumbuhan itu yang kamu rasa patut ada pada diri manusia"

Haiwan yang saya pilih ialah ular. Tumbuhan pula, saya pilih lalang.

KENAPA ULAR?


Kerana pada seekor binatang yang dipanggil ular, saya dapat melihat satu sifat iaitu 'hebat, tetapi merendah diri'

Siapa tidak kenal ular? Binatang berbisa yang amat digeruni. Ada sesetengah jenis yang mampu membunuh mangsa dalam hanya beberapa saat, sama ada melalui bisanya mahupun belitannya. Jika ditanya rata-rata, sudah tentu ramai yang tidak mahu bertemu atau terserempak dengan ular, sambil didalam hati memohon minta dijauhkan. Jika dalam sebuah pejabat, seorang staf menjerit "ular! ular!", yang perempuan akan menjerit-jerit melompat keatas meja, yang lelaki pula akan mencari kayu atau apa-apa yang boleh untuk memukulnya. Takutnya kita pada ular. Terkenalnya ular dengan kehebatannya atau bisanya.

Tapi saya suka melihat cara pergerakan ular. Walaupun manusia takut padanya, walaupun berbisanya ia, ia bergerak dengan hanya menyusur pada tanah. Badannya dirapatkan pada tanah, jika perlu, ia meleperkan pula badannya. Jika ada akar-akar pokok yang berselirat, maka di bawah akar-akar berselirat itulah ia akan menyusur. Mana ada ia terbang mengepakkan dadanya (ya, ada spesies y boleh terbang), meninggikan badannya, mahupun mengaum seolah-olah memberitahu satu dunia "akulah haiwan berbisa!". Tidak sama sekali. Paling kuat pun ia mengeluarkan hissing sound sahaja. Seolah-olah ia tidak mahu kehadirannya disedari, dan tidak langsung mahu mencuri perhatian.

Begitu juga manusia. Walau sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita, kita perlu merendah diri. Secara fitrahnya sebagai manusia, kita tidak suka akan sikap meninggi diri dan takabbur mahupun lagak sombong, sebaliknya kita lebih selesa dengan percakapan dan appearance yang sederhana, sesungguhnya itu lebih menambahkan lagi kehebatan seseorang. Manusia sendiri boleh menilai sendiri kehebatan melalui tingkah laku dan pencapaian seseorang. Action speaks louder than words. Sesungguhnya kehebatan itu akan tersebar dan menjadi buah mulut, ada sesetengahnya, hingga zaman-berzaman. Kerana kehebatan tidak mati ditelan zaman. Tetapi manusia boleh mati kerana sikapnya sendiri.

Berbalik kepada ular tadi. Walau serendah mana ia merendahkan dirinya, walau seleper mana ia meleperkan diri untuk melalui akar-akar berselirat, namun bisanya tidak berkurang sedikit pun. Ia tetap digeruni. Manusia tetap tidak mahu terserempak dengannya. Kehebatan kita tidak akan berkurang dengan merendah diri. Ibarat ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Cuba bayangkan ketika dalam ekspedisi menjelajah hutan, jika ada seorang peserta yang menyebut perkataan U.L.A.R. , pasti orang itu akan dilabel sebagai celupar... Nah, hebatnya ular, belum lagi berjumpa, dengar nama pun sudah gerun. Begitu juga dalam kehidupan kita sebagai manusia. Jika kita dengar sahaja nama seorang yang hebat, pasti terbayang-bayang akan kehebatannya, itu belum lagi berjumpa dengannya, mahupun berpeluang berjabat tangan dengan beliau...

KENAPA LALANG?


Ya, saya tahu ramai yang berpandangan negatif pada lalang. Sama ada yang membencinya kerana ia berebut sumber fotosintesis dengan tumbuhan yang lebih berharga pada mata sesetengah orang, ataupun kerana sifat semulajadinya yang sering menjadi bahan kiasan untuk mencerminkan sikap negatif seseorang.

Pada manusia, mereka biasanya menyamakan seseorang dengan lalang kerana mereka ingin menggambarkan seseorang itu tidak tetap pendirian. Kerana menurut mereka, lalang itu akan bergerak mengikut tiupan angin-maka disinilah disimpulkan bahawa lalang tidak tetap pendirian. Benarkah?

Pandangan saya lain. Apa yang saya lihat pada sifat lalang berbeza sama sekali. Ya, memang benar, lalang akan meliuk lentuk mengikut tiupan angin. Tapi ingat, akar lalang tetap dalam dan utuh, serta kuat. Kukuh pada pendiriannya. Sebagai manusia, saya mahu mempunyai sifat istimewa yang ada pada lalang ini. Sekali lagi, ya memang lalang meliuk mengikut tiupan angin, tetapi saya memandang keadaan ini sebagai sesuatu yang kita labelkan sebagai fleksibiliti. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. When in Rome, do as Romans do.

Ya, kita punya pendirian, tetapi fleksibiliti merupakan satu daya yang kita usahakan sebagai toleransi untuk menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan yang bukan dalam zon selesa atau suasana yang kita sudah biasa. Cuba bayangkan jika daun lalang itu tidak meliuk mengikut tiupan angin. Jika angin yang kuat bertiup, kemungkinan daun lalang itu boleh patah! Sama juga dengan manusia. Untuk bergerak ketahap baru dalam hidup, kadang-kadang kita akan mengalami perubahan, sama ada dari segi persekitaran alam, suasana sosial, mahupun pergaulan. Maka kita harus melakukan perubahan untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang turut berubah. Jika tidak, kita sendiri yang akan menyusahkan diri.

Contohnya; ada seorang pelajar bernama Ana. Ana merupakan seorang pembahas sekolah. Sebagai seorang pembahas, Ana pandai berhujah, bijak mencantas hujah orang lain. Semasa latihan bahas mahupun semasa pertandingan bahas, Ana menunjukkan kemahirannya berbahas, pandai melontar hujah, dia membalas hujah orang lain, membidas hujah secara agresif. Dia bertindak seolah-seolah mahu pihak lawan terkelu dan tiada apa yang boleh diperkatakan. Tindakannya wajar pada suasananya. Kerana dia perlu bertindak demikian untuk memastikan kemenangan pada kumpulannya-kerana dia berada dalam pertandingan bahas. Tetapi bagaimana jika Ana turut mengamalkan sikap demikian semasa berada dengan kawan-kawannya? Jika semasa berbincang dalam keadaan santai atau semasa berborak dengan rakan-rakannya, Ana turut bersungguh-sungguh mencantas kata-kata kawannya, mengatakan apa yang diperkatakan rakan-rakan semua salah, dan hanya dia yang betul, hanya dia yang ingin menang, hanya kata-katanya yang benar, maka tentulah dia tidak akan disenangi rakan-rakan. Sama ada dia akan mempunyai sedikit kawan, atau tiada langsung yang mahu berkawan dengannya dek kerana sikapnya yang hanya ingin menang. Bahkan dia mungkin dipulaukan...

Kita berbalik pada lalang. Lalang itu tumbuhnya tidak ditanam, tumbuh tanpa segan, walau dicantas orang sekalipun, ia tetap akan tumbuh. Kental dan lasak. Mungkin sifat inilah yang menyebabkan lalang dibenci oleh pekebun-pekebun mahupun petani, haha! Habis semua racun dibeli dan dicuba, lalang tak takut, lalang tak kira, lalang mahu tumbuh juga! Sifat ini yang perlu ada pada manusia. Kalis pada cabaran, tidak takut pada risiko, bangun selepas rebah, tak kenal erti putus asa, tak takut pada lawan yang mungkin menggugat, tak kisah jika dibenci sesetengah orang. Yang penting, apa yang kita tahu, kita mahu mencapai cita-cita dan tidak gentar menghadapi ujian. Mengingatkan saya pada satu petikan dalam buku The Alchemist:

"before the dream is realized, we will be tested on everything that was learned along the way. That's the point at which most people give up"


Aktiviti ini telah mengingatkan saya pada satu perenggan yang saya pernah baca entah di mana. Ia berbunyi:

"Allah menciptakan segala yang ada pada muka bumi ini supaya kita berfikir akan rahsia di sebaliknya, memahami maksud dan pengajaranNya, serta kebijaksanaanNya"





Thursday, May 06, 2010

Ada Apa Pada Usiaku?

Tanggal 1 Mei lepas, genaplah umur saya 19 tahun. Salah satu kebiasaan saya setiap kali tibanya hari lahir, atau bertambahnya umur saya, maka saya akan membuat satu senarai perancangan. Apakah kandungan senarai tersebut?

1. TABIAT/PERANGAI BURUK YANG INGIN DIBUANG.

Tabiat, perangai melambangkan personaliti seseorang. Personaliti terbentuk melalui pengalaman, didikan, dan kepercayaan kita. Melalui pembacaan saya, susah bagi seseorang untuk mengalami perubahan sikap selepas usia dlm lingkungan 15 tahun kerana pada waktu ini sikap tersebut telah melekat kuat pada dirinya. Sikap itu hanya boleh diubah dgn adanya faktor pencetus, iaitu faktor yang memberi kesedaran kepada kita. Walaupun susah, bagi saya tidak mustahil jika ada usaha yang berterusan. Saya mengambil faktor pertambahan usia sbg faktor pencetus untuk berubah sikap. Apa sikap yang saya mahu ubah? mahu kurangkan amarah atau sikap panas baran.

Saya pun tidak pasti sama ada sikap cepat marah ini ada kaitan dgn umur yang masih remaja yang mendorong kepada sikap kurang sabar. Tetapi yang pastinya, orang yang cepat marah bagi itu lemah dalam pertimbangan dan kurang berfikir. Siapa yang suka akan orang yang cepat marah? Imam Ghazali berkata: Marah itu sebenarnya ialah secebis api yg bersumber dari api Allah yg menyala-nyala, yg panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya terpancar sifat congkak yang terpendam di dlm hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya apai dari batu yang bergesek dengan besi.

Makhluk Allah tidak sempurna, tapi kita harus berusaha kearah itu jika kita berkuasa, maksudnya kita berkuasa keatas diri kita juga. Maka selagi dirasakan boleh berubah, kita harus berusaha... God knows best...


IF YOU ARE ANGRY, COUNT TO TEN BEFORE YOU SPEAK, IF VERY ANGRY, TO HUNDRED

2. PERKARA-PERKARA YANG INGIN DICAPAI

Teringat pesan seorang sifu, langkah pertama orang yang berjaya adalah kejayaannya menyenaraikan cita-citanya dan menghasilkan target. Ini adalah perkara yang paling mudah. Cita-cita kita. Impian kita. Apa-apa yang kita ingin lakukan. Kita selalu angan-angankan di mana-mana sahaja, semasa sedang termenung, semasa sedang berjalan seorang diri, malah semasa mahu melelapkan mata! Perkara ini paling senang. Hanya fikirkan sahaja apa yang ingin kita lakukan. Inginkan pengalaman mendaki gunung ke, ingin belajar memandu pesawat, ingin belajar berenang, ingin melakukan apa-apa aktiviti lasak,ingin menurunkan berat badan atau apa2 sahaja. Saya telah menukarkan angan-angan, cita-cita, dan impian kpd satu senarai. senarai itu disusun semula dengan menetapkan sebelum umur berapa tahun saya ingin mencapainya. maka wujudlah senarai perkara yang ingin saya lakukan sebelum berusia 20 tahun, 23 tahun, 25 tahun, 30 tahun, dan 40 tahun.

Angan-angan itu indah sebab dalam angan-angan, semua cita-cita dan impian kita tercapai. Namun selagi cita-cita kita masuk akal, tidak mustahil untuk dicapai dalam dunia nyata. Ramai yang impian dan cita-cita mereka hanya tinggal angan-angan kerana berangan-angan adalah perkara yang semua orang mampu buat, kerana ia perkara paling senang. Untuk gagal dan berjaya itu sama je susahnya. Contohnya ingin melepasi longkang, untuk berjaya, kita memerlukan tenaga untuk melompat, perlu merancang jarak lompatan, jarak untuk mendarat. Untuk tidak berjaya juga susah, perlu masuk kedalam longkang, mungkin terhantuk pada dinding longkang yang diperbuat drpd simen yg keras, lagi naya kalau longkang itu bersambung dengan sistem kumbahan!

Kenapa saya tukar impian dan cita-cita yang selama ini diangan-angankan kedalam bentuk senarai? Kerana dengan cara ini saya dapat membuktikan kpd diri saya bahawa saya serius untuk mencapainya. Untuk mencapai impian, kita perlu serius... Dengan adanya senarai demikian, bererti saya ada target. Target adalah misi kita. Jadi selepas ini, saya hanya perlu mencari peluang sahaja, kerana saya sudah tahu apa yg saya ingin capai. Jika masih berangan-angan, cita-cita kita akan jadi samar-samar sehingga kita sendiri tak pasti sama ada ingin mencapainya atau tidak.



3. GANDAKAN PEMBACAAN

Purata menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku dalam setahun (kajian purata ini sudah lama dijalankan, tiada purata baru dikeluarkan setakat ini). Dengan niat mencabar purata ini, saya sasarkan untuk menghabiskan 100 buah buku bermula 1 Mei 2010 sehingga 1 Mei 2011. Senarai bacaan Al-Qur'an dan tafsirnya juga ada dalam perancangan, namun biarlah rahsia...




Usia adalah anugerah. Makin bertambah usia, makin dekat dengan mati. Semoga dengan pertambahan usiaku, maka kuharap agar bertambah ilmu dan amalku. Semoga usia muda ini tidak aku sia-siakan. Semoga kuat ingatanku padamu, Ya Rabb...

Wednesday, April 28, 2010

I Am 'Detox'ing

Wow, lama gila tak menulis kat blog. Busy ngn study... Yelah tu... dah lebih sebulan habis final exam. Result pun dah keluar, alhamdulillah dapat 4.00. Jutaan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan. Bukannya malas nak menulis, idea ada, tapi tulah, nak susun idea tu.

Okey, kalau masuk time cuti, benda yg paling teruk kena struggle ialah masalah berat badan! haha... cari kerja tak dapat.. duk umah makan, tidur, tengok tv, dengar lagu, download lagu, n bukak facebook! okay lah, saya ni kan suka diet.. hehe.. dari dulu lagi.... so adalah beberapa ilmu diet tu untuk backup weight gain, nasib baik..

Dan salah satu plan diet yang saya pernah amalkan dan memuaskan ialah 'detox'. okay, amalan detox ni masih baru lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, tapi cukup popular di Eropah dan dalam kalangan selebriti Hollywood. saya pun dapat tahu tentang detox ni masa tengok rancangan Oprah. Apa itu detox? ok, yang pernah belajar biologi mesti rasa familiar dgn perkataan 'detox' atau 'detoxification'. Detox ni satu proses untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan. toksin ni y membuatkan kita rasa lesu, letih, penyumbang kpd penambahan berat badan kerana ia memperlahankan atau menyebabkan metabolisma badan tidak berfungsi dgn baik... so we have to get rid of it! dari mana datangnya toksin? well, dari makanan y kita makan, kita tentulah pernah makan diluar, junkies, n kadang2 kita tak tahu dari mana sumber makanan tu... toksin akan terkumpul dalam badan dan perlu disingkirkan dgn beberapa cara.. salah satunya melalui detox...

Saya pernah amalkan detox selama sebulan. dimana masa itu sy rasa dah penat makan n bosan makan bermacam-macam n rasa badan saya dah penuh dgn toksin dan badan perlukan rehat dan rawatan. So plan detox y sy amalkan ialah:

1. minum green tea dua kali sehari
2. tak makan nasi selama sebulan
3. sy gantikan nasi tu dgn biskut, mihun sup...n sup2 y lain (no kuey teow or mee)
4. amalkan memakan pil glutathione

Detox ni tak perlu diamal setiap hari, boleh diamal dalam beberapa bulan sekali. contohnya apabila badan dah terima mcm2 makanan, dan kamu rasa letih, tidak bermaya n lesu, jadi, amalkan detox selama sebulan atau dua minggu. selepas tempoh detox, makan seperti biasa.. n dalam sebulan or dua bulan lagi, buat detox balik... detox ni mcm cuci badan kita lah.

Melalui detox y sy amalkan, sy mendapati metabolisma n proses badan lebih cepat... apabila kita makan, badan kita akan rs panas. cepat atau lambat proses tu berlaku bergantung pada metabolisma. kadang2 sebelum habis makan lagi sy dah mula berpeluh...

Sy mewajibkan pengambilan green tea untuk detox. Green tea ni banyak khasiatnya. Kajian saintifik mengesahkan bhw ia memberi faedah untuk kesihatan dlm jangka masa y lama. Mengurangkan risiko sakit jantung, kanser, dan agen mengurangkan berat badan kerana ia berfungsi utk stimulate fat oxiation.

Glutathione pula dikenali sbg 'Master of AntiOxidant'. anti oxidant ni bahan yang mngurangkan/mencegah kanser.


Ini adalah pil glutathione y saya amalkan

Dan saya sedang mengamalkan detox buat kali kedua... Harapnya dapat turun berat lagi, huhu...

Saturday, February 13, 2010

Jika Kamu Orang yang Berfikir...

Seorang bijak pandai hairan melihat tingkah laku seorang wanita, lalu si bijak pandai itu menghampiri wanita itu dan berkata;

"wahai saudari aku hairan melihat tingkah lakumu"

wanita itu bertanya, "mengapa kamu hairan?"

si bijak pandai menjawab, "aku hairan melihat kamu solat, tetapi usai sahaja solat, kamu turun dari tempat ibadah ini dengan tidak menutup aurat".

wanita itu menjawab, "apa salahnya, sekurang-kurangnya aku solat".

si bijak pandai bertanya, "kenapa kamu solat?"

wanita itu menjawab, "kerana itu suruhan Allah, maka aku solatlah, aku fikir aku perlu..."

si bijak pandai bertanya lagi, "bukankah menutup aurat juga suruhan Allah?"

wanita itu menjawab, "ya, sudah aku katakan tadi, sekurang-kurangnya aku solat, maka aku fikir sekurang-kurangnya aku patuh juga."

si bijak pandai berkata, "jika kamu orang yang berfikir, mengapa kamu harus berlumba untuk melakukan yang paling kurang, sedangkan kuasa untuk melakukannya berada dalam tangan kamu..."

si bijak pandai bertanya lagi, "dan kamu tahu menutup aurat juga suruhannya?

wanita itu menjawab, "ya"..

si bijak pandai berkata lagi, "dan jika kamu juga orang yang berfikir, mengapa kamu tetap melakukan sesuatu perkara tu, walhal kamu tahu ianya salah?"


-lama tak update blog, tiba-tiba idea muncul di pagi hari

Friday, December 04, 2009

A Tribute

Pagi ini saya keluar berjogging bersama kid, tinggalkan hp di bilik. kami pulang ke kolej lebih kurang pukul 8.45 pagi. saya memeriksa hp saya dan mendapati ada tiga missed call, daripada adik saya, nadzirah. ada juga mesej daripadanya yang berbunyi 'call balik'. saya rasa pada masa itu saya sudah dapat agak apa yang berlaku, "it must be something about my grandma". eventhough i was pretty sure what the 'thing' is.

jangkaan saya tepat, nenek saya telah kembali ke Rahmatullah pada waktu subuh pagi ini. dia merupakan satu-satunya 'orang lama' yang tinggal, kedua-dua datuk dan seorang nenek saya dah meninggal. sekarang, dia pula yang pergi.

saya memanggilnya dengan panggilan 'wan'. wan menghidap kanser. tiga tahun lalu wan mendapat kanser kelenjar. sempat dikesan awal, dibedah dan ketumbuhan itu dibuang, dijalankan di Perdana Specialists Hospital(Hospital Pakar Perdana). doktor yang merawat wan ialah Dr. Zahari, yang juga merupakan bekas pelajar MRSM PC. selepas dibedah, wan menjalani rawatan kimoterapi selama 6 bulan. saya melihat badannya makin lemah, rambutnya gugur. namun itu hanya untuk 6 bulan, selepas itu, wan kembali sihat, badan tak lagi kurus, rambut tumbuh balik. wan dah sembuh, saya gembira.

pada tahun ini, pada akhir bulan tiga, wan mengadakan kenduri kesyukuran untuk keputusan SPM saya. ia diadakan selepas saya tamat menjalani latihan PLKN. semasa saya berada di PLKN lagi, saya sudah mendapat berita bahawa wan sering tak sihat dan muntah2, serta demam. wan ada penyakit gastrik, maka kami berpendapat semua itu simptom gastrik. tapi wan masih gembira dan teruja mendengar perkembangan saya di PLKN. saya beritahu wan, saya terpilih untuk melakukan persembahan tarian tradisional di kem. wan sangat gembira, buktinya? dia asyik bertanya dengan begitu berminat tentang tarian2 apa yg akan dipersembahkan, mcm mana proses pemilihan, dan sebagainya...

selepas kenduri itu, wan jatuh sakit-demam berpanjangan. mama membawa wan ke hospital pakar perdana, masuk wad, dan dirawat sebagai pesakit gastrik. wan lemah, nak ke bilik air perlu dipapah, kami bergilir-gilir jaga wan. suatu hari, wan jatuh dalam bilik air, kepalanya sakit. doktor ambil keputusan untuk scan kepala wan. doktor menemui satu ketumbuhan dalam kepala wan, sebesar buah limau. wan menghidap 'brain tumour'. kata doktor, simptom gastrik, sama dgn simptom kanser. wan tidak boleh dibedah, disebabkan usianya sudah 71. kami mengambil keputusan menggunakan rawatan radioterapi. wan dipindahkan ke HUSM kerana hanya HUSM ada teknologi rawatan itu. wan dirawat oleh Dr. Abu Dzar dan Prof Bishwal. pada masa tersebut juga, DYMM Sultan Kelantan masuk wad. bilik wan bersebelahan bilik rehat kerabat sultan.

selepas radioterapi, wan pulang. dgn saya yg perlu ke universiti, mama dan abah sibuk, nasib baik, mak sepupu saya dtg dari johor utk menjaga wan. sehingga awal bulan sebelas, wan sihat, boleh bercakap, kadang2 boleh berjalan tanpa dipapah, tapi 2-3 minggu dekat raya haji, wan semakin lemah, dah tak boleh bangun, sakit satu badan. masa saya balik raya haji, saya lihat wan makin lemah, cakap pun slow2, tak dengar sangat, masa saya mahu pulang kekolej hari sabtu lepas,wan dah tenat. pagi tadi waktu subuh, wan dah tiada..... sebenarnya saya dalam dua, mahu pulang atau tidak untuk cuti raya haji, kerana cuti hanya tiga hari, sampai pagi raya, dan mengharapkan bas tambahan, tapi saya tetap balik, mungkin saya ditakdirkan pulang untuk berjumpanya buat kali terakhir, kerana kalau ikut jadual sebenar, saya hanya akan pulang 25 disember ini.

Al-Fatihah............

siapa sebenarnya orang yang saya panggil 'wan' itu?

dia bukan sekadar seorang nenek, atau org lama atau orang tua yang berumur 71 tahun. she worths more than that. far more.... dia merupakan seorang nenek yang paling advanced, paling open-minded, great businesswoman, paling mementingkan pelajaran, seorang yg masih mengekalkan budi bahasa cara org lama, tapi berfikiran moden.

1.sejak saya dan adik beradik berada dlm darjah 1 lagi, perkara yg menjadi keutamaannya adalah keputusan peperiksaan kami. dia bukan hanya sekadar bertanya dapat nombor berapa, tapi wan akan tanya berapa markah yang kami dapat untuk setiap subjek, paling ditekankannya ialah bahasa ingggeris dan matematik. my competitiveness is a product from her.

2.wan sangat peramah, jika dia berjumpa dgn org yg baru dikenali pun, dia boleh buat kawan, mungkin kerana wan mudah mesra dan pandai buat kawan,kalau wan masuk wad, jururawat satu floor tu kenal wan, doktor2 yg merawat wan konfem akan ingat wan, wan mudah berkawan dan berbual. setiap kawan saya yang saya bawa pulang mesti akan cakap-" baiklah nenek mung tuh"....

3.wan seorang yang mengikuti perkembangan semasa. wan meminati Tun Dr Mahathir. wan kerap kali memuji tun. kamu semua jangan terkejut, just be impressed, nenek saya kenal Barrack Obama! dia tahu sapa Barrack Obama, dia selalu cakap tentang presiden AS tersebut, malah dia beritahu saya tentang idea2 Barrack berkenaan hubungan luar AS dgn negara2 islam.

4.wan saya seorang tukang masak yg bagus. semasa mak saya pergi mekah, wan tinggal dirumah kami. wan ajar saya masak-gulai, kerutuk daging, dan sebagainya. tapi wan masak lagi sedap. wan pandai masak ayam percik, sangat pandai. ayam percik wan sedap sangat. ada satu ketika, ada orang yang sanggup datang dari Jepun untuk rasa ayam percik wan, ayam percik wan sangat tersohor. dulu, kalau setakat org dari kuala lumpur sanggup datang kelantan untuk beli ayam percik wan, itu perkara biasa. tapi wan dah lama dah tak buat ayam percik, kalau ditanya kenapa, wan cakap-"tok cekak la..."

4.wan berniaga, suka berniaga, dulu2, kalau satu hari tak berniaga, wan demam. dia bukan seorang peniaga biasa, disebabkan keramahannya, dia ada ramai pelanggan, ramai org senang dengannya, org memanggilnya 'mak wan'. dekat2 raya, dia boleh buat rm3000-rm5000 sehari.

5.wan rapat dgn imam2 masjid. semua dia kenal. kalau kami adik beradik nak exam, dia akan suruh imam2 atau tok guru buat air sembahyang hajat untuk kami. masa wan sakit, ada imam2, tok guru dan budak2 pondok datang ziarah.

6.wan sangat baik. kalau hal duit dan barang kemas, dgn cucu2, langsung tak berkira, nak apa, dia beli, nak rantai dia, ambik je...walaupun masa wan tengah sakit, dia masih bertanya pada saya-ada duit tak, kalau takda wan nak bagi. org pertama yang belikan telefon bimbit untuk saya bukan parents saya, tapi wan...

7.dalam dunia ni, tiada benda yg cucunya buat yg dia tak berminat. semuanya dia teruja nak tahu. kalau saya menyertai pertandingan bahas, dia akan tanya tajuk apa, dia akan tanya saya berhujah guna hujah macam mana, dia akan tanya pihak lawan balas apa, then saya balas apa, kalau saya menyertai pertandingan tunas saintis, dia akan tanya eksperimen apa sy buat, mcm mana ujian tuh, dia kan tanya secara detail, tidak kira walaupun terlalu saintifik, dia tetap nak tahu dan tetap tanya sehingga dia faham. sesungguhnya saya gembira dgn sikapnya itu, membuatkan saya jadi teruja...

8.wan sabar, cucu-cucunya kuat merajuk, maka dia akan selalu memujuk, dia suka peluk cucu-cucunya, dia akan berbual dgn kami mcm kawan... what a lost!

9.wan pandai melawa, masa dia hadiri konvokesyen mama, saya tengok wan pakai kebaya pendek-tgk dlm gambar. dia yang ajar saya pakai gincu, letak bedak, dia suka kalau cucunya pakai lawa2, 'jangok2'. dia suka tengok. saya rasa dlm bab ini, saya banyak mewarisi drpdnya.

10.wan ambil berat pasal keadaan sekeliling, dia suka bercerita, masa kecik, kitorang dgr wan cerita hantu masa nak tidur, wan jugak cerita masa zaman muda2 dia dan sebagainya.. a good story-teller.

sekarang wan dah tak ada, tapi mustahil saya akan lupakannya. sayu saya teringat wan pernah berkata suatu hari-"sempat ke wan nak tengok cucu-cucu wan bekerja, berkeluarga semuanya...". satu perkara yang saya pasti, wan mahu lihat kami semua berjaya. saya akan pegang harapan itu, saya tak akan lupakan....

i think thousands of love words on earth are still not enough to show my love to you, but i can feel ur soul n spirit are flowing in my blood, and as long as im living, they will keep flowing continuously.... i love u

Friday, November 13, 2009

Memalukan



Insiden kekecohan, balingan mercun, cubaan membakar kerusi stadium nasional oleh penyokong kelantan semasa perlawanan Piala FA 2009, Kelantan Vs N9 memang memalukan, menyedihkan, dan membawa imej buruk kepada negeri kelantan dan pandangan keatas moral rakyat Kelantan khususunya.

Orang luar ada yg melabel rakyat kelantan sebagai ganas dan 'gedebeh'. Memang bagus dan membanggakan semangat sukan yg ditonjolkan penyokong kelantan, sehingga tumpuan media kebanyakannya tertumpu kepada gelagat penyokong kelantan beberapa hari sebelum perlawanan.

Tapi pada hari perlawanan, semangat itu ditonjolkan dlm bentuk negatif. sebelum perlawanan bermula lagi mereka sudah membuat kekecohan dgn merempuh pintu pagar stadium, tidak menghiraukan larangan polis dan anggota keselamatan yg bertugas. kalau polis bertindak tegas sikit, cakap polis buli org ramai, tapi mereka sebenarnya yg kurang ajar.

semasa perlawanan, dek kerana marah dgn prestasi pemain yg kurang memberangsangkan, mereka membaling mercun ketengah padang, sehingga ada yg tercedera, bakar kerusi stadium, sbg tanda marah. marahkan pemain kelantan, namun kerusi stadium yg merupakan harta kerajaan yg dibakar, kurang cerdik sungguh!

memang tak tahu nk cakap dah pasal tindakan agresif penyokong kelantan nih. masa perlawanan di stadium di kota bharu april lalu, mereka bertindak membakar bas, apabila polis menyembur gas pemedih mata sehingga ada org awam yg tercedera, polis jugak yg disalahkan! kalau tak sembur, entah apa lagi yg diorang akan bakar...

konklusinya, apabila terjadi insiden seperti ini, banyak pihak yg rugi dan susah. memang diorang ni menyusahkan org-harta kerajaan rosak, polis disalahkan, org awam cedera, harta awam jahanam,KAFA pun kena saman! apalah yg diorang fikir masa bertindak demikian?

tolonglah ikut peraturan dan jadi bertamadun sikit, org lain pun marah jugak dengan aksi hambar pemain kelantan hari tu, tapi takdala sampai bakar-membakar, semangat tu bagus, tapi tonjolkanlah dlm tindakan yg sepatutnya dan bijak serta berhemah.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Sunday, September 20, 2009

Hari Raya+Lontong+Milin+EXAM

Terlebih dahulu, selamat hari raya kpd semua, maaf zahir batin...

Hari Raya saya tahun ni tak meriah sangat, sebab dah besar kot, budak2 suka... dapat duit raya, tapi bestla jugak sebab tv tetap meriah dgn cerita2 dan drama hari raya. raya pertama tahun ni, separuh hari dihabiskan bersama-sama nenek tercinta dikampung, selalunya kami balik ke tumpat untuk sembahyang raya, kemudian kami akan membawa nenek beraya dirumah kami. tapi tahun ni raya kat kampung pulakla... selalunya raya pertama memang penat layan tetamu, tapi hari ni rasa relax plak sebab raya kat kampungkan, kamila yg mengunjungi saudara mara.

Peluang ini saya gunakan untuk mengunjungi saudara mara dikampung, ada saudara kami dari johor yang datang beraya kesini, dia masak saya punya favourite food-LONTONG. best giler lontong yang dia masak tu, tak puas makan, dah lama mengidam nak makan lontong ni, cari punya cari tak jumpa, akhirnya kak laili masak hari ni, thanx kak laili!

raya tahun ni merupakan raya yg terakhir amilin di malaysia sebelum berangkat ke russia untuk sambung belajar dlm bidang perubatan. amilin is my best friend forever. kami berkenalan waktu di tingkatan satu semasa sama2 mendaftar di mrsm pasir tumboh. kemudian sama2 diterima ke mrsm pengkalan chepa. haluan kami berubah selepas spm. rasanya macam baru beberapa tahun lepas kami masuk tingkatan satu, cepatnya masa berlalu, menandakan kami semakin tua! he2. milin apply medic russia dbawah tajaan mara, saya pula memohon tajaan jpa untuk pengajian dlm negara. kadang2 cemburu jugak tengok kwn2 pergi study abroad, tapi saya juga yang tidak apply, apabila ditanya kenapa saya tak apply untuk sambung belajar dluar negara, saya akan jawab-im not ready... tapi betol ke bella? entahlah, saya rasa sebenarnya saya pun tak pasti, tapi saya dah pilih jalan ni, tajaan jpa pun dapat, so im just follow the path and do the best, untuk habiskan perjuangan ini, kita tak tahu hikmah di sebaliknya, lain org, lain jalannya. kalaulah saya apply medic russia, kalau ada rezeki, boleh fly sekali ngan milin, entahla.. tapi kdg2 sy rasa program asasi saya ni mengarut tu ada jugak,, entah rr,, kdg2 tertekan jugak, ramai budak2 yg pandai2 kat sini, kena compete.. entahlah...biasalakan, semuanya kena compete, kat mana2 pun, agaknya sy masih dbelenggu rasa tidak tahu bersyukur... tapikan jika fikir kebaikannya, jika study dlm negara, saya boleh aktif dlm persatuan2 dan pergherakan2 mahasiswa, itu memang bidang saya, he3.

lepas raya ni terus exam, final for sem 1. milin cakap, "bella u can do it!". itulah kami, sentiasa menyokong satu sama lain. untuk program asasi ni, apa yg bdk2 diploma belajar dalam masa 3 tahun, kitorg belajar dlm masa setahun, sebenarnya tak cukup setahun pun, dlm sepuluh bulan gitu... tak nak stress mcm mana? tapi bella hari ni still bella yg dulu, pantang menyerah sebelum berjuang... pandai ke tak pandai ke diorang tuh, saya tetap kena compete, so drpd asyik meratapi nasib, lebih baik kita berusaha menanganinya....

selamat hari raya sekali lagi, to amilin, selamat maju jaya, best friend forever, n doakan saya untuk exam nanti

Sunday, August 30, 2009

Sebat

Selain daripada isu wabak H1N1 yang makin menular, terdapat satu lagi isu hangat yang menarik perhatian saya; iaitu isu Kartika Sari Dewi Shukarnor. Umum telah mengetahui tentang kes wanita ini. ? Kartika, 32, seorang model yang berasal dari Sungai Siput, Perak telah dituduh meminum arak berjenama ‘Tiger Beer’ di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating Pahang 11 Julai tahun lalu. Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebanyak RM5,000 dan sebatan 6 kali. Kartika telah pun membayar denda dan bersedia untuk menghadapi sebatan. Namun, setelah dia dibawa di dalam perjalanan untuk menuju penjara Kajang di mana dia sepatutnya disebat, tiba-tiba hukuman terhadapnya diisytihar tangguh. Sudahlah kecoh dengan tahap kewajaran hukuman yg dikenakan keatasnya, maka apabila hukuman itu ditangguhkan, bertambah kecoh lagi jadinya. Saya telah mendengar banyak komen dan pendapat para bloggers, ahli politik, pemimpin2, Cuma pandangan para ahli2 ulama’ yg samar2 kedengaran, kenapa ek? Ada yang buat tafsiran sendiri, namun pendapat2 para ustaz2 dan ahli agama yg saya utamakan kerana disertakan hadis dan berpandukan Al-Qur’an. Kerana apabila ingin memperkatakan sesuatu eloklah disertakan dengan ilmu pengetahuan bukan? Bukannya main hentam je, soal hukum agama ni.

Artikel ini saya tulis untuk menyatakan pandangan saya, setelah mendengar khutbah2 ustaz2 dan melayari beberapa buah blog yg wajar saya coretkan untuk post kali ini. Mengulas soal kewajaran hukuman ini, kita bertanya, wajarkah hukuman ini dikenakan keatas Kartika, seorang perempuan? Yg ditangkap pada kali pertama? Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak wajar kerana hukuman sebat ini zalim, rakyat Malaysia ni berbelas kasihan semuanya, hukuman sebat ni melambangkan identiti yg tidak berperikemanusiaan, YEKE?

golongan2 ini memandang sedemikian terhadap isu ini kerana mereka fikir bahawa sebat yang akan dikenakan keatas Kartika adalah seperti hukuman sebat yg djalankan oleh mahkamah sivil keatas perogol2 contohnya, yang mana dengan sekali sebat sahaja boleh keluar semua isi kulit dan berdarah(saya pernah menonton amali hukuman sebat mahkamah sivil di televisyen). Namun cuba kita renungkan hadis2 dibawah;

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعينErtinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)

Cuba kita lihat hukuman Nabi keatas para peminum arak, tidaklah sekejam yg dibayangkan oleh sesetengah pihak, mereka disebat atau dipukul dengan menggunakan pelepah tamar dan kasut, bukannya disebat seperti yang djalankan oleh mahkamah sivil.
Disinilah kita perlu membezakan antara TO BE CANED atau TO BE WHIPPED. TO BE WHIPPED memberi gambaran menakutkan tentang seseorang yg disebat dengan rotan berbentuk cemeti yg sekali singgah di badan, boleh terkeluar daging, sekali bayang pun sudah seriau. TO BE CANED kedengaran lebih kepada untuk memberi pengajaran.

DISIPLIN SEBAT:
1.Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.
2.Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
3.Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
4.Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.5.Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Satu perkara yang penting perlu diingatkan, soal hukuman berkaitan kesalahan agama ni, bukan boleh dibuat mainan, kejap nak buat, kejap suruh tangguh, bukan apa, takut tangguh lama2, nanti tak jadi! Dah nama pun orang islam, maka tugas kita pun melaksanakan ajaran islam. Nanti apa kata orang bukan islam. Takut nanti mereka kata, orang islam ni mengaku islam, katanya berjihad dengan melaksanakan hukum2 Tuhan. Samalah seperti kita kata islam mewajibkan umatnya menutup aurat, tapi ada je yg tak tutup, mana pegangan ni? Lepas tu katanya nak memartabatkan islam di persada dunia, menaikkan martabat orang islam, dan sebagainya kata2 hebat orang islam, tapi memanglah betul kata orang, bercakap ni senang sebab hanya melibatkan suara dan peluh sahaja, kalau kering pun tekak je, nak buat tu yg menentukan sejauh mana seseorang beramal dgn kata2nya.

Apabila seorang wanita disebat kerana minum arak, ada yg bangkit menentang hukuman itu kerana dikatakan kejam, zalim, sebat tak sesuai djalankan di Malaysia, dan banyak lagi. Namun apabila ada kes2 kesalahan di mahkamah sivil contohnya rogol, no compromy! Sebat tu mesti! Mungkinkah kita akan merasa belas kasihan keatas perogol2 itu kerana dsebat? Tidak bukan, dah dia buat salah, maka terimalah hukumannya.Saya bukannya kata perogol tak payah dsebat, tapi kalau kita tahu rogol tu salah, dan kena sebat, begitulah juga kita perlu treat pesalah2 yg lain. rogol jenayah disisi agama, begitu juga minum arak. Bab minum arak ni bukan main2, SETITIS ARAK YG DIMINUM BOLEH MENYEBABKAN IBADAT SESEORANG TIDAK DITERIMA SELAMA 40 HARI!

الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Cuba kita nilai hukuman sebat di khalayak ramai keatas Kartika ini dari sudut untuk memberi pengajaran. Mari kita dengar satu kisah pada zaman Rasulullah (SAW):

Semasa zaman Rasulullah(SAW), ada seorang wanita yg telah melacurkan dirinya. Setelah beberapa tahun menjadi pelacur, wanita ini mendapat hidayah dan ingin bertaubat, maka wanita ini pergi berjumpa dengan Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah melacurkan diriku dan sekarang aku ingin bertaubat kepada Allah, maka aku mohon kamu menghukumku dgn hukuman yg sewajarnya”. Melihatkan keadaan pelacur itu yg sedang hamil, Rasulullah menyuruh pelacur itu melahirkan dahulu anak dlm kandungannya. Setelah beberapa ketika, wanita itu bersalin dan datang kpd Rasulullah dan berkata; “Ya Rasulullah, aku telah melahirkan anakku, maka segeralah kau menghukumku. Namun Rasulullah berkata; “kau peliharalah dahulu anak itu sehingga dia boleh makan dgn sendiri’. Setelah beberapa ketika, anaknya mampu makan dgn sendiri maka wanita itu berjumpa Rasullullah untuk menerima hukuman. Pada kali ketiga inilah baru Rasulullah menghukumnya. Hukuman bg pesalah zina adalah 100 kali sebatan. Dalam menjalani hukuman itu, wanita itu telah meninggal dunia. Rasulullah sendiri telah menyembahyangkan jenazah wanita terbabit. Lalu para sahabat hairan dan bertanya; “Ya Rasulullah, mengapa engkau sembahyangkan jenazah perempuan itu sedangkan dia adalah seorang pelacur? maka jawab Rasulullah; “sesungguhnya dia telah bertaubat dan taubatnya telah dterima oleh Allah, dan yg lebih penting lagi, hukuman yg dijalankan keatasnya dkhalayak ramai telah menginsafkan 70 orang munafik yg telah menyaksikan hukuman tersebut”

Ketika mengulas tentang hukuman keatasnya yg akan dijalankan dkhalayak ramai, Kartika ada menegaskan bahawa beliau bertekad untukmenjalani hukuman itu supaya org ramai memperoleh pengajaran daripada kisahnya, kita mendidik org ramai melalui pengajaran. Sesungguhnya inilah paksi sebenar hukuman dalam islam-untuk memberi pengajaran.

Dalam kisah pelacur tersebut, Rasulullah telah memberikan contoh bahawa memang kita perlu memberi belas kasihan walaupun terhadap pesalah, tetapi belas kasihan itu biarlah wajar dan bertempat. Rasulullah tdk terus terburu-buru menghukum wanita itu sebaliknya dsuruhnya melahirkan dahulu anak, membesarkan dahulu anaknya, barulah djalankan hukuman. Hakikatnya, hukuman tetap djalankan.

Harapnya hukuman keatas model ini dteruskan agar dapat memberi pengajaran kpd semua, bukan dalam erti kata menghukum untuk melepas geram atau “serve you right”, tapi untuk mendidik dan memberi pengajaran.

Sumber:

yusofembong.blogspot
ustaz zaharudin
sharifah izzati syed jamaluddin
mykhilafah.com