Friday, November 13, 2009
Memalukan
Insiden kekecohan, balingan mercun, cubaan membakar kerusi stadium nasional oleh penyokong kelantan semasa perlawanan Piala FA 2009, Kelantan Vs N9 memang memalukan, menyedihkan, dan membawa imej buruk kepada negeri kelantan dan pandangan keatas moral rakyat Kelantan khususunya.
Orang luar ada yg melabel rakyat kelantan sebagai ganas dan 'gedebeh'. Memang bagus dan membanggakan semangat sukan yg ditonjolkan penyokong kelantan, sehingga tumpuan media kebanyakannya tertumpu kepada gelagat penyokong kelantan beberapa hari sebelum perlawanan.
Tapi pada hari perlawanan, semangat itu ditonjolkan dlm bentuk negatif. sebelum perlawanan bermula lagi mereka sudah membuat kekecohan dgn merempuh pintu pagar stadium, tidak menghiraukan larangan polis dan anggota keselamatan yg bertugas. kalau polis bertindak tegas sikit, cakap polis buli org ramai, tapi mereka sebenarnya yg kurang ajar.
semasa perlawanan, dek kerana marah dgn prestasi pemain yg kurang memberangsangkan, mereka membaling mercun ketengah padang, sehingga ada yg tercedera, bakar kerusi stadium, sbg tanda marah. marahkan pemain kelantan, namun kerusi stadium yg merupakan harta kerajaan yg dibakar, kurang cerdik sungguh!
memang tak tahu nk cakap dah pasal tindakan agresif penyokong kelantan nih. masa perlawanan di stadium di kota bharu april lalu, mereka bertindak membakar bas, apabila polis menyembur gas pemedih mata sehingga ada org awam yg tercedera, polis jugak yg disalahkan! kalau tak sembur, entah apa lagi yg diorang akan bakar...
konklusinya, apabila terjadi insiden seperti ini, banyak pihak yg rugi dan susah. memang diorang ni menyusahkan org-harta kerajaan rosak, polis disalahkan, org awam cedera, harta awam jahanam,KAFA pun kena saman! apalah yg diorang fikir masa bertindak demikian?
tolonglah ikut peraturan dan jadi bertamadun sikit, org lain pun marah jugak dengan aksi hambar pemain kelantan hari tu, tapi takdala sampai bakar-membakar, semangat tu bagus, tapi tonjolkanlah dlm tindakan yg sepatutnya dan bijak serta berhemah.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam bell,sory saya baru dapat melawat blog awak,sebb mesej alamat blog awak yg awak hantar aritu saya xjumpa,too much messages in my hp,huhu,klu sony memang lembap gla nak cari mesej,papepun well blog,teruskan usaha menulis untuk menajamkan minda dan mengenali 'event' sebenar yg terjadi dlm dunia ini,selamat mengkaji :-)
saya jumpa blog awak..and i'm impressed u guys still...menulis untuk kepuasan intelek..sementara saya menulis untuk kepuasan jiwa hahahahhaha
all the best
to pemikirzaman: tq abg afif for your support, selamat menulis untuk abg afif jugak!
to faiz ck: kepuasan intelek untuk jadi lebih intlektual, hua3, kepuasan jiwa? abg faiz memang jiwangkan? ha2
Post a Comment