Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

Thursday, December 25, 2008

cinta-teori peribadi saya

Istilah “cinta itu buta” atau “love is blind” memang tidak asing lagi bagi kita, baik dalam cerita-cerita cinta dalam televisyen, novel-novel, sehinggalah diungkapkan sendiri oleh pasangan yang bercinta di alam realiti. Sehinggakan kanak-kanak pun sudah tahu mengungkapkan istilah tersebut. Mengapa cinta itu dikatakan buta? Apakah kerana butanya Kassim Selamat dek terlalu rindu akan Sabariah? Apakah kerana gilanya Qaisy akibat pinangannya ditolak oleh keluarga Laila? Apakah kerana relanya Aisya membiarkan Fahri menikahi Maria? Apakah kerana tegarnya Nora memfitnah Fahri kerana menolak cintanya? Atau adakah kerana ada yang sanggup membunuh diri kerana kecewa? Adakah kerana gadis-gadis sunti rela menyerahkan kehormatan diri untuk sesuatu yang mereka gelarkan sbg ‘bukti cinta’? Ataupun adakah kerana mereka sanggup berbuat apa sahaja demi pasangan asalkan terus kekal bersama?

Atau adakah realitinya bukan seperti yang mereka sanjungkan dan agungkan? Apakah mereka hanya mengikut hawa nafsu atau jiwa muda yang sedang mengalami ketidakseimbangan oestrogen, dan bersembunyi disebalik ‘cinta’ yang dianggap mampu membela? Dalam kata lain menggunakan cinta sbg platform untuk menghalalkan perlakuan mereka, untuk menyedapkan hati mereka, untuk memujuk diri mereka dan meyakinkan diri bahawa mereka masih boleh berfikiran rasional walaupun sedang mabuk cinta, walaupun hakikatnya adalah sebaliknya? Dan persoalan yang terbesar, apakah cinta benar-benar buta seperti yang didakwa?

Secara peribadi, saya seratus peratus tidak setuju bahawa cinta itu buta. Saya beri satu situasi, baru-baru ini, seorang pegawai bank menggelapkan wang syarikat untuk membantu kekasihnya yg bankrap, akhirnya tertangkap, kekasihnya lari. Satu lagi situasi, seorang wanita memutuskan hubungan dgn kekasihnya kerana kekasihnya kerap memaksanya menggunakan wang syarikat untuk membantu kekasihnya itu. Jika sifat cinta itu benar2 buta, sudah tentu wanita itu juga menggelapkan wang syarikat bagi membantu kekasihnya. Jadi cinta itu tidak buta, tetapi bergantung kpd manusia untuk mengguna pakai teori cinta berlandaskan pemikiran rasional dan kebijaksanaan. Saya beri analogi makan. Semua orang makan. Tetapi mengapa hanya sesetengah sahaja yg mendapat penyakit kerana tabiat pemakanan spt darah tinggi dan kencing manis? Sebaliknya ada pula yang aktif walaupun sudah berusia 70 an. Saya pernah terbaca satu berita, seorang pak cik berusia 73 tahun boleh berjalan melauli tembok besar cina yg panjang itu. Hakikatnya, cinta itu penting, tapi jika terlalu dpentingkan melebihi had kepentingannya, yg lain2 akan nampak tidak penting.

Semasa dalam tingkatan tiga(sweet fifteen), saya dilantik menjadi wakil kelas untuk menguruskan program ‘chicken soup’, di mana sebuah buku log dsediakan untuk setiap kelas, dan ahli kelas mengambil giliran untuk menghasilkan cerpen atau puisi dalam buku itu(ala-ala chicken soup yg ada kat bookstorela...).dalam proses mengendalikan tugas itu, saya terdengar dan kadang-kadang curi dengar tentang suara-suara yang bersembang tentang hasil kerja kami(semua pelajarla…). ‘apalah budak-budak ni, asyik tulis pasal love, love love….’, lebih kurang macam tu la ayat yg saya dengar, kalau lain pun, contentnya sama, pasal kami duk asyik tulis pasal cinta je(saya pun pernah tulis sekali). Tapi pada saya, yela, saya seusia dgn kawan-kawan, sudah tentu boleh memahami akan perkembangan jiwa remaja. tapi bukannya saya nak kritik pandangan orang-orang yg lebih tua yg memandang remeh terhadap isu cinta ni. Kebanyakan ibu bapa, kalau anak remaja tengah cakap pasal cinta sikit, terus dilabel ‘gatal’. Tapi apa boleh buat, lain peringkat umur, punya lain pemikiran, punya lain kepentingan. Mereka pun pernah lalui situasi sama, tapi mungkin pada zaman mereka tidak dibicarakan secara lebih terbuka, dlm kata lain, secara malu2 atau secara lebih sopan-santunla, ataupun mungkin dah lupa kot…

Tapi saya cukup admire sorang ustazah nih, benar2 paham akan jiwa remaja. ya, bukan sedikit yg memandang remeh soal cinta, cinta selalu dkaitkan dgn mereka yg tiada pendirian teguh, tidak berdikari, dan sbgainya. Tapi kata ustazah aminah, “cinta penting kerana ia ANUGERAH ILAHI untuk setiap hambanya. Sesiapa yg mendapat cinta merasai nikmat hidup. Sesiapa yg gagal, hidupnya kosong. Cinta itu tentunya indah kerana cinta itu satu anugerah”, lebih kurang macam tula cerita ustazah. Memang cinta itu satu anugerah, Allah SWT sendiri yg menyatakannya.

Jadi mengapa harus dirosakkan anugerah itu dengan onar yg kita ciptakan sendiri. Pada pandangan peribadi saya juga, cinta itu tidak mampu untuk berdiri sendiri. Cinta sejati berdiri dengan nilai-nilai spt tanggungjawab, menghormati dan melindungi. contohnya seorang jejaka mencintai seorang gadis. Jika cinta itu benar-benar sejati, apakah jejaka itu tegar merosakkan kesucian gadis tersebut? Nilai harga diri seorang gadis itu tinggi! Sehingga tidak mampu sy gambarkan melalui penulisan ini! Apakah jejaka itu rela melihat maruah gadis kecintaan yg harus dijaga, drosakkan oleh tangannya sendiri? apakah seorg gadis itu tidak punya tanggungjawah memelihara kegadisan yg perlu dijaga dan hanya halal kepada suami tercinta kelak? apakah mereka tidak bisa membezakan taraf dan darjat antara suami dan buah hati? sebagai seorang wanita, martabat suami itu perlu diletak dtempat yg tinggi, kerana kejadian seorg perempuan itu adalah drpd rusuk kiri jodohnya. Jika cinta itu sejati, jejaka itu harus punya sifat tanggungjwb untuk memelihara kesucian gadis itu, beliaulah yg spatutnya melindungi gadis itu, dan menghormatinya sbg seorang perempuan. Siapakah yg dgelar perempuan? Seseorang yg dciptakan sbg lambang keindahan, peneman adam, yg punya keistimewaan yg tdk harus sewenag-wenangnya direndahkan martabatnya.

Nilai tanggungjawab dalam cinta sejati tidak ternoktah disitu, harus dsusuli dgn tindakan lain. Sepatutnya, cintalah yg patut menjadi booster dalaman untuk berjaya. Keterbilangan kita kadang-kadang dtentukan oleh rasa cinta, tetapi kadang2 ketewasan kita juga dtentukan oleh cinta. Cuba kita lihat kisah qaisy dan laila dalam cerita ‘laila majnun’. Setelah pinangan qaisy dtolak, beliau saban hari menangis, duduk merempat, semaikin tdk terurus dirinya, apa yg dia tahu, hanyalah menyebut “laila,laila, laila…..!”. akhirnya dia menjadi gila, diejek kanak2. lihat betapa cinta boleh menjadikan kita bodoh sekali. Jika benar2 mahukan laila, qaisy perlu mencari kerja, berusaha, menghidangkn setimbun harta spt syarat yg diberi oleh ayah laila. Dengan menangis dan merengek, qaisy itu hanya meruntuhkan kejantanannya dan martabat kaum lelaki.

Satu lagi situasi berlaku dhadapan mata saya sendiri. Seorang gadis jatuh cinta pada seorang lelaki. Lelaki itu merupakan seorang yg warak, hebat dalm hidup, punya pandangan hebat, dan punya blog yg meluahkn pendiriannya tentg suasana dan perihal sekeliling, sy sendiri pernah melawat blog itu. Gadis itu tdk kurg hebatnya dlm pelajarn, tetapi dia menyedari bahawa didikan agamanya kurang. Akibat selalu melawati blog jejaka tersebut, hatinya tertarik dgn karisma yg dimiliki jejaka itu dan terpengaruh dgn pandangan2 agama yg diutarakan jejaka itu. Sehinggakan dia rasa cukup rendah diri dan tdk staraf dgn jejaka itu. Lantas, bermula saat itu, dia berusaha meningkatkan ilmu agamanya selaras dgn ilmu dunianya, kerana pada pandangannya, dirinya hanya berpuas hati jika sekurang-kurangnya staraf dgn jejaka itu walaupun jika cintanya nanti tdk berbalas. Dan saya lihat, beliau cukup tekun mendalami ilmu agama dan mahu mencari ilmu. Dapat saya lihat perbezaan karakternya dulu dan sekarang. Dapat lihat perbezaannya antara dua kisah itu?

Masih percaya bahawa cinta itu buta? Saya tidak…..

Monday, December 01, 2008

'Just Cause'

petang tadi masa boring-boring, bukak channel HBO dan tonton satu filem, tajuknya 'Just Cause', berkisar tentang seorang lelaki kulit hitam, Bobby Earl(bkn nama betul) yang didakwa merogol dan membunuh seorang budak perempuan berusia 11 tahun. Budak itu dibunuh dengan kejam, ditikam dengan beberapa tikaman, dadanya dirobek, lebih kurang cincangla...

tapi senario jenayah tersebut bukan sahaja ada dalam drama, tapi dalam dunia realiti pun ada. tengok cerita tu tadi, teringat kat arwah nurin, arwah nurul huda, dan sharlinie yang masih belum dijumpai. namun apa yang ingin saya perkatakan disini bukannya tentang perihal jenayah dan mangsanya bagi kes bunuh dan keganasan seksual keatas kanak-kanak, tapi satu tabiat atau trend penjenayah kes ini, yang sudah banyak kali saya terbaca dan tonton, terutamanya melalui saluran discovery, kalau tak silap tajuknya, crimes discovery.

saya pasti penyakit penjenayah ini yang akan saya kupas sudah lama dikaji dan berlambak dalam buku-buku psikologi dan psikiatri, namun pada pandangan saya, masyarakat kita belum sedar tentang hal terbabit. apa yang saya ingin perkatakan disini ialah tentang TENDENCY atau lebih dikenali sebagai KECENDERUNGAN. baiklah, melalui apa yang saya tonton dan saya baca, apabila seseorang penjenayah yang terlibat dalam kes-kes pembunuhan kejam seperti kes bunuh keatas kanak-kanak, kes-kes yang 'luar biasa', biasanya semasa soal siasat, penjenayah itu akan dikaji oleh pakar psikologi tentang latar belakang keluarga, pengalaman semasa kecil, trauma dan fobia sepanjang hayat, dan bermacam-macam lagi kesan psikologi. kenapa? kerana mereka membuat kesimpulan awal bahawa apabila seseorang itu bertindak melampaui batas kemanusiaan, sudah tentu ada perangsang atau 'booster' yang mencetuskan semangat penjenayah untuk berkelakuan kejam. seperti penjenayah tersebut bertindak membalas dendam, seolah-olah penjenayah itu bukan menjadi diri sendiri ketika melakukan jenayah terbabit. bagi sesetengah kes, memang situasi ini wujud, dan kesimpulan yang dicetuskan berkemungkinan betul. tapi saya terfikir, mungkinkah ada penjenayah yang melakukan jenayah kejam dengan menjadi diri sendiri? maksud saya, tidak dipengaruhi mana-mana faktor,mereka enjoy melakukannya, dianggap bukanlah sesuatu yang penting, melakukannya seperti melakukan rutin harian, atau lebih tepat, jika penjenayah itu menyeksa mangsa dengan kejam, membunuh, merobek badan, dan sebagainya, mereka melakukannya tanpa dipengaruhi oleh faktor psikologi, jika mereka bertindak kejam, maka itulah diri mereka. saya fikir ada.

saya masih ingat dialog watak pembunuh sebenar dalam filem itu, dialognya berbunyi, "setiap pagi saya didatangi ahli psikiatri yang bertanya tentang latar belakang, adakah keluarga saya bermasalah, adakah saya ada pengalaman buruk. tapi hal saya ini tiada kaitan dengan baik atau jahatnya ibu bapa saya, tak kira baik atau buruk latar belakang saya, semuanya tiada kaitan. saya melakukan jenayah itu kerana minat saya untuk melakukannya, saya melakukannya sebagai hobi, saya cenderung kearah itu, itu adalah KECENDERUNGAN saya". nampak? kita teliti apa yang dimaksudkan dengan kecenderungan. kecenderungan merupakan naluri biasa yang ada dalam setiap diri manusia. saya cenderung untuk melakukan itu, dia cenderung melakukan ini... cenderung lebih kurang sama ertinya dengan apa yang kita minat untuk lakukan atau hobi. dan juga menjadi satu kecenderungan juga kepada penjenayah terbabit untuk meuaskan nafsu keatas kanak-kanak, dan juga kecenderungan mereka untuk memperlakukan kanak-kanak dengan kejam seperti menyeksanya. contohnya kita lihat mereka yang cenderung untuk menonton video lucah. berapa ramai populasi dunia yang menonton? ramai, adakah jumlah seramai itu menghadapi masalah psikiatri? tak juga... mereka hanya cenderung, mereka menjalani rutin harian biasa, pergi kerja, makan minum, main dengan anak-anak, dan tonton vcd lucah... "cenderung.".begitu juga bagi mereka yang terlibat dengan laman web fidofilia, mereka merupakan manusia biasa, tetapi cenderung kearah kanak-kanak secara seksual.

jadi mungkin kita juga patut memberi perhatian kepada faktor kecenderungan yang membawa kepada keganasan seksual dan pembunuhan kejam keatas kanak-kanak. kecenderungan biasanya dipilih oleh diri seseorang sendiri, jadi tumpuan kearah didikan secara rohani dan pembersihan jiwa amat penting. apabila jiwa bebas daripada unsur tidak sihat, secara automatik, minda akan berfikir dengan cara yang sihat, dan memilih kecenderungan yang sihat(macam reflex action plak).
jadi persoalannya, tugas siapa ek?

p/s: tiba-tiba teringat kat sherlock holmes...., guys, pandangan diatas merupakan pandangan saya secara individu, jadi jika ingin jadikan sumber rujukan, terserah kepada penilaian anda.

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat?

entah kenapa tiba-tiba saja teringat akan peibahasa ini, lalu otak pun berputar ligat memikirkan rasional, melakukan analisis terhadap peribahasa tersebut, makin dalam difikir, makin banyak soalan yang timbul, halnya, cuma peribahasa tersebut sahaja. walaupun tingkah saya yang memikirkan tentang peribahasa ini mungkin dilihat sesetengah orang sebagai buang masa, namun dah memang tabiat macam ni... inilah serba sedikit yang boleh dikongsi tatkala memikirkannya, nak buat cam mana, takder kerja...

Biar mati anak jangan mati adat? tapi kalau anak mati, macam mana nak teruskan adat? adat merupakan objek yang akan diwarisi, anak pula kita ibaratkan sebagai generasi yang melakukan tugas pewarisan adat, yakni orang yang paskan adat itu dari satu generasi kegenerasi seterusnya. analoginya saya ingin membawa barang kepasar, kenderaan yang saya gunakan untuk menghantar barang ialan van, tapi kalau van itu rosak, tercapai ke matlamat saya untuk membawa barang kepasar? akibatnya pula, barang tersebut tidak sampai kepasar... saya rasa peribahasa ini terlebih sifat hiperbola... yelah... memaparkan sifat fanatik yang teramat sangat dan obses dengan adat, macam saya kata tadi, kalau anak mati, adat pun tidak dapat diwarisi, akhirnya terkubur bersama kematian anak, peribahasa ini juga menggambarkan sikap gopoh dan gelojoh, kerana ingin sangat berpegang dengan adat, terus mengambil keputusan untuk membiarkan anak mati, sebagai akibatnya, nyawa anak pun hilang, adat pun melayang... ya, saya disini bukan memperkotak-katikkan tentang relevan atau tidak kita berpegang dengan adat, dah adat tu warisan turun-temurun, memanglah kena pegang warisan nenek moyang, tapi saya punya masalah dengan peribahasa ini, keterlaluan simboliknya untuk menggambarkan kepentingan adat, sehingga mengabaikan apa yang penting...

cuba fikir, ada seorang jejaka, nak buat majlis persandingan, tapi tak nak buat upacara menepung tawar, sebagai balasan kerana tak nak buat adat itu, dia kena mati? jauh perginyakan? langsung tak rasional...

p/s: walaupun fikir-fikir kosong, tapi tetap rasional dan relevankan?

Sunday, October 12, 2008

Jangan Ada Hang Tuah Moden

Siapa Hang Tuah? Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melayu. Dalam budaya dan masyarakat kita, kita sering menggambarkan Hang Tuah sebagai seorang pahlawan terbilang, manakala Hang Jebat pula sebagai pengkhianat. Ya, Hang Tuah terkenal dengan keperkasaan dan kepahlawanannya. Sama ada kisah Hang Tuah ini merupakan satu kisah benar atau lagenda sahaja, kita tolak ketepi. Mari kita cuba analisa perwatakan dan kisah pahlawan ini. Niatnya bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi sebagai satu kesedaran yang diharapkan boleh menyedarkan kita. Seperti Tun Dr Mahathir yang mengarang sajak Melayu Mudah Lupa, mari kita sama-sama renungi lagi apa yang perlu direnungkan.

Hang Tuah: digambarkan sebagai seorang yang sangat taat kepada raja. Apa-apa sahaja
tindakan raja sama ada betul atau tidak, rasionalnya diabaikan, asalkan
menjadi laksamana kesayangan raja, dan tetap taat secara membabi buta.

moden :patuh kepada apa-apa arahan majikan. Sama ada betul atau tidak, rasuah atau tidak,
tolak ketepi, yang penting sedia mengampu dan jadi kesayangan majikan

Hang Tuah: sanggup menyerahkan cinta hatinya, Tun Teja kepada raja asalkan terus taat

moden : beberapa bulan lepas baru sahaja baca akhbar ada yang ditangkap atas
kesalahan rasuah kerana merasuah dengan habuan seks.

Hang Tuah: bertarung dengan rakan sendiri, Hang Jebat, dan membunuhnya.

moden : tunjuk lagak sesama sendiri, bergaduh sesama sendiri, berbunuhan sesama sendiri

Hang Tuah: apabila portugis datang, Hang Tuah terus lesap, entah kemana, kemana Hang Tuah?

moden : tiba masa untuk bersaing dengan orang yang bukan sekelompok, kita mudah
dan tidak berani/berupaya. Hanya berani tunjuk lagak sesama sendiri.

Hang Jebat pula sanggup menuntut bela dan melawan raja yang mempunyai kuasa mutlak demi menuntut bela untuk sahabatnya yang disangka telah dibunuh raja. Prinsipnya? Raja adil raja diembah, raja zalim raja disanggah. Mahu jadi Hang Tuah moden?