Saturday, February 13, 2010

Jika Kamu Orang yang Berfikir...

Seorang bijak pandai hairan melihat tingkah laku seorang wanita, lalu si bijak pandai itu menghampiri wanita itu dan berkata;

"wahai saudari aku hairan melihat tingkah lakumu"

wanita itu bertanya, "mengapa kamu hairan?"

si bijak pandai menjawab, "aku hairan melihat kamu solat, tetapi usai sahaja solat, kamu turun dari tempat ibadah ini dengan tidak menutup aurat".

wanita itu menjawab, "apa salahnya, sekurang-kurangnya aku solat".

si bijak pandai bertanya, "kenapa kamu solat?"

wanita itu menjawab, "kerana itu suruhan Allah, maka aku solatlah, aku fikir aku perlu..."

si bijak pandai bertanya lagi, "bukankah menutup aurat juga suruhan Allah?"

wanita itu menjawab, "ya, sudah aku katakan tadi, sekurang-kurangnya aku solat, maka aku fikir sekurang-kurangnya aku patuh juga."

si bijak pandai berkata, "jika kamu orang yang berfikir, mengapa kamu harus berlumba untuk melakukan yang paling kurang, sedangkan kuasa untuk melakukannya berada dalam tangan kamu..."

si bijak pandai bertanya lagi, "dan kamu tahu menutup aurat juga suruhannya?

wanita itu menjawab, "ya"..

si bijak pandai berkata lagi, "dan jika kamu juga orang yang berfikir, mengapa kamu tetap melakukan sesuatu perkara tu, walhal kamu tahu ianya salah?"


-lama tak update blog, tiba-tiba idea muncul di pagi hari

Friday, December 04, 2009

A Tribute

Pagi ini saya keluar berjogging bersama kid, tinggalkan hp di bilik. kami pulang ke kolej lebih kurang pukul 8.45 pagi. saya memeriksa hp saya dan mendapati ada tiga missed call, daripada adik saya, nadzirah. ada juga mesej daripadanya yang berbunyi 'call balik'. saya rasa pada masa itu saya sudah dapat agak apa yang berlaku, "it must be something about my grandma". eventhough i was pretty sure what the 'thing' is.

jangkaan saya tepat, nenek saya telah kembali ke Rahmatullah pada waktu subuh pagi ini. dia merupakan satu-satunya 'orang lama' yang tinggal, kedua-dua datuk dan seorang nenek saya dah meninggal. sekarang, dia pula yang pergi.

saya memanggilnya dengan panggilan 'wan'. wan menghidap kanser. tiga tahun lalu wan mendapat kanser kelenjar. sempat dikesan awal, dibedah dan ketumbuhan itu dibuang, dijalankan di Perdana Specialists Hospital(Hospital Pakar Perdana). doktor yang merawat wan ialah Dr. Zahari, yang juga merupakan bekas pelajar MRSM PC. selepas dibedah, wan menjalani rawatan kimoterapi selama 6 bulan. saya melihat badannya makin lemah, rambutnya gugur. namun itu hanya untuk 6 bulan, selepas itu, wan kembali sihat, badan tak lagi kurus, rambut tumbuh balik. wan dah sembuh, saya gembira.

pada tahun ini, pada akhir bulan tiga, wan mengadakan kenduri kesyukuran untuk keputusan SPM saya. ia diadakan selepas saya tamat menjalani latihan PLKN. semasa saya berada di PLKN lagi, saya sudah mendapat berita bahawa wan sering tak sihat dan muntah2, serta demam. wan ada penyakit gastrik, maka kami berpendapat semua itu simptom gastrik. tapi wan masih gembira dan teruja mendengar perkembangan saya di PLKN. saya beritahu wan, saya terpilih untuk melakukan persembahan tarian tradisional di kem. wan sangat gembira, buktinya? dia asyik bertanya dengan begitu berminat tentang tarian2 apa yg akan dipersembahkan, mcm mana proses pemilihan, dan sebagainya...

selepas kenduri itu, wan jatuh sakit-demam berpanjangan. mama membawa wan ke hospital pakar perdana, masuk wad, dan dirawat sebagai pesakit gastrik. wan lemah, nak ke bilik air perlu dipapah, kami bergilir-gilir jaga wan. suatu hari, wan jatuh dalam bilik air, kepalanya sakit. doktor ambil keputusan untuk scan kepala wan. doktor menemui satu ketumbuhan dalam kepala wan, sebesar buah limau. wan menghidap 'brain tumour'. kata doktor, simptom gastrik, sama dgn simptom kanser. wan tidak boleh dibedah, disebabkan usianya sudah 71. kami mengambil keputusan menggunakan rawatan radioterapi. wan dipindahkan ke HUSM kerana hanya HUSM ada teknologi rawatan itu. wan dirawat oleh Dr. Abu Dzar dan Prof Bishwal. pada masa tersebut juga, DYMM Sultan Kelantan masuk wad. bilik wan bersebelahan bilik rehat kerabat sultan.

selepas radioterapi, wan pulang. dgn saya yg perlu ke universiti, mama dan abah sibuk, nasib baik, mak sepupu saya dtg dari johor utk menjaga wan. sehingga awal bulan sebelas, wan sihat, boleh bercakap, kadang2 boleh berjalan tanpa dipapah, tapi 2-3 minggu dekat raya haji, wan semakin lemah, dah tak boleh bangun, sakit satu badan. masa saya balik raya haji, saya lihat wan makin lemah, cakap pun slow2, tak dengar sangat, masa saya mahu pulang kekolej hari sabtu lepas,wan dah tenat. pagi tadi waktu subuh, wan dah tiada..... sebenarnya saya dalam dua, mahu pulang atau tidak untuk cuti raya haji, kerana cuti hanya tiga hari, sampai pagi raya, dan mengharapkan bas tambahan, tapi saya tetap balik, mungkin saya ditakdirkan pulang untuk berjumpanya buat kali terakhir, kerana kalau ikut jadual sebenar, saya hanya akan pulang 25 disember ini.

Al-Fatihah............

siapa sebenarnya orang yang saya panggil 'wan' itu?

dia bukan sekadar seorang nenek, atau org lama atau orang tua yang berumur 71 tahun. she worths more than that. far more.... dia merupakan seorang nenek yang paling advanced, paling open-minded, great businesswoman, paling mementingkan pelajaran, seorang yg masih mengekalkan budi bahasa cara org lama, tapi berfikiran moden.

1.sejak saya dan adik beradik berada dlm darjah 1 lagi, perkara yg menjadi keutamaannya adalah keputusan peperiksaan kami. dia bukan hanya sekadar bertanya dapat nombor berapa, tapi wan akan tanya berapa markah yang kami dapat untuk setiap subjek, paling ditekankannya ialah bahasa ingggeris dan matematik. my competitiveness is a product from her.

2.wan sangat peramah, jika dia berjumpa dgn org yg baru dikenali pun, dia boleh buat kawan, mungkin kerana wan mudah mesra dan pandai buat kawan,kalau wan masuk wad, jururawat satu floor tu kenal wan, doktor2 yg merawat wan konfem akan ingat wan, wan mudah berkawan dan berbual. setiap kawan saya yang saya bawa pulang mesti akan cakap-" baiklah nenek mung tuh"....

3.wan seorang yang mengikuti perkembangan semasa. wan meminati Tun Dr Mahathir. wan kerap kali memuji tun. kamu semua jangan terkejut, just be impressed, nenek saya kenal Barrack Obama! dia tahu sapa Barrack Obama, dia selalu cakap tentang presiden AS tersebut, malah dia beritahu saya tentang idea2 Barrack berkenaan hubungan luar AS dgn negara2 islam.

4.wan saya seorang tukang masak yg bagus. semasa mak saya pergi mekah, wan tinggal dirumah kami. wan ajar saya masak-gulai, kerutuk daging, dan sebagainya. tapi wan masak lagi sedap. wan pandai masak ayam percik, sangat pandai. ayam percik wan sedap sangat. ada satu ketika, ada orang yang sanggup datang dari Jepun untuk rasa ayam percik wan, ayam percik wan sangat tersohor. dulu, kalau setakat org dari kuala lumpur sanggup datang kelantan untuk beli ayam percik wan, itu perkara biasa. tapi wan dah lama dah tak buat ayam percik, kalau ditanya kenapa, wan cakap-"tok cekak la..."

4.wan berniaga, suka berniaga, dulu2, kalau satu hari tak berniaga, wan demam. dia bukan seorang peniaga biasa, disebabkan keramahannya, dia ada ramai pelanggan, ramai org senang dengannya, org memanggilnya 'mak wan'. dekat2 raya, dia boleh buat rm3000-rm5000 sehari.

5.wan rapat dgn imam2 masjid. semua dia kenal. kalau kami adik beradik nak exam, dia akan suruh imam2 atau tok guru buat air sembahyang hajat untuk kami. masa wan sakit, ada imam2, tok guru dan budak2 pondok datang ziarah.

6.wan sangat baik. kalau hal duit dan barang kemas, dgn cucu2, langsung tak berkira, nak apa, dia beli, nak rantai dia, ambik je...walaupun masa wan tengah sakit, dia masih bertanya pada saya-ada duit tak, kalau takda wan nak bagi. org pertama yang belikan telefon bimbit untuk saya bukan parents saya, tapi wan...

7.dalam dunia ni, tiada benda yg cucunya buat yg dia tak berminat. semuanya dia teruja nak tahu. kalau saya menyertai pertandingan bahas, dia akan tanya tajuk apa, dia akan tanya saya berhujah guna hujah macam mana, dia akan tanya pihak lawan balas apa, then saya balas apa, kalau saya menyertai pertandingan tunas saintis, dia akan tanya eksperimen apa sy buat, mcm mana ujian tuh, dia kan tanya secara detail, tidak kira walaupun terlalu saintifik, dia tetap nak tahu dan tetap tanya sehingga dia faham. sesungguhnya saya gembira dgn sikapnya itu, membuatkan saya jadi teruja...

8.wan sabar, cucu-cucunya kuat merajuk, maka dia akan selalu memujuk, dia suka peluk cucu-cucunya, dia akan berbual dgn kami mcm kawan... what a lost!

9.wan pandai melawa, masa dia hadiri konvokesyen mama, saya tengok wan pakai kebaya pendek-tgk dlm gambar. dia yang ajar saya pakai gincu, letak bedak, dia suka kalau cucunya pakai lawa2, 'jangok2'. dia suka tengok. saya rasa dlm bab ini, saya banyak mewarisi drpdnya.

10.wan ambil berat pasal keadaan sekeliling, dia suka bercerita, masa kecik, kitorang dgr wan cerita hantu masa nak tidur, wan jugak cerita masa zaman muda2 dia dan sebagainya.. a good story-teller.

sekarang wan dah tak ada, tapi mustahil saya akan lupakannya. sayu saya teringat wan pernah berkata suatu hari-"sempat ke wan nak tengok cucu-cucu wan bekerja, berkeluarga semuanya...". satu perkara yang saya pasti, wan mahu lihat kami semua berjaya. saya akan pegang harapan itu, saya tak akan lupakan....

i think thousands of love words on earth are still not enough to show my love to you, but i can feel ur soul n spirit are flowing in my blood, and as long as im living, they will keep flowing continuously.... i love u

Friday, November 13, 2009

Memalukan



Insiden kekecohan, balingan mercun, cubaan membakar kerusi stadium nasional oleh penyokong kelantan semasa perlawanan Piala FA 2009, Kelantan Vs N9 memang memalukan, menyedihkan, dan membawa imej buruk kepada negeri kelantan dan pandangan keatas moral rakyat Kelantan khususunya.

Orang luar ada yg melabel rakyat kelantan sebagai ganas dan 'gedebeh'. Memang bagus dan membanggakan semangat sukan yg ditonjolkan penyokong kelantan, sehingga tumpuan media kebanyakannya tertumpu kepada gelagat penyokong kelantan beberapa hari sebelum perlawanan.

Tapi pada hari perlawanan, semangat itu ditonjolkan dlm bentuk negatif. sebelum perlawanan bermula lagi mereka sudah membuat kekecohan dgn merempuh pintu pagar stadium, tidak menghiraukan larangan polis dan anggota keselamatan yg bertugas. kalau polis bertindak tegas sikit, cakap polis buli org ramai, tapi mereka sebenarnya yg kurang ajar.

semasa perlawanan, dek kerana marah dgn prestasi pemain yg kurang memberangsangkan, mereka membaling mercun ketengah padang, sehingga ada yg tercedera, bakar kerusi stadium, sbg tanda marah. marahkan pemain kelantan, namun kerusi stadium yg merupakan harta kerajaan yg dibakar, kurang cerdik sungguh!

memang tak tahu nk cakap dah pasal tindakan agresif penyokong kelantan nih. masa perlawanan di stadium di kota bharu april lalu, mereka bertindak membakar bas, apabila polis menyembur gas pemedih mata sehingga ada org awam yg tercedera, polis jugak yg disalahkan! kalau tak sembur, entah apa lagi yg diorang akan bakar...

konklusinya, apabila terjadi insiden seperti ini, banyak pihak yg rugi dan susah. memang diorang ni menyusahkan org-harta kerajaan rosak, polis disalahkan, org awam cedera, harta awam jahanam,KAFA pun kena saman! apalah yg diorang fikir masa bertindak demikian?

tolonglah ikut peraturan dan jadi bertamadun sikit, org lain pun marah jugak dengan aksi hambar pemain kelantan hari tu, tapi takdala sampai bakar-membakar, semangat tu bagus, tapi tonjolkanlah dlm tindakan yg sepatutnya dan bijak serta berhemah.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Sunday, September 20, 2009

Hari Raya+Lontong+Milin+EXAM

Terlebih dahulu, selamat hari raya kpd semua, maaf zahir batin...

Hari Raya saya tahun ni tak meriah sangat, sebab dah besar kot, budak2 suka... dapat duit raya, tapi bestla jugak sebab tv tetap meriah dgn cerita2 dan drama hari raya. raya pertama tahun ni, separuh hari dihabiskan bersama-sama nenek tercinta dikampung, selalunya kami balik ke tumpat untuk sembahyang raya, kemudian kami akan membawa nenek beraya dirumah kami. tapi tahun ni raya kat kampung pulakla... selalunya raya pertama memang penat layan tetamu, tapi hari ni rasa relax plak sebab raya kat kampungkan, kamila yg mengunjungi saudara mara.

Peluang ini saya gunakan untuk mengunjungi saudara mara dikampung, ada saudara kami dari johor yang datang beraya kesini, dia masak saya punya favourite food-LONTONG. best giler lontong yang dia masak tu, tak puas makan, dah lama mengidam nak makan lontong ni, cari punya cari tak jumpa, akhirnya kak laili masak hari ni, thanx kak laili!

raya tahun ni merupakan raya yg terakhir amilin di malaysia sebelum berangkat ke russia untuk sambung belajar dlm bidang perubatan. amilin is my best friend forever. kami berkenalan waktu di tingkatan satu semasa sama2 mendaftar di mrsm pasir tumboh. kemudian sama2 diterima ke mrsm pengkalan chepa. haluan kami berubah selepas spm. rasanya macam baru beberapa tahun lepas kami masuk tingkatan satu, cepatnya masa berlalu, menandakan kami semakin tua! he2. milin apply medic russia dbawah tajaan mara, saya pula memohon tajaan jpa untuk pengajian dlm negara. kadang2 cemburu jugak tengok kwn2 pergi study abroad, tapi saya juga yang tidak apply, apabila ditanya kenapa saya tak apply untuk sambung belajar dluar negara, saya akan jawab-im not ready... tapi betol ke bella? entahlah, saya rasa sebenarnya saya pun tak pasti, tapi saya dah pilih jalan ni, tajaan jpa pun dapat, so im just follow the path and do the best, untuk habiskan perjuangan ini, kita tak tahu hikmah di sebaliknya, lain org, lain jalannya. kalaulah saya apply medic russia, kalau ada rezeki, boleh fly sekali ngan milin, entahla.. tapi kdg2 sy rasa program asasi saya ni mengarut tu ada jugak,, entah rr,, kdg2 tertekan jugak, ramai budak2 yg pandai2 kat sini, kena compete.. entahlah...biasalakan, semuanya kena compete, kat mana2 pun, agaknya sy masih dbelenggu rasa tidak tahu bersyukur... tapikan jika fikir kebaikannya, jika study dlm negara, saya boleh aktif dlm persatuan2 dan pergherakan2 mahasiswa, itu memang bidang saya, he3.

lepas raya ni terus exam, final for sem 1. milin cakap, "bella u can do it!". itulah kami, sentiasa menyokong satu sama lain. untuk program asasi ni, apa yg bdk2 diploma belajar dalam masa 3 tahun, kitorg belajar dlm masa setahun, sebenarnya tak cukup setahun pun, dlm sepuluh bulan gitu... tak nak stress mcm mana? tapi bella hari ni still bella yg dulu, pantang menyerah sebelum berjuang... pandai ke tak pandai ke diorang tuh, saya tetap kena compete, so drpd asyik meratapi nasib, lebih baik kita berusaha menanganinya....

selamat hari raya sekali lagi, to amilin, selamat maju jaya, best friend forever, n doakan saya untuk exam nanti

Sunday, August 30, 2009

Sebat

Selain daripada isu wabak H1N1 yang makin menular, terdapat satu lagi isu hangat yang menarik perhatian saya; iaitu isu Kartika Sari Dewi Shukarnor. Umum telah mengetahui tentang kes wanita ini. ? Kartika, 32, seorang model yang berasal dari Sungai Siput, Perak telah dituduh meminum arak berjenama ‘Tiger Beer’ di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating Pahang 11 Julai tahun lalu. Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebanyak RM5,000 dan sebatan 6 kali. Kartika telah pun membayar denda dan bersedia untuk menghadapi sebatan. Namun, setelah dia dibawa di dalam perjalanan untuk menuju penjara Kajang di mana dia sepatutnya disebat, tiba-tiba hukuman terhadapnya diisytihar tangguh. Sudahlah kecoh dengan tahap kewajaran hukuman yg dikenakan keatasnya, maka apabila hukuman itu ditangguhkan, bertambah kecoh lagi jadinya. Saya telah mendengar banyak komen dan pendapat para bloggers, ahli politik, pemimpin2, Cuma pandangan para ahli2 ulama’ yg samar2 kedengaran, kenapa ek? Ada yang buat tafsiran sendiri, namun pendapat2 para ustaz2 dan ahli agama yg saya utamakan kerana disertakan hadis dan berpandukan Al-Qur’an. Kerana apabila ingin memperkatakan sesuatu eloklah disertakan dengan ilmu pengetahuan bukan? Bukannya main hentam je, soal hukum agama ni.

Artikel ini saya tulis untuk menyatakan pandangan saya, setelah mendengar khutbah2 ustaz2 dan melayari beberapa buah blog yg wajar saya coretkan untuk post kali ini. Mengulas soal kewajaran hukuman ini, kita bertanya, wajarkah hukuman ini dikenakan keatas Kartika, seorang perempuan? Yg ditangkap pada kali pertama? Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak wajar kerana hukuman sebat ini zalim, rakyat Malaysia ni berbelas kasihan semuanya, hukuman sebat ni melambangkan identiti yg tidak berperikemanusiaan, YEKE?

golongan2 ini memandang sedemikian terhadap isu ini kerana mereka fikir bahawa sebat yang akan dikenakan keatas Kartika adalah seperti hukuman sebat yg djalankan oleh mahkamah sivil keatas perogol2 contohnya, yang mana dengan sekali sebat sahaja boleh keluar semua isi kulit dan berdarah(saya pernah menonton amali hukuman sebat mahkamah sivil di televisyen). Namun cuba kita renungkan hadis2 dibawah;

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعينErtinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)

Cuba kita lihat hukuman Nabi keatas para peminum arak, tidaklah sekejam yg dibayangkan oleh sesetengah pihak, mereka disebat atau dipukul dengan menggunakan pelepah tamar dan kasut, bukannya disebat seperti yang djalankan oleh mahkamah sivil.
Disinilah kita perlu membezakan antara TO BE CANED atau TO BE WHIPPED. TO BE WHIPPED memberi gambaran menakutkan tentang seseorang yg disebat dengan rotan berbentuk cemeti yg sekali singgah di badan, boleh terkeluar daging, sekali bayang pun sudah seriau. TO BE CANED kedengaran lebih kepada untuk memberi pengajaran.

DISIPLIN SEBAT:
1.Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.
2.Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
3.Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
4.Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.5.Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Satu perkara yang penting perlu diingatkan, soal hukuman berkaitan kesalahan agama ni, bukan boleh dibuat mainan, kejap nak buat, kejap suruh tangguh, bukan apa, takut tangguh lama2, nanti tak jadi! Dah nama pun orang islam, maka tugas kita pun melaksanakan ajaran islam. Nanti apa kata orang bukan islam. Takut nanti mereka kata, orang islam ni mengaku islam, katanya berjihad dengan melaksanakan hukum2 Tuhan. Samalah seperti kita kata islam mewajibkan umatnya menutup aurat, tapi ada je yg tak tutup, mana pegangan ni? Lepas tu katanya nak memartabatkan islam di persada dunia, menaikkan martabat orang islam, dan sebagainya kata2 hebat orang islam, tapi memanglah betul kata orang, bercakap ni senang sebab hanya melibatkan suara dan peluh sahaja, kalau kering pun tekak je, nak buat tu yg menentukan sejauh mana seseorang beramal dgn kata2nya.

Apabila seorang wanita disebat kerana minum arak, ada yg bangkit menentang hukuman itu kerana dikatakan kejam, zalim, sebat tak sesuai djalankan di Malaysia, dan banyak lagi. Namun apabila ada kes2 kesalahan di mahkamah sivil contohnya rogol, no compromy! Sebat tu mesti! Mungkinkah kita akan merasa belas kasihan keatas perogol2 itu kerana dsebat? Tidak bukan, dah dia buat salah, maka terimalah hukumannya.Saya bukannya kata perogol tak payah dsebat, tapi kalau kita tahu rogol tu salah, dan kena sebat, begitulah juga kita perlu treat pesalah2 yg lain. rogol jenayah disisi agama, begitu juga minum arak. Bab minum arak ni bukan main2, SETITIS ARAK YG DIMINUM BOLEH MENYEBABKAN IBADAT SESEORANG TIDAK DITERIMA SELAMA 40 HARI!

الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Cuba kita nilai hukuman sebat di khalayak ramai keatas Kartika ini dari sudut untuk memberi pengajaran. Mari kita dengar satu kisah pada zaman Rasulullah (SAW):

Semasa zaman Rasulullah(SAW), ada seorang wanita yg telah melacurkan dirinya. Setelah beberapa tahun menjadi pelacur, wanita ini mendapat hidayah dan ingin bertaubat, maka wanita ini pergi berjumpa dengan Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah melacurkan diriku dan sekarang aku ingin bertaubat kepada Allah, maka aku mohon kamu menghukumku dgn hukuman yg sewajarnya”. Melihatkan keadaan pelacur itu yg sedang hamil, Rasulullah menyuruh pelacur itu melahirkan dahulu anak dlm kandungannya. Setelah beberapa ketika, wanita itu bersalin dan datang kpd Rasulullah dan berkata; “Ya Rasulullah, aku telah melahirkan anakku, maka segeralah kau menghukumku. Namun Rasulullah berkata; “kau peliharalah dahulu anak itu sehingga dia boleh makan dgn sendiri’. Setelah beberapa ketika, anaknya mampu makan dgn sendiri maka wanita itu berjumpa Rasullullah untuk menerima hukuman. Pada kali ketiga inilah baru Rasulullah menghukumnya. Hukuman bg pesalah zina adalah 100 kali sebatan. Dalam menjalani hukuman itu, wanita itu telah meninggal dunia. Rasulullah sendiri telah menyembahyangkan jenazah wanita terbabit. Lalu para sahabat hairan dan bertanya; “Ya Rasulullah, mengapa engkau sembahyangkan jenazah perempuan itu sedangkan dia adalah seorang pelacur? maka jawab Rasulullah; “sesungguhnya dia telah bertaubat dan taubatnya telah dterima oleh Allah, dan yg lebih penting lagi, hukuman yg dijalankan keatasnya dkhalayak ramai telah menginsafkan 70 orang munafik yg telah menyaksikan hukuman tersebut”

Ketika mengulas tentang hukuman keatasnya yg akan dijalankan dkhalayak ramai, Kartika ada menegaskan bahawa beliau bertekad untukmenjalani hukuman itu supaya org ramai memperoleh pengajaran daripada kisahnya, kita mendidik org ramai melalui pengajaran. Sesungguhnya inilah paksi sebenar hukuman dalam islam-untuk memberi pengajaran.

Dalam kisah pelacur tersebut, Rasulullah telah memberikan contoh bahawa memang kita perlu memberi belas kasihan walaupun terhadap pesalah, tetapi belas kasihan itu biarlah wajar dan bertempat. Rasulullah tdk terus terburu-buru menghukum wanita itu sebaliknya dsuruhnya melahirkan dahulu anak, membesarkan dahulu anaknya, barulah djalankan hukuman. Hakikatnya, hukuman tetap djalankan.

Harapnya hukuman keatas model ini dteruskan agar dapat memberi pengajaran kpd semua, bukan dalam erti kata menghukum untuk melepas geram atau “serve you right”, tapi untuk mendidik dan memberi pengajaran.

Sumber:

yusofembong.blogspot
ustaz zaharudin
sharifah izzati syed jamaluddin
mykhilafah.com

Monday, August 10, 2009

Ekonomi Bumiputera

Hari ini saya telah menghadiri satu sesi ceramah bersama seorang tokoh yang saya segani, Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri MITI, presiden ANSARA, dan merupakan bekas pelajar sekolah saya-MRSM Pengkalan Chepa. Ceramah ini dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Kimia. Memandangkan hari ini tiada kelas, maka saya berasa berminat untuk menghadirinya. Ceramah ini saya sifatkan sebagai sesuatu yg bermakna kerana sangat informative dan menyuntik kesedaran dan memberi pengetahuan tentang kedudukan ekonomi bumiputera yang semakin hebat dipersoalkan dari parlimen, sehingga kekedai kopi.

Berikut merupakan ringkasan drpd isi ceramah beliau. Ianya terbahagi kepada tiga-ekonomi antarabangsa, ekonomi negara, kemudian ekonomi bumiputera.

EKONOMI ANTARABANGSA

Ekonomi di peringkat antarabangsa dipegang oleh negara2 maju, contohnya-US dan Britain. System ekonomi yg dipegang oleh negara2 terbabit adalah system kapitalis yang berasaskan greed atau ketamakan. System tersebut dijalankan dengan memperkayakan yang sudah kaya dgn menindas yg miskin. Hasilnya, yang kaya menjadi bertambah kaya, manakala yg miskin menjadi semakin miskin. Contohnya subprime mortgage yg dijalankan dgn memberi hutang kepada peminjam yg mempunyai risiko tinggi untuk tidak mampu membayarbalik hutang (low credit ratings). Sebenarnya jika sesebuah bank ingin memberi hutang, maka piawaian peminjam harus diikuti, namun kerana ketamakan, mereka menindas yg miskin dgn cara memberi pinjam wang kpd mereka.Bagaimana ianya terjadi? Apabila seseorg peminjam berisiko tinggi untuk tdk membayar hutang, (event of defaulters), maka kadar bunganya juga tinggi. Maka yg kaya bertambah kaya melalui bayaran bunga yg tinggi atau dlm kata lain menindas yg miskin.

Namun cara tersebut hanya menguntungkan dalam jangka masa pendek. Kemelesetan ekonomi yg teruk yg berlaku dnegara2 berkenaan yg membawa kepada kemelesetan ekonomi dunia telah membuka mata para ahli ekonomi barat bahawa system perbankan islam wajar diberi pertimbangan. Dua bulan yg lalu, Pope Benedict, ketua agama Katolik telah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiba masanya untuk dunia memberi tempat kepada system perbankan Islam kerana ianya dsifatkan sbg values based (berasaskan nilai2 murni).

dunia telah mempunyai industri pemakanan halal, walaupun ianya kurang popular, namun angka keuntungannya melebihi jangkaan. Di Malaysia sahaja, industri pembuatan makanan halal menyumbang keuntungan sebanyak RM 9.6 TRILLION!. Angka ini dilihat sbg tak masuk akal, tetapi ia adalah satu fakta. Dan menurut fakta yg lebih terperinci, industri pembuatan makanan halal Malaysia banyak juga dimonopoli oleh orang bukan islam dan pembelinya juga (consumers) ramai dikalangan bukan islam.

EKONOMI NEGARA

Dalam membantu rakyat atau peniaga tempatan, negara memerlukan pertumbuhan ekonomi. Konsep ini dinamakan sebagai ‘kek ekonomi’, di negara barat dkenali sbg ‘economy pie’. Cuba bayangkan sebiji kek, berbentuk bulat, jika kita ingin ramai org boleh merasa kek tersebut, maka kek itu perlulah besar. Jika anda pada mulanya mempunyai sebiji kek yg kecil, kek itu memerlukan pertumbuhan agar boleh dibahagi-bahagikan, bahagian dsekeliling kek yg mengalami pertumbuhan itulah yg akan diagihkan kpd org ramai. Begitu juga dgn ekonomi, bayangkan kita mempunyai satu system ekonomi, semakin hari, para usahawan memerlukan bantuan untuk bersaing atau meneruskan perniagaan, jika ekonomi negara tidak bertumbuh atau sentiasa berada pada tahap yg sama, bagaimana kita ingin memenuhi keprluan ini? Maka ekonomi negara memerlukan pertumbuhan, dan bahagian ekonomi yg bertumbuh itulah dgunakan bagi memenuhi keperluan ini.


Disebabkan kita memerlukan pertumbuhan ekonomi, maka kita ada sedikit mengamalkan corak ekonomi liberalisasi (tetapi melalui adaptasi system kewangan islam) iaitu dengan menggalakkan penyertaan pelabur asing (FDI) dalam sector ekonomi kita. Malangnya kebelakangan ini, stesen televisyen contohnya Al-Jazeera memaparkan keadaan dlm negara yg tidak stabil dgn rusuhan dan demonstrasi sebagainya, merosakkan pandangan pelabur terhadap negara. Keadaan ini mungkin boleh memadamkan niat pelabur asing untuk melabur di negara kita ekoran ketidakstabilan dlm negara. Maka pertumbuhan ekonomi kita juga mungkin terbantut.

EKONOMI BUMIPUTERA

Tragedi 13 Mei 1969 terjadi kerana kaum Melayu tidak puas hati dengan kedudukan ekonomi mereka berbanding dgn kaum yg bukan bumiputera. Walaupun mereka merupakan bumiputera dan kaum majority, namun kedudukan ekonomi mereka jauh lebih ketinggalan berbanding kaum bukan bumiputera. Hal ini juga merupakan hasil dasar penjajah British yg pernah memerintah negara. Semasa pentadbiran British, jika seseorang itu (kaum melayu) seorang petani, maka anaknya perlu diajar menjadi petani yg lebih baik dari ayahnya. Tujuan British ialah untuk membiarkan org melayu terus mundur agar menyenangkan penjajahan mereka, sementara itu org2 cina pula mengusahakan lombong2 bijih timah.

Berikutan peristiwa tersebut maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Tujuan DEB diperkenalkan ialah untuk memajukan ekonomi bumiputera tanpa menjejaskan ekonomi kaum lain dan pada masa yg sama membantu ekonomi kaum lain. Namun walaupun hampir 30 tahun dilaksanakan, kadar KDNK bumiputera hanya meningkat pada peratusan yg amat sedikit, jika dibandingkan dgn kaum lain. Ujar Dato’ Mukhriz, beliau telah berbincang dgn perdana menteri, tujuan DEB adalah betul, namun mungkin cara pelaksanaannya perlu diubah memandangkan ekonomi bumiputera masih berada pada tahap yg kurang memuaskan. Ada sebahagian ahli politik yg mengatakan bahawa DEB hanya untuk org melayu. Hal ini tdk tepat kerana dalam prinsip DEB, hanya satu sahaja yg hanya menyebut tentangbumiputera, itupun adalah apa yg termaktub dlm perlembagaan.

Dalam menyentuh soal ekonomi bumiputera, beliau ada juga mengaitkan ekonomi dgn politik. Tiada bangsa dlm dunia ini yg selamanya maju dalam ekonomi, mundur dalam politik. Mereka yang maju dlm ekonomi turut maju dalam politik. Kemajuan ekonomi menjamin keberkekalan kemajuan politik, contohnya sudah ada-seperti yg berlaku di fiji dan papua new guinea.

Jika kita interpretasikan kedudukan ekonomi dan politik bumiputera dgn bukan bumiputera kedalam bentuk graf. Bagi graf kedudukan ekonomi, bermula sejak pelaksanaan DEB, ekonomi bumiputera meningkat, tetapi meningkat dlm kadar yg sedikit. Ekonomi bukan bumi juga meningkat, tapi meningkat dlm kadar yg banyak. Dalam bentuk graf- peningkatan sedikit versus peningkatan yg banyak, sudah tentu graf tersebut akan menunjukkan jurang yang tinggi antara ekonomi bumiputera dgn ekonomi bukan bumiputera.

Bagi graf kedudukan politik pula, ya, plihanraya pertama lagi, kaum bumiputera menguasainya kerana kaum bumiputera adalah majority, memang corak pilihanraya, yg majoriti akan menang, maka graf kedudukan politik bumiputera lebih tinggi drpd graf bukan bumiputera. Namun dalam beberapa tahun ini, selepas melalui proses pilihanraya, graf politik kaum bukan bumiputera meningkat dan menghampiri kedudukan politik bumiputera. Manakala walaupun graf kedudukan bumiputera masih berada pada peringkat tinggi, namun nampaknya semakin menurun sedikit demi sedikit. Mungkin satu hari nanti bukan bumiputera menyaingi bumiputera dlm politik. Bibit2nya sudah kelihatan sekarang.

Jika kita kaitkan antara kedua-dua graf tersebut, ianya jelas menunjukkan bahawa kemajuan ekonomi adalah directly proportional dgn kemajuan politik. Namun terdapat juga faktor lain yg menyumbang kearah kejatuhan politik bumiputera-seperti perpecahan dalam masyarakat bumiputera itu sendiri-melayu khususnya. Walaupun bumiputera adalah majority, jika berpecah belah, tidak mustahil undi minority yg akan menentukan kerajaan. Contohnya, bumiputera mewakili 60%, manakala bukan bumiputera adalah 40%. Jika bumiputera berpecah kpd 3 kumpulan, maka akan jadi 20% bagi setiap kumpulan bumiputera, dan minority itu kekal dlm satu kumpulan, maka minority itulah yg menang. Inilah yg dikatakan oleh Dato’ Mukhriz sbg majoriti yg bukan majoriti.

Dan bayangkan ekonomi sudah dikuasai org lain, jika dgn sikap kita spt skrg, maka kuasa politik juga akan jatuh ketangan org lain. Justeru, akhirnya, apa yg tinggal pd kita?

POST INI HANYA MENGANDUNGI ISI CERAMAH BELIAU, DLM POST YG SETERUSNYA, SAYA AKAN MENULIS TENTANG APA YG DITANYA DAN DIJAWAB DALAM SESI SOAL JAWAB YG HANGAT BERSAMA DATO' MUKHRIZ

Saturday, July 18, 2009

Some People Never Get Beyond Their Stupid Part

Saya kagum melihat anak-anak muda yang masih mampu menangkis cabaran dan permasaalahan yang melanda muda-mudi masa kini seperti budaya hidup yg bebas berlatarkan negara-negara barat, dari segi cara hidup, fesyen, budaya, sehinggalah ke fahaman hedonisme. kagum melihat golongan ini masih mampu menyarung pakaian-pakaian labuh serta menutup aurat dan sebagainya. sesungguhnya suasana ini masih memaparkan imej-imej keislaman. namun begitu, pada pendapat saya, kecintaan kepada agama, fanatik kita kepada agama mahupun sifat sbg seorang ekstremis agama tidak berguna jika tiada ilmu pengetahuan.

ilmu yang saya maksudkan bukanlah setakat ilmu akademik, tetapi pengetahuan kita berkenaan isu semasa yang membolehkan kita mengaitkan sesuatu isu itu dengan hukum agama dengan bijak dan betul. seperti yg berlaku baru-baru ini iaitu isu pemboikotan KFC, heboh satu Malaysia dicanang dengan kempen memboikot KFC atas alasan KFC ada kaitan dengan US. KFC memanglah ada kaitan dengan US, tapi itu cerita dulu, cerita yang sebenar dan terkini adalah tiada sebarang royalti yang dibayar kepada US kerana seluruh kepentingan KFC Malaysia telah dibeli sepenuhnya oleh Johor Corp. yg dimikiki oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, dan usaha yg dilakukan beliau merupakan satu usaha murni. dan bagi orang yg melaungkan ideologi memboikot KFC sudah tentulah individu2 Islamis Ekstremis tapi sayang tidak mengikuti perkembangan, membuat tuduhan melulu.

bukan isu KFC sahaja yang membuka mata saya bahawa wujudnya golongan seperti ini, banyak lagi peristiwa yang berlaku. cintakan agama, sikap tidak boleh duduk diam jika islam diperkotak-katikkkan, sikap menjaga kepentingan saudara sesama islam, serta mempunyai semangat islamik, merupakan sesuatu yang mulia dan murni, tetapi jika benarlah seseorang itu mempunyai ciri2 berikut, sudah tentulah mereka juga tahu bahawa islam juga melarang kita bertindak secara melulu, menuduh dan memboikot tak tentu hala, bukankah cara kita menyiasat dahulu, baru memutuskan sesuatu keadaan itu benar atau salah? jika kita punya semangat islamik, anti-israel dan US, tapi bertindak seperti orang yang tidak berpelajaran, alangkah malunya. bukankah keadaan seperti ini hanya mencerminkan kepada musuh2 bahawa kita ini, umat islam, semangat aja kuat, tapi tidak bijak? di samping mempunyai semangat cintakan islam, kita harus mendidik diri dengan budaya tidak bertindak melulu, menyiasat dahulu sesuatu keadaan kemudian baru memutuskan sama ada banar atau salah, barulah kita nampak bijak dan matang...

ini tidak, apabila ada sahaja suara2 yang datang entah dari mana yang mengatakan KFC menyumbang dana untuk US kepada Israel, kita turut sama melaungkan ideologi memboikot. cara yang paling popular digunakan ialah sms forward. trend yg selalu dgunakan dgn stail sms ini, setiap kali dihujung mesej pasti akan dtulis 'SEBARKAN JIKA ANDA BENAR2 MENYAYANGI ISLAM'. pada saya trend seperti ini seolah2 mengugut pengguna hp secara tidak langsung, dan sesetengah pengguna hp pula tanpa menyiasat terus menyebarkannya. patutlah tauke2 prepaid sekarang makin hari makin kaya, dalam seminggu, berapa mesej2 yg macam ni yg disebarkan.

saya pernah mendapat satu sms yg berbunyi: SEBUAH PERSATUAN MURTAD MALAYSIA TELAH DILULUSKAN, SILA KE LAMAN WEB ####### UNTUK MENYATAKAN BANTAHAN ANDA, JIKA CUKUP SERATUS RIBU BANTAHAN, MAKA PERSATUAN TERSEBUT AKAN DIBATALKAN, SILA SEBARKAN JIKA ANDA MENYAYANGI ISLAM"

pada hari tersebut, saya telah menerima bukan satu, tapi lebih kurang 4-5 mesej yang sama. isu ini bukan main2, tapi isu yang besar. saya telah membuka laman web yg dinyatakan dalam sms tersebut, dan benarlah apa yang disangka, semuanya tidak benar. moderator ada menjelaskan bahawa setakat ini, tiada mana2 persatuan murtad yg dluluskan dan tiada sebarang petisyen untuk bantahan, berita tersebut telah disebarkan oleh individu2 yg tidak bertanggungjawab. untuk makluman,laman web itulah selama ini yg memantau sebarang kegiatan murtad dan jika moderator mengatakan demikian, maka benarlah bahawa berita itu palsu. individu pertama yg mereka mesej tersebut memang betullah tidak bertanggungjawab, org2 seperti mereka2 inilah perosak2 negara sebenarnya. tapi masalahnya pula dengan mereka2 yg mendapat mesej berkenaan dan menyebarkannya tanpa sebarang unsur periksa? isu tukar agama sekarang adalah isu sensitif dnegara kita yg berbilang bangsa, apatah lagi setelah majlis peguam menganjurkan forum terbuka yg membincangkan isu2 ini, sehingga menggugat sesnsitiviti umat islam, sehingga forum itu ditamatkan lebih awal.

bayangkan jika sms itu dijadikan senjata oleh musuh2 untuk memecahbelahkan dan memporak-perandakan negara? bukankah kita yg susah? tetapi siapa yg memulakannya? siapa yg menyebarkannya? kita juga.... bayangkan jika hal tersebut benar2 berlaku, kita ingin salahkan siapa? KITA INGIN SALAHKAN INDIVIDU YG MEREKA SMS TERSEBUT ATAU KITA AKAN MEMPERSALAHKAN DIRI SENDIRI YG LEBIH SUKA MNYEBARKAN BERITA2 KONTROVERSI DARIPADA MENYIASATNYA TERLEBIH DAHULU?

individu yg mereka sms tersebut, memang sudah jelas tiada otak dan mungkin punya niat yg tidak baik, tapi takkanlah kita pun sedemikian rupa? individu2 tersebut boleh menghantar seribu sms yg sedemikian rupa, tapi jika kita bijak menilai, dan tidak menyebarkan sms itu secara membabi buta, tiada perkara buruk akan berlaku. kita akan kekal dgn kebijaksanaan kita dan org yg menghantarnya akan kekal dgn kebodohan mereka. internet ada, akhbar pun ada, buku pun ada, apa salahnya menyiasat dulu berita itu sebelum bertindak apa2....

tujuan saya menulis artikel ini adalah kerana satu peristiwa yg benar2 menyakitkan hati telah berlaku kepada saya sebentar tadi. saya dalam perjalanan menuju ke kolej setelah pulang dari KFC tengahari tadi. baru balik dari KFC, sudah tentulah saya menjinjing plastik2 yg berisi makanan dari KFC, lalu terserempaklah dengan dua org minah ni. dua2 pakai tudung, dan pakai t-shirt labuh ala2 muslimah sejati gitu.... tiba2 salah seorang daripada mereka merenung saya, ingatkan saya kenal dia sebab dia merenung saya lama. lepas tu apabila jarak kami dekat, dia memandang saya dan menggeleng kepala. saya dah pelik dah, apa kena minah ni? tiba2 dia dengan selambanya menuding karah plastik KFC saya dan mengatakan kepada kawannya: "eh, tengok tuh, KFC, KFC, Israel la...." , lebih kurang macam tula bunyinya.... lebih menyakitkan hati, kawan dia yg sama cetek fikiran dgn dia menambah " eh, KFC ni Israel, serang Iraq la", balas kawan dia yg sorang lagi. kalau diorang kata tanpa saya dengar, takpala... ni memang terang lagi bersuluh, diorang cakap kuat2 supaya saya dengar, memang tujuannya nak perli saya. saya pun terdetik dalam hati, sy pernah menghadiri satu ceramah berkaitan keganasan Israel dan kempen boikot Israel, ada dinyatakan bahawa KFC malaysia tiada kaitan dgn mereka... memang saya dah bengang masa tu, rasa macam nak karate je pompuan2 tu... muka, pakaian, bukan main lagi muslimah, tapi mulut, perangai, memang tak boleh blah.....

saya pun, sampai kat asrama, cubalah google pasal KFC malaysia dgn israel ni, info2 yg saya jumpa adalah spt berikut:
Tan Sri Muhammad Ali Hashim memberitahu BERNAMA, "Jihad bisnes seperti ini lebih membina dan menyatukan manusia apatah lagi KFC Holdings (Malaysia) Bhd mempunyai 22,000 pekerja tempatan yang sebahagian besarnya beragama Islam dengan gaji RM300 juta setahun""Adalah mustahak untuk kita kumpul keupayaan ekonomi kita dalam menyelesaikan masalah yang lain", katanya.Azli Shukri menulis :Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.http://waadat.blogspot.com. pula menulis:Beberapa hari lalu Demang menulis satu artikal dalam blog waadat ini bagi mengajak pembaca memulaukan (boikot) tiga produk iaitu KFC, Coca Cola, dan Caltex. Terdapat seorang pengunjung telah mempersoalkan mengenai status hak milik KFC Malaysia yang katanya sebenarnya tidak lagi mempunyai kaitan dengan US. Menurut beliau, KFC di Malaysia telah dimiliki sepenuhnya oleh JCORP dan tiada sebarang royalti perlu dibayar kepada KFC di US.BENARLAH. JCORP telah membeli keseluruhan kepentingan dalam KFC Malaysia dan kini mereka tidak perlu lagi membayar sebarang royalti kepada syarikat induknya.Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.Sekian, Terima kasih banyak-banyakAmir HamzahBatu Pahatwww.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
berkenaan hal dua orang budak perempuan yg sound sy tuh, mungkin benar apa yg orang kata- "Some People Never Get Beyond Their Stupid Part", macam dlm lagu paris hilton..... atau mungkin ada pelajar universiti ni yg hanya tahu bercakap dan menyerlahkan fanatisme tapi kurang pengetahuan..... entahlah....