"bercakap dalam bahasa inggeris, jadikan bahasa inggeris sebagai perbualan harian, sampai bermimpi pun dalam bahasa inggeris"
seseorang telah menyuarakan kenyataan diatas dan saya kurang bersetuju. melihat kepada latar belakang individu yg menyuarakannya, mungkin beliau cuma provoke sahaja, jadi lupakan pasal beliau yg menyuarakannya. namun tidak dapat dinafikan bahawa ideologi ini turut dipegang oleh sesetengah kelompok.
saya kurang bersetuju bukannya kerana saya menidakkan kepentingan bahasa inggeris, saya pun belajar bahasa inggeris, pulun habis-habisan untuk mendapatkan gred A1 dalam spm, saya juga menyokong kerajaan yg meletakkan gred untuk bahasa inggeris diantara gred subjek-subjek yg dinilai untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi, saya juga menyokonong pelaksanaan ppsmi.
menggunakan atau mengutamakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar atau bahasa utama dalam perbualan atau percakapan harian adalah berbeza dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai medium penguasaan ilmu pengetahuan.
saya bersetuju dengan ppsmi kerana penggunaan bahasa inggeris dalam subjek matematik dan sains memudahkan penguasaan ilmu pengetahuan. saya tidak bersetuju jika ppsmi bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar, tetapi saya bersetuju jika dikatakan bahawa ia memberi peluang yg lebih cerah untuk menguasai ilmu.
kenapa saya berkata demikian? jika untuk menguasai subjek bahasa malaysia, apa yg perlu dilakukan? tentulah memperkaya pengajaran komponen2 sastera, meningkatkan penguasaan tatabahasa, memperluaskan kosa kata dan segalanya berkaitan dgn subjek bahasa malaysia itu sendiri. bagaimana jika hendak menguasai bahasa inggeris? sudah tentu juga melaui pengayaan dalam subjek itu sendiri untuk pelajar-memperkaya komponen bahasa inggeris, memperkaya penguasaan grammar, mengadakan usaha memperluaskan vocabulary dlm kalangan pelajar.
jadi sebarang langkah yg dilakukan pengayaan, pembaharuan atau cara baru yg diperkenalkan keatas sesuatu subjek itu adalah untuk kemajuan subjek itu sendiri. inilah yg kurang jelas difahami. jadi penggunaan bahasa inggeris untuk pengajaran matematik dan sains adalah usaha untuk meningkatkan penguasaan pelajar keatas subjek tersebut. perkataan2 melayu yg diinggeriskan dalam kedua-dua subjek itu tiada kaitan dengan komponen yg boleh mengancam bahasa melayu. mengapa tun mahathir memperkenalkannya? beberapa kali sudah dijelaskannya bahawa kedua-dua subjek itu dikuasai orang putih, kertas kerja, laporan kajian, semuanya dikeluarkan dalam bahasa inggeris. dan kita memerlukan hasil kajian mereka untuk menaiktarafkan kualiti modal insan negara kita. kerana itulah diperkenalkan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris.
kita beralih kepada isu asal, ideologi yg diusulkn diatas. saya kurang bersetuju bukan bereerti sy menentang atau membelakangi bahasa inggeris, sekali lagi saya tegaskan, kita perlu menguasai bahasa inggeris sbg satu keperluan menempuh globalisasi dan dunia sekarang yg menjadikan bahasa inggeris sbg komunikasi. tetapi ideologi diatas digambarkan secara melampau...
dalam sesi ceramah bersama dr syed yusainee syed yahya yg bertajuk 'semangat patriotik, jatidiri dan sikap ketuanan melayu' pada baru2 ini, ada tiga cara untuk mengenali bangsa melayu. identiti seseorang perlakuan atau perbuatan yg menyebabkan dia dikenali. maka jika kita boleh mengenali bangsa melayu dengan tiga perkara ini, maka tiga perkara inilah yg dipanggil identiti bangsa. tiga perkara tersebut:
1. bertutur dalam Bahasa Melayu(bahasa melayu sbg bahasa utama)
2. beragama islam
3.mengamalkan adat resam orang melayu
merujuk kepada ideologi diatas, ia seolah-olah menyarankan agar menukarkan bahasa pertuturan utama daripada bahasa melayu kpd bahasa inggeris, bukankah itu bermakna kita telah hilang salah satu perkara yg menentukan identiti bangsa? bermakna identiti bangsa hilang sebanyak beberapa peratus.
menjadikan bahasa melayu sbg bahasa pertuturan utama bukan bermaksud mengharamkan penggunaan bahasa lain. ia bermaksud, bertuturlah dalam beberapa bahasa yg anda mahu tetapi yang UTAMA adalah bahasa melayu.
2 comments:
Saya setuju dengan pendapat miss bella. cuma saya ada satu persoalan.
kalau kita nak menguasai bahasa inggeis, kita perlulah memperkaya penguasaan grammar, vocabulary dan sebagainya.
bagaimana pula sekiranya seseorang itu hendak fasih berbahasa inggeris? bukankah caranya cuma dgn memperbanyak pertuturan dalam bahasa inggeris? jadi, adakah seseorang yg ingin fasih dalam bahasa asing terpaksa mengorbankan salah satu daripada identiti bangsanya?
PS: sy dh beberapa kali jumpa mat salleh di uni yg tak berapa pasti bagaimana nk eja perkataan2 yg common seperti 'collaboration'. is it 2 L's or one L? saya pasti at least 90% pelajar di uni msia boleh mengejanya dgn betul, tapi berapa ramai mahasiswa msia yg fasih berbahasa inggeris?
Kagum melihat anak muda yang masih lagi menyayangi bahasa kebangsaan, cuma saya masih tidak bersetuju akan perlaksanaan ppsmi..bukalah blog prof emeritus abdullah hassan dan teliti kenapa kami menentang perlaksanaan ppsmi..bukan sedikit para ilmuwan yang menentang perlaksaan ppsmi, bukan sedikit para akademik yang menentang ppsmi, kalau bukan kepada mereka, siapa lagi yang kita boleh harapkan?..Apa apapun, tahniah atas 'post' yang saudari berikan..
http://profabdullah1.wordpress.com/
Post a Comment