Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Sunday, August 30, 2009

Sebat

Selain daripada isu wabak H1N1 yang makin menular, terdapat satu lagi isu hangat yang menarik perhatian saya; iaitu isu Kartika Sari Dewi Shukarnor. Umum telah mengetahui tentang kes wanita ini. ? Kartika, 32, seorang model yang berasal dari Sungai Siput, Perak telah dituduh meminum arak berjenama ‘Tiger Beer’ di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating Pahang 11 Julai tahun lalu. Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebanyak RM5,000 dan sebatan 6 kali. Kartika telah pun membayar denda dan bersedia untuk menghadapi sebatan. Namun, setelah dia dibawa di dalam perjalanan untuk menuju penjara Kajang di mana dia sepatutnya disebat, tiba-tiba hukuman terhadapnya diisytihar tangguh. Sudahlah kecoh dengan tahap kewajaran hukuman yg dikenakan keatasnya, maka apabila hukuman itu ditangguhkan, bertambah kecoh lagi jadinya. Saya telah mendengar banyak komen dan pendapat para bloggers, ahli politik, pemimpin2, Cuma pandangan para ahli2 ulama’ yg samar2 kedengaran, kenapa ek? Ada yang buat tafsiran sendiri, namun pendapat2 para ustaz2 dan ahli agama yg saya utamakan kerana disertakan hadis dan berpandukan Al-Qur’an. Kerana apabila ingin memperkatakan sesuatu eloklah disertakan dengan ilmu pengetahuan bukan? Bukannya main hentam je, soal hukum agama ni.

Artikel ini saya tulis untuk menyatakan pandangan saya, setelah mendengar khutbah2 ustaz2 dan melayari beberapa buah blog yg wajar saya coretkan untuk post kali ini. Mengulas soal kewajaran hukuman ini, kita bertanya, wajarkah hukuman ini dikenakan keatas Kartika, seorang perempuan? Yg ditangkap pada kali pertama? Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak wajar kerana hukuman sebat ini zalim, rakyat Malaysia ni berbelas kasihan semuanya, hukuman sebat ni melambangkan identiti yg tidak berperikemanusiaan, YEKE?

golongan2 ini memandang sedemikian terhadap isu ini kerana mereka fikir bahawa sebat yang akan dikenakan keatas Kartika adalah seperti hukuman sebat yg djalankan oleh mahkamah sivil keatas perogol2 contohnya, yang mana dengan sekali sebat sahaja boleh keluar semua isi kulit dan berdarah(saya pernah menonton amali hukuman sebat mahkamah sivil di televisyen). Namun cuba kita renungkan hadis2 dibawah;

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعينErtinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)

Cuba kita lihat hukuman Nabi keatas para peminum arak, tidaklah sekejam yg dibayangkan oleh sesetengah pihak, mereka disebat atau dipukul dengan menggunakan pelepah tamar dan kasut, bukannya disebat seperti yang djalankan oleh mahkamah sivil.
Disinilah kita perlu membezakan antara TO BE CANED atau TO BE WHIPPED. TO BE WHIPPED memberi gambaran menakutkan tentang seseorang yg disebat dengan rotan berbentuk cemeti yg sekali singgah di badan, boleh terkeluar daging, sekali bayang pun sudah seriau. TO BE CANED kedengaran lebih kepada untuk memberi pengajaran.

DISIPLIN SEBAT:
1.Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.
2.Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
3.Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
4.Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.5.Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Satu perkara yang penting perlu diingatkan, soal hukuman berkaitan kesalahan agama ni, bukan boleh dibuat mainan, kejap nak buat, kejap suruh tangguh, bukan apa, takut tangguh lama2, nanti tak jadi! Dah nama pun orang islam, maka tugas kita pun melaksanakan ajaran islam. Nanti apa kata orang bukan islam. Takut nanti mereka kata, orang islam ni mengaku islam, katanya berjihad dengan melaksanakan hukum2 Tuhan. Samalah seperti kita kata islam mewajibkan umatnya menutup aurat, tapi ada je yg tak tutup, mana pegangan ni? Lepas tu katanya nak memartabatkan islam di persada dunia, menaikkan martabat orang islam, dan sebagainya kata2 hebat orang islam, tapi memanglah betul kata orang, bercakap ni senang sebab hanya melibatkan suara dan peluh sahaja, kalau kering pun tekak je, nak buat tu yg menentukan sejauh mana seseorang beramal dgn kata2nya.

Apabila seorang wanita disebat kerana minum arak, ada yg bangkit menentang hukuman itu kerana dikatakan kejam, zalim, sebat tak sesuai djalankan di Malaysia, dan banyak lagi. Namun apabila ada kes2 kesalahan di mahkamah sivil contohnya rogol, no compromy! Sebat tu mesti! Mungkinkah kita akan merasa belas kasihan keatas perogol2 itu kerana dsebat? Tidak bukan, dah dia buat salah, maka terimalah hukumannya.Saya bukannya kata perogol tak payah dsebat, tapi kalau kita tahu rogol tu salah, dan kena sebat, begitulah juga kita perlu treat pesalah2 yg lain. rogol jenayah disisi agama, begitu juga minum arak. Bab minum arak ni bukan main2, SETITIS ARAK YG DIMINUM BOLEH MENYEBABKAN IBADAT SESEORANG TIDAK DITERIMA SELAMA 40 HARI!

الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Cuba kita nilai hukuman sebat di khalayak ramai keatas Kartika ini dari sudut untuk memberi pengajaran. Mari kita dengar satu kisah pada zaman Rasulullah (SAW):

Semasa zaman Rasulullah(SAW), ada seorang wanita yg telah melacurkan dirinya. Setelah beberapa tahun menjadi pelacur, wanita ini mendapat hidayah dan ingin bertaubat, maka wanita ini pergi berjumpa dengan Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah melacurkan diriku dan sekarang aku ingin bertaubat kepada Allah, maka aku mohon kamu menghukumku dgn hukuman yg sewajarnya”. Melihatkan keadaan pelacur itu yg sedang hamil, Rasulullah menyuruh pelacur itu melahirkan dahulu anak dlm kandungannya. Setelah beberapa ketika, wanita itu bersalin dan datang kpd Rasulullah dan berkata; “Ya Rasulullah, aku telah melahirkan anakku, maka segeralah kau menghukumku. Namun Rasulullah berkata; “kau peliharalah dahulu anak itu sehingga dia boleh makan dgn sendiri’. Setelah beberapa ketika, anaknya mampu makan dgn sendiri maka wanita itu berjumpa Rasullullah untuk menerima hukuman. Pada kali ketiga inilah baru Rasulullah menghukumnya. Hukuman bg pesalah zina adalah 100 kali sebatan. Dalam menjalani hukuman itu, wanita itu telah meninggal dunia. Rasulullah sendiri telah menyembahyangkan jenazah wanita terbabit. Lalu para sahabat hairan dan bertanya; “Ya Rasulullah, mengapa engkau sembahyangkan jenazah perempuan itu sedangkan dia adalah seorang pelacur? maka jawab Rasulullah; “sesungguhnya dia telah bertaubat dan taubatnya telah dterima oleh Allah, dan yg lebih penting lagi, hukuman yg dijalankan keatasnya dkhalayak ramai telah menginsafkan 70 orang munafik yg telah menyaksikan hukuman tersebut”

Ketika mengulas tentang hukuman keatasnya yg akan dijalankan dkhalayak ramai, Kartika ada menegaskan bahawa beliau bertekad untukmenjalani hukuman itu supaya org ramai memperoleh pengajaran daripada kisahnya, kita mendidik org ramai melalui pengajaran. Sesungguhnya inilah paksi sebenar hukuman dalam islam-untuk memberi pengajaran.

Dalam kisah pelacur tersebut, Rasulullah telah memberikan contoh bahawa memang kita perlu memberi belas kasihan walaupun terhadap pesalah, tetapi belas kasihan itu biarlah wajar dan bertempat. Rasulullah tdk terus terburu-buru menghukum wanita itu sebaliknya dsuruhnya melahirkan dahulu anak, membesarkan dahulu anaknya, barulah djalankan hukuman. Hakikatnya, hukuman tetap djalankan.

Harapnya hukuman keatas model ini dteruskan agar dapat memberi pengajaran kpd semua, bukan dalam erti kata menghukum untuk melepas geram atau “serve you right”, tapi untuk mendidik dan memberi pengajaran.

Sumber:

yusofembong.blogspot
ustaz zaharudin
sharifah izzati syed jamaluddin
mykhilafah.com

Thursday, May 28, 2009

Bahasa Inggeris

"bercakap dalam bahasa inggeris, jadikan bahasa inggeris sebagai perbualan harian, sampai bermimpi pun dalam bahasa inggeris"

seseorang telah menyuarakan kenyataan diatas dan saya kurang bersetuju. melihat kepada latar belakang individu yg menyuarakannya, mungkin beliau cuma provoke sahaja, jadi lupakan pasal beliau yg menyuarakannya. namun tidak dapat dinafikan bahawa ideologi ini turut dipegang oleh sesetengah kelompok.

saya kurang bersetuju bukannya kerana saya menidakkan kepentingan bahasa inggeris, saya pun belajar bahasa inggeris, pulun habis-habisan untuk mendapatkan gred A1 dalam spm, saya juga menyokong kerajaan yg meletakkan gred untuk bahasa inggeris diantara gred subjek-subjek yg dinilai untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi, saya juga menyokonong pelaksanaan ppsmi.

menggunakan atau mengutamakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar atau bahasa utama dalam perbualan atau percakapan harian adalah berbeza dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai medium penguasaan ilmu pengetahuan.

saya bersetuju dengan ppsmi kerana penggunaan bahasa inggeris dalam subjek matematik dan sains memudahkan penguasaan ilmu pengetahuan. saya tidak bersetuju jika ppsmi bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar, tetapi saya bersetuju jika dikatakan bahawa ia memberi peluang yg lebih cerah untuk menguasai ilmu.

kenapa saya berkata demikian? jika untuk menguasai subjek bahasa malaysia, apa yg perlu dilakukan? tentulah memperkaya pengajaran komponen2 sastera, meningkatkan penguasaan tatabahasa, memperluaskan kosa kata dan segalanya berkaitan dgn subjek bahasa malaysia itu sendiri. bagaimana jika hendak menguasai bahasa inggeris? sudah tentu juga melaui pengayaan dalam subjek itu sendiri untuk pelajar-memperkaya komponen bahasa inggeris, memperkaya penguasaan grammar, mengadakan usaha memperluaskan vocabulary dlm kalangan pelajar.

jadi sebarang langkah yg dilakukan pengayaan, pembaharuan atau cara baru yg diperkenalkan keatas sesuatu subjek itu adalah untuk kemajuan subjek itu sendiri. inilah yg kurang jelas difahami. jadi penggunaan bahasa inggeris untuk pengajaran matematik dan sains adalah usaha untuk meningkatkan penguasaan pelajar keatas subjek tersebut. perkataan2 melayu yg diinggeriskan dalam kedua-dua subjek itu tiada kaitan dengan komponen yg boleh mengancam bahasa melayu. mengapa tun mahathir memperkenalkannya? beberapa kali sudah dijelaskannya bahawa kedua-dua subjek itu dikuasai orang putih, kertas kerja, laporan kajian, semuanya dikeluarkan dalam bahasa inggeris. dan kita memerlukan hasil kajian mereka untuk menaiktarafkan kualiti modal insan negara kita. kerana itulah diperkenalkan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris.

kita beralih kepada isu asal, ideologi yg diusulkn diatas. saya kurang bersetuju bukan bereerti sy menentang atau membelakangi bahasa inggeris, sekali lagi saya tegaskan, kita perlu menguasai bahasa inggeris sbg satu keperluan menempuh globalisasi dan dunia sekarang yg menjadikan bahasa inggeris sbg komunikasi. tetapi ideologi diatas digambarkan secara melampau...

dalam sesi ceramah bersama dr syed yusainee syed yahya yg bertajuk 'semangat patriotik, jatidiri dan sikap ketuanan melayu' pada baru2 ini, ada tiga cara untuk mengenali bangsa melayu. identiti seseorang perlakuan atau perbuatan yg menyebabkan dia dikenali. maka jika kita boleh mengenali bangsa melayu dengan tiga perkara ini, maka tiga perkara inilah yg dipanggil identiti bangsa. tiga perkara tersebut:

1. bertutur dalam Bahasa Melayu(bahasa melayu sbg bahasa utama)
2. beragama islam
3.mengamalkan adat resam orang melayu

merujuk kepada ideologi diatas, ia seolah-olah menyarankan agar menukarkan bahasa pertuturan utama daripada bahasa melayu kpd bahasa inggeris, bukankah itu bermakna kita telah hilang salah satu perkara yg menentukan identiti bangsa? bermakna identiti bangsa hilang sebanyak beberapa peratus.

menjadikan bahasa melayu sbg bahasa pertuturan utama bukan bermaksud mengharamkan penggunaan bahasa lain. ia bermaksud, bertuturlah dalam beberapa bahasa yg anda mahu tetapi yang UTAMA adalah bahasa melayu.

Friday, April 17, 2009

Kepemimpinan Matang: angan-angan atau realiti yg perlu direalisasikan?

Isu politik mempunyai pengaruh yang besar keatas masyarakat dan negara pada hari ini. Selepas berakhirnya PRU-12 isu politik seakan menjadi isu yang wajib dibincangkan sama ada di dada akhbar, televisyen, blog, sehinggalah ke kedai kopi. Dalam kata lain, jika dulu isu politik hanya dibincangkan oleh pihak2 tertentu, kini budak sekolah pun sudah tahu berpolitik, dan kini isu politik sudah berani dibincangkan secara terbuka dan dengan lebih berani lagi.

Siapa pula ahli politik? Mereka ini sudah tentu individu-individu yang terlibat secara langsung dalam kegiatan politik, mewakili parti-parti mereka yang saban tahun berusaha memikirkan strategi bagi mendapatkan mahupun mengekalkan kerusi kerajaan yang dipilih setiap lima tahun oleh rakyat.

Pemimpin politik merupakan mereka yg dipilih oleh ahli-ahli parti untuk menerajui kepimpinan parti. Pemimpin politik ini besar pengaruhnya keatas pengikut-pengikutnya. Apa yang mereka kata ya, maka ya lah disahut oleh pengikutnya, dan begitulah sebaliknya. Namun bukan semua penyokong begitu, masih ada yang boleh berfikiran neutral dan masih boleh memikirkan yang salah dan benar, mengadili sesuatu ideologi tanpa bias mahupun memberatkan kepada parti yang diundi. Tapi berapa peratus yang demikian?

Seperti yg dinyatakan, pemimpin parti sudah tentulah dipilih oleh ahli parti, penyokong parti akan sekaligus menyokong pemimpin parti kerana mereka dipilih oleh penyokong parti, yg merupakan ahli parti. Mengapa mereka memilih individu tertentu untuk jadi pemimpin, mengapa bukan orang lain? kerana mereka mempercayai pemimpin tersebut untuk mengetuai parti dan sekaligus memimpin mereka. apabila mereka dipilih sbg pemimpin parti, maka mereka perlu fikir mengapa mereka dipilih? apa yang membezakan org lain dgn dirinya yg dipilih sbg pemimpin? sudah tentu kerana pengaruh mereka besar dlm kalangan penyokong, dan apabila menjawat jawatan pemimpin, maka bertambah lagilah pengaruh merteka. kerana dalam apa2 organisasi sekalipun, pemimpin yg diutamakan, pemimpin sbg org nombor satu, walau sedemokrasi manapun budayanya, pendapat, pandangan, dan keputusan pemimpin akan diberi perhatian utama. jika tidak, mengapa mereka dpilih sbg pemimpin bukan?

dalam parti politik, pemimpin parti mempunyai pengaruh besar keatas penyokong, maka perlulah pemimpin sesebuah parti itu mengamalkan budaya POLITIK MATANG. jika percaturan politik pemimpin tersebut bersifat keanak-anakan, maka begitulah juga akan dturuti oleh anak buahnya.

saya tegaskan bahawa ini tidak memberatkan kearah mana2 parti atau mewakili mana2 parti. ia cuma sesuatu yg neutral dan umum yg saya rasa perlu dibudayakan oleh semua pemimpin politik tidak kira di negara mana sekalipun, parti apa sekalipun, sama ada BN, PAS, PR, Demokrat, atau Republikan.

Hari ini tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, kita asyik ingin bercakaran antara satu sama lain. jika arena ini adalah pentas tinju, pasti hebat das-das tumbukan yg dilepaskan, he2. Apa yg pihak bertentangan buat, tiada pun yg betul, semuanya salah. apa yang kita buat, semuanya betul. bibit-bibit perpecahan sudah lama kelihatan dengan keegoan masing-masing dengan sesetengahnya berpihak kepada pihak yg disokong tanpa mengira betul salahnya.

walaupun salah dan dia pun boleh mengakui kebatilannya, asalkan perkara itu datang dari pihak yg disokong, semuanya djawab YA! yg orang lain buat (pihak yg tidak sebulu), biarpun nampak bijak, boleh diiyakan, tetap dikatakan NO!. saya tidak memihak kpd pihak2 tertentu, semuanya sama saja. keluarlah kenyataan2 di dada akhbar menyokong perihak sendiri dan menolak bulat2 tindakan org lain. bg yg merasakan tidak dberi peluang untuk bebas bersuara di akhbar2, blog menjadi medium menjunjung tindakan sendiri, membidas tindakan orang lain. tidak apa jika bidasan dan sokongan mereka semua kena pada tempatnya, wajar dan disertakan hujah realistik dan matang, tetapi sesetengahnya dan semakin menjadi kebelakangan ini, semuanya menjurus untuk menunjukkan kpd satu sama lain bahawa 'semua yg kau buat salah, aku punya sahajalah yg betul'. teringat pula zaman kanak-kanak saya, jika saya bergaduh dengan seorang kawan, maka kami akan mula menunjukkan keegoan, saya akan mengadu kpd kawan2 lain dan mempengaruhi mereka bahawa apa yg saya buat, semua betul, yg dia buat semua salah, dan dia juga berkelakuan demikian. tapi tak apalah kanak2, nama pun kanak-kanak. tapi yg berkelakuan spt itu hari ini bukannya kanak2 tapi orang tua(yg sudah matang, dewasa dan berpengalaman, bukan nyanyuk ye, he2). pemimpin pulak tuh... sambil mereka asyik bercakaran, yg menonton di bawah rakyat yg terdiri drpd segenap lapisan masyarakat.

rakyat pulak bukannya bodoh. rakyat skrg sudah celik dan bijak. budak2 sekolah pun sudah tahu menilai tindakan pemimpin2 politik. jgn salahkan mereka. jika pertikaman lidah dan kecaman yg kebudak-budakan, masakan mereka tidak boleh memahaminya...

apa nak jadi? maki hamun dalam Dewan Rakyat, org tengok live melalui tv1, yg berkelakuan demikian dr golongan2 YB, menang pilihan raya, tp kelakuan mereka? sidang bawah pokok, pohon sembah derhaka, org yg caci Islam dlm blog masih dibela, pemimpin yg memperjuangkan islam pula tu yg membela, mengapa islam diketepikan semasa kita berdepan dgn keadaan yg bertentangan dgn apa yg kita mahukan? padahal mereka tahu islam menyuruh kita menegakkan yg betul, perkara yg benar, menidakkan yg batil, tapi kita tetap ego dan mengakui hanya pihak kita sahaja yg benar, org lain salah,walaupun sesetengahnya cukup tinggi ilmu islamnya dan kemudiannya mengaku pulak mengamalkan syariat islam sepenuhnya? islam mendidik umat supaya berfikiran matang.

dalam silibus sejarah ting 5, prinsip rukun negara, perkara kedua 'kesetiaan kpd raja dan negara'. tak kira kerajaan mahupun pembangkang, jika rakyat malaysia, maka perlu mematuhinya, tetapi insiden baru2 ini di perak bertentangan dgn prinsip itu. yg pelajar2 kita blajar lain, tapi yg diamalkan segelintir pihak pula lain, maka mana yg perlu diikuti?

apa itu dasar aparteid?
-Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.
Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil bantustan atau "homelands", supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim Aparteid jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.
Pada 1950, Akta Pendaftaran Penduduk menghendaki semua penduduk Afrika Selatan untuk diklasifikasikan kepada tiga kumpulan: putih, hitam (orang Afrika), atau berwarna (darah campur). Kumpulan berwarna termasuklah kumpulan India dan Asia. Jabatan Dalam Negeri adalah bertanggungjawab dalam menentukan klasifikasi ini dilaksanakan. Mereka yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang teruk

DEB pula dikatakan sama dengan dasar aparteid, rasanya macam langit dan bumi. jangan salahkan budak2 sekolah lagi jika mereka sudah pandai menilai tindakan2 segelintir pemimpin, silibus sejarah ting 4 lagi sudah memperincikan tentang apa itu dasar aparteid dan buku teks sejarah ting5 ada lebih kurang 5-6 halaman tentang perincian DEB. apakah DEB merompak org lain untuk diberikan kpd pihak2 tertentu? apakah kerana dasar itu, orang lain akan miskin kerana orang yg lain kaya? sudah berapa lama DEB diamalkan? jika DEB adalah sama dgn aparteid, maka sudah lama sesetengah pihak menderita dan disisihkan kerana DEB bukan setahun dua baru diamalkan...

tiadalah beza seorang pemimpin itu dgn penyokong biasa jika mereka gagal mempamerkan kematangan dlm kepemimpinan yg membezakan mereka dgn penyokong biasa dan gagal memberi bukti kenapa mereka dipilih sbg pemimpin sesuatu parti

p/s: r they waiting for one more mandela?

Tuesday, December 23, 2008

Masalah Kita

seriously, masa saya kecik-kecik lagi (dalam umur7-8 tahun kot), saya ingat sekolah yang ada tag 'sekolah kebangsaan' adalah sekolah untuk orang melayu. mana taknya, saya bersekolah disekolah kebangsaan, di sebelah sekolah saya ada dua buah sekolah kebangsaan lagi yang berjiran, tak pernah pulak jumpa murid cina atau murid india. setelah belajar subjek sejarah, barulah saya tahu bahawa sekolah kebangsaan adalah sekolah yg menerima murid dari semua bangsa, rujuk kepada istilah 'kebangsaan'

dasar pendidikan kebangsaan kita bermula selepas pengenalan sistem ahli. pelbagai laporan dikeluarkan oleh pelbagai pihak sehinggalah terciptanya Penyata Razak yang seterusnya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. antara kandungannya adalah seperti berikut:

1.Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
2.Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
3.Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
4.Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

pada waktu tersebut, segala rancangan yg dibincangkan oleh para pemimpin negara (yg terdiri drpd wakil org melayu, org cina, org india, dan wakil-wakil yg mewakili kaum-kaum lain di Tanah Melayu) baik dari segi pelaksanaan rancangan ekonomi, dasar kebudayaan, sukan, dan dasar pendidikan, semuanya menitikberatkan elemen perapaduan dan sifat kebangsaan. hal ini kerana dalam keadaan negara yang baru sahaja mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin pada masa itu berusaha untuk menyemai nilai perpaduan dalam kalangan penduduk, terutamanya antara kaum melayu, cina, dan india. antara peristiwa penting yg berlaku ialah tolak ansur orang melayu untuk memberi kerakyatan kepada imigran cina dan imigran india pada waktu itu, dan sebagai tukarannya, orang cina dan orang india bersetuju dengan hak keistimewaan orang melayu sbg penduduk asal yg tidak boleh diusik.
...............................................................................................................

saya mendapat tahu tentang idea pemansuhan sistem persekolahan vernakular semasa melawat laman web datuk mukhriz(he is also my super senior at mrsm pengkalan chepa), iaitu mukhriz.com.

jika kita lihat, memang elemen perpaduan dan kebangsaan merupakan sesuatu yang perlu diperjuangkan oleh pemimpin dari mana-mana dimensi yang memerintah negara malaysia. kita lihat susur galur sejarah malaysia, bermula sejak awal memperoleh kemerdekaan, para pemimpin sibuk memikirkan cara untuk menyatupadukan penduduk tanah melayu(seperti yg tertulis di bhgn atas), disusuli dgn peristiwa 13 mei. peristiwa ini berpunca dari mana? masalah perpaduan juga, kemudian susulan selepas 13 mei, kerajaan memperkenalkan rancangan pembangunan lima tahun tahap kedua dan seterusnya..... sehingga kehari ini, rasanya, setiap hari kita diberitahu pemimpin tentang pentingnya perpaduan, kita harus bersatu padu, perpaduan teras kejayaan... dan banyak lagi. perpaduan negara kita sinonim kepada perpaduan antara kaum.

pemansuhan sistem persekolahan vernakular, dan menggunakan sistem sekolah kebangsaan sepenuhnya merupakan salah satu langkah kearah memupuk perpaduan. dalam satu rencana, saya pernah terbaca kenyataan seorang negarawan yang berbunyi "ibu bapa kaum lain selain melayu yang mendapat pendidikan disekolah kebangsaan, tidak suka menghantar anak mereka kesekolah kebangsaan". mengapa? kerana adanya sistem persekolahan vernakular yg mereka menggunakan bahasa mereka sbg perantaraan dan komunikasi dsekolah, dan dgn muridnya daripada satu kaum sahaja. tidakkah kita melihat situasi ini sebagai senario yang akan menjarakkan lagi jurang antara kaum, kontra dgn perjuangan warisan negara, iaitu perjuangan merealisasikan perpaduan?
lagipun jika hanya dgn satu kaum sahaja yg mendaftar dsekolah kebangsaan, tidak usahlah kita megahkan sekolah-sekolah tersebut dgn nama 'kebangsaan'.

tamatnya PRU-12 menyaksikan tsunami melanda negara dari aspek perkauman. jika dulu hanya terdengar desas-desus sahaja, kini semua sudah berani mengetuk gendang perkauman, ditarikan oleh pengikut-pengikut, mempersoalkan hak istimewa yg dahulunya ditukar dgn kerakyatan, demonstrasi jalanan, berbasikal, cuma demonstrasi udara yang masih belum ada. konsep perjuangan umno yg menggunakan perjuangan pelbagai kaum dbawah satu parti dicabar hebat dgn pnubuhan pakatan rakyat.

daripada asyik berlumba membina blog-blog yg berbaur perkauman, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, percanggahan pendapat tentang pelaksanaan hukum hudud dan qisas, saling memburukkan untuk memenangi pilihanraya kecil dterengganu, berdemonstarasi, idealisme bebas penindasan, dan byk lagi, saya hairan, mereka tidak nampak atau buat2 tak nampak dengan masalah perkauman yg makin runcing. mengapa hanya sekerat sahaja yg keluar dgn memperkenalkan idea2 yang ingin menyuburkan semula perpaduan?

tapi disini bukannya saya ingin berpolitik atau menganalisis suasana politik negara, memberitahu apa yg mereka perlu buat, atau patut atau tidak patut pemimpin sesetengah parti bertindak begitu dan begini, usia masih setahun jagung, tidak berani untuk mengajar atau melawan tokoh-tokoh politk yg dsegani drpd mana2 parti. tetapi dari kaca mata seorang pelajar, atau generasi muda, apa yg saya tahu ialah semua itu bakal mengundang barah perpecahan kaum, dan perpecahan kaum akan merosakkan keamanan negara. itu yg saya pelajari melalui subjek sejarah silibus tingkatan 5. nak atau tidak, mereka perlu terima rakyat malaysia adalah berbilang bangsa, dgn melayu, cina, dan india sbg kaum utama. tidak ada satu pun yang boleh diusir atau mengusir, menidakkan atau ditidakkan oleh kaum lain.

p/s: i am not a political analysist wannabe, but as a citizen, this is all i can think to perpetuating our stability and peace.

Sunday, October 12, 2008

Menang Sorak, Kampung Tergadai

Beberapa bulan yang lepas, negara heboh dengan kenyataan Tan Sri Khalid yang mahu membuka 10 % kuota kemasukan bukan bumiputera ke UiTM. Tindakan tersebut mengundang reaksi daripada pelbagai pihak, ada yang bersetuju, ada yang membantah sekeras kerasnya. Namun saya ingin nyatakan satu analogi, saya ingin membikin kuih bahulu kerana kebanyakan ahli keluarga gemarkan kuih bahulu, namun dalam proses menyediakan kuih itu, saya berubah fikiran dan membikin kuih bangkit. Objektif saya iaitu untuk memberi ahli keluarga merasa kuih bahulu yang menjadi kegemaran mereka tidak tercapai. Begitu juga dengan senario kuota UiTM tersebut. Bukan nilai kuota sama ada 10 %, 30 %, mahupun 50 % yang jadi persoalan. Persolannya ialah apakah tujuan sebenar UiTM ditubuhkan? Bukankah untuk anak Melayu? Memang enak jika kita hujahkan bahawa sudah tiba masanya kita bersaing dengan kaum lain, tapi adakah kita sudah cukup hebat? mungkin ada yang berpendapat kenyataan saya agak pesimis. Tetapi perlu kita ingat, sebelum kita berperang menentang musuh yang hebat, kita harus perhebatkan pasukan kita dulu. Masih ingat mengapa Tok Janggut kalah? kerana British menggunakan senjata moden seperti meriam, namun pasukan beliau hanya menggunakan keris dan tombak. apa yang terjadi kepada tok janggut? beliau dibunuh, mayatnya digantung songsang! dapat lihat kesan jika kita berlawan dalam keadaan sedemikian?

ada yang mengatakan bahawa kaum melayu banyak dbantu, sehingga menyusahkan kaum lain. ingin saya tegaskan disini, saya bukan seorang yang racist, tetapi ingat, orang lain tak akan miskin kerana kita kaya, orang lain tak akan kalah kerana kita menang, orang lain tak akan mati kerana kita boleh hidup. memang orang melayu banyak dibantu, tapi siapa yang benar-benar menang dari segi pencapaian ekonomi dan akademik? anda tahu jawapannya. jangan kita cuba menunjuk dengan bangsa lain bahawa kita boleh jadi hero mereka, namun kita buang bangsa sendiri. jangan anak dibiar kelaparan, kera dihutan disusui. kit siang cuba mewujudkan satu peluang ekonomi yang terbuka kepada semua kaum di pulau pinang, tapi terpaksa membatalkan hasrat kerana bercanggah dengan perlembagaan. jangan kita sekalii-kali lupa perkara 151 dan perkara 152. jangan jadi pak kaduk menang sorak, kampung tergadai.

Friday, September 26, 2008

Mengapa Perlu Begitu?

Beberapa minggu lepas, sekali lagi medan politik negara gamat dengan isu peralihan kuasa. Apa yang telah berlaku? Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan keraguan beliau tentang peralihan kuasa yang dijadualkan berlaku pada 2010. Mungkin apa yang bermain di fikiran beliau ialah mungkinkah ianya berlaku kerana tempoh dua tahun itu terlalu lama?

Namun apa yang membuat saya berfikir ialah bukan sahaja relevan atau tidak kenyataan beliau tersebut, tetapi juga yang menarik perhatian saya ialah reaksi beberapa orang besar dalam UMNO, atau beberapa orang menteri. Selepas kenyataan beliau tersebar, beberapa orang menteri telah bersuara melalui media dan memberi kritikan dan komen-komen tentang kenyataan Naib Presiden UMNO tersebut. Tidak kurang juga yang membidas. Ada yang mengatakan bahawa beliau tidak patut mengatakan demikian kerana harus hormat dengan keputusan MT, ada juga menyuruh beliau menghormati keputusan MT, dan ada juga yang menyuruhnya melepaskan jawatan.

Saya berfikir, pada waktu ini, dalam keadaan parti yang boleh disifatkan sebagai 'sakit', apa untungnya beliau mengutarakan pandangan sedemikian jika hanya sekadar untuk menunjukkan bahawa beliau tidak menghormati MT, sudah tentunya beliau berbuat demikian untuk kesejahteraan parti, untuk menguatkan jentera BN. Saya beri satu analogi, dalam sebuah syarikat, didapati syarikat tersebut mengalami kejatuhan kerana kelemahan kepimpinan syarikat tersebut, lantas pengurus-pengurus kanannya bermesyuarat dan memutuskan bahawa kepimpinan tertinggi syarikat tersebut akan ditukar dalam masa setahun. Tetapi selepas keputusan tersebut diumumkan, pengurus A terfikir.... masa setahun untuk peralihan jawatan? macam-macam boleh berlaku dalam tempoh yang panjang itu. jika hari ini syarikat sudah mengalami kejatuhan, mungkin dalam tempoh setahun tersebut, banyak lagi kejatuhan yang akan dialami. Mereka memutuskan untuk menjalankan peralihan kepimpinan adalah untuk tujuan kebaikan syarikat itu sendiri. sebaik sahaja menyuarakan pandangannya kepada pengurus-pengurus lain, beliau dimarahi dan disuruh meletakkan jawatan.

Mari kita analisis analogi tersebut dengan kisah Tan sri Muhyiddin tadi. Mengapa pengurus A berfikir bahawa peralihan kepimpinan syarikat perlu diadakan lebih awal? Kerana beliau berfikir tentang akibat peralihan kepimpinan yang terlalu lama dengan nasib syarikat. Mengapa Muhyiddin bersuara tentang tempoh peralihan kuasa? kerana beliau berfikir dalam tempoh begitu, apa-apa pun boleh berlaku kepada parti. jadi apa yang difikirkannya sebenarnya? nasib parti. wajarkah orang yang memikirkan nasib parti disuruh meletak jawatan? mengapa pula pengurus-pengurus kanan tersebut dalam mesyuarat mereka memutuskan bahawa kepimpinan syarikat perlu ditukar? kerana mereka bersetuju bahawa kepimpinan syarikat sudah tidak mampu memacu syarikat dengan baik, dan peralihan kepimpinan adalah demi memajukan syarikat tersebut kembali. adakah tidakan tersebut bermakna mereka menderhakai kepimpinan? TIDAK! mengapa mesyuarat MT memutuskan bahawa peralihan kuasa akan berlaku? kerana mereka sendiri bersetuju bahawa kepimpinan sedia ada tidak mampu memacu parti dan perlu ditukar untuk menjamin kestabilan parti. adakah mereka menderhakai pak lah? TIDAK!

Menjalankan peralihan kuasa untuk menjamin kestabilan parti, untuk parti, demi menjamin kestabilan jentera BN. Bukankan benda itu benda baik, bukankah benda baik harus dipercepatkan? apakah tindakan Muhyiddin yang memikirkan tentang parti itu salah? beliau meminta pak lah mengundur lebih awal bukannya bermaksud beliau menderhakai parti, bukannya bermaksud beliau belot pada parti. tetapi memikirkan parti, bukannya berniat melakukan benda buruk keatas pak lah. malah tempoh dua tahun itu sendiri terlalu lama, perletakan jawatan Mahathir dulu pun mengambil masa lebih kurang setahun daripada masa pengumuman pengundurannya. apatah lagi dengan keadaan parti dan jentera kerajaan sekarang, lebih baik dipercepatkan....

setelah desakan demi desakan meminta dijalankan peralihan kuasa, barulah MT bermesyuarat dan memutuskan bahawa peralihan akan mengambil masa dua tahun. selepas pengiisytiharan tersebut, isu ini senyap tanpa sesiapa yang berani membangkitkannya. kemudian Muhyiddin bersuara, kemudian kita dapat lihat proses peralihan mula berjalan, bermula dengan tarikh peralihan yang mungkin berjadual lebih awal, sehinggalah kepada peralihan portfolio Dato Najib.
saya tefikir, jika muhyiddin tidak bersuara, mungkinkah proses-proses tersebut akan berlaku? kini rakyat semakin jelas dengan peralihan kuasa dan mereka lebih yakin bahawa peralihan tersebut akan benar-benar berlaku. siapa yang boleh mempersoalkannya?

Jangan Kutuk Program Angkasawan Malaysia

Sudah agak lewat rasanya untuk saya mengulas tentang program ini, namun kecaman serta kritikan terhadap program ini membuatkan saya berfikir sejenak. lebih-lebih lagi apabila Dr. Syeikh Muszaphar telah datang ke sekolah saya beberapa bulan yang lepas untuk Program Angkasawan Pulang ke Gagang. Terlebih dahulu, terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak ANSARA kerana memilih maktab saya untuk program tersebut.berbalik kepada isu asal, program yang dikatakan membazir dan tidak membawa kebanggaan atas alasan :

1.membazir berbanding dengan keuntungan pihak Russia yang dapat menjual 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM .
2.NASA tidak mengiktiraf angkasawan negara kerana gelaran angkasawan atau Astronaut (Asal dari Astrology/Astronomy) hanya layak diberikan kepada mereka-mereka yang berupaya mengendalikan kapal angkasa, menjadi jurutera angkasa, memberi arahan dan menjadi ketua di ISS serta menjadi krew di ISS selain sebagai seorang saintis dan pengkaji di angkasa.


Satu perkara yang menghairankan, tetapi tidaklah mengejutkan iaitu sebelum ini, pihak NASA telah memberikan gelaran ANGKASAWAN kepada sesiapa sahaja yang pernah pergi keangkasa, termasuklah ahli politik, pemberita, mahupun wartawan. tetapi apabila tiba kepada isu untuk megiktiraf angkaswan malaysia, mengapa perlu ditukar syarat pengiktirafannya.

Disini kita sudah dapat membaca maknanya yang tersurat dan tersirat.Di pihak Russia (ROSCOSMOS) pula, mereka menggunakan istilah Comosnaut (Asal dari Cosmology) merujuk kepada skop bidang yang lebih luas meliputi angkasa, orbit, mengetahui asas ilmu angkasa atau astronomy, berupaya membuat kajian sains di angkasa, mengetahui selok-belok teknologi maklumat walaupun pihak yang terlibat tidak tahu mengendalikan kapal angkasa, tidak menjadi ketua atau commander di ISS dan tidak menjadi jurutera angkasa. Ini adalah kerana, sesiapa sahaja yang telah lulus dan melepasi ujian intensif yang ketat dan sukar di Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin di Moscow Russia, layak mendapat tauliah sebagai angkasawan atau Cosmonaut dari pihak Russia dan layak pergi ke angkasa atau ISS.

Lagipun, saya fikir bahawa pihak NASA tiada kaitan dengan pengiktirafan angkasawan, NASA bermaksud "National Space Agency". daripada perkataan "national" saya rasa NASA hanya terlibat dengan program angkasa yang melibatkan USA sahaja sama ada dari segi pakej, kajian, mahupun projek keangkasa. program penghantaran angkasawan Malaysia hanya melibatkan kerajaan Russia, dan mereka telahpun mengiktiraf angkasawan kita sebagai angkasawan profesional. NASA boleh tutup mulut.
berjadual