Sunday, October 12, 2008

Menang Sorak, Kampung Tergadai

Beberapa bulan yang lepas, negara heboh dengan kenyataan Tan Sri Khalid yang mahu membuka 10 % kuota kemasukan bukan bumiputera ke UiTM. Tindakan tersebut mengundang reaksi daripada pelbagai pihak, ada yang bersetuju, ada yang membantah sekeras kerasnya. Namun saya ingin nyatakan satu analogi, saya ingin membikin kuih bahulu kerana kebanyakan ahli keluarga gemarkan kuih bahulu, namun dalam proses menyediakan kuih itu, saya berubah fikiran dan membikin kuih bangkit. Objektif saya iaitu untuk memberi ahli keluarga merasa kuih bahulu yang menjadi kegemaran mereka tidak tercapai. Begitu juga dengan senario kuota UiTM tersebut. Bukan nilai kuota sama ada 10 %, 30 %, mahupun 50 % yang jadi persoalan. Persolannya ialah apakah tujuan sebenar UiTM ditubuhkan? Bukankah untuk anak Melayu? Memang enak jika kita hujahkan bahawa sudah tiba masanya kita bersaing dengan kaum lain, tapi adakah kita sudah cukup hebat? mungkin ada yang berpendapat kenyataan saya agak pesimis. Tetapi perlu kita ingat, sebelum kita berperang menentang musuh yang hebat, kita harus perhebatkan pasukan kita dulu. Masih ingat mengapa Tok Janggut kalah? kerana British menggunakan senjata moden seperti meriam, namun pasukan beliau hanya menggunakan keris dan tombak. apa yang terjadi kepada tok janggut? beliau dibunuh, mayatnya digantung songsang! dapat lihat kesan jika kita berlawan dalam keadaan sedemikian?

ada yang mengatakan bahawa kaum melayu banyak dbantu, sehingga menyusahkan kaum lain. ingin saya tegaskan disini, saya bukan seorang yang racist, tetapi ingat, orang lain tak akan miskin kerana kita kaya, orang lain tak akan kalah kerana kita menang, orang lain tak akan mati kerana kita boleh hidup. memang orang melayu banyak dibantu, tapi siapa yang benar-benar menang dari segi pencapaian ekonomi dan akademik? anda tahu jawapannya. jangan kita cuba menunjuk dengan bangsa lain bahawa kita boleh jadi hero mereka, namun kita buang bangsa sendiri. jangan anak dibiar kelaparan, kera dihutan disusui. kit siang cuba mewujudkan satu peluang ekonomi yang terbuka kepada semua kaum di pulau pinang, tapi terpaksa membatalkan hasrat kerana bercanggah dengan perlembagaan. jangan kita sekalii-kali lupa perkara 151 dan perkara 152. jangan jadi pak kaduk menang sorak, kampung tergadai.

Jangan Ada Hang Tuah Moden

Siapa Hang Tuah? Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melayu. Dalam budaya dan masyarakat kita, kita sering menggambarkan Hang Tuah sebagai seorang pahlawan terbilang, manakala Hang Jebat pula sebagai pengkhianat. Ya, Hang Tuah terkenal dengan keperkasaan dan kepahlawanannya. Sama ada kisah Hang Tuah ini merupakan satu kisah benar atau lagenda sahaja, kita tolak ketepi. Mari kita cuba analisa perwatakan dan kisah pahlawan ini. Niatnya bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi sebagai satu kesedaran yang diharapkan boleh menyedarkan kita. Seperti Tun Dr Mahathir yang mengarang sajak Melayu Mudah Lupa, mari kita sama-sama renungi lagi apa yang perlu direnungkan.

Hang Tuah: digambarkan sebagai seorang yang sangat taat kepada raja. Apa-apa sahaja
tindakan raja sama ada betul atau tidak, rasionalnya diabaikan, asalkan
menjadi laksamana kesayangan raja, dan tetap taat secara membabi buta.

moden :patuh kepada apa-apa arahan majikan. Sama ada betul atau tidak, rasuah atau tidak,
tolak ketepi, yang penting sedia mengampu dan jadi kesayangan majikan

Hang Tuah: sanggup menyerahkan cinta hatinya, Tun Teja kepada raja asalkan terus taat

moden : beberapa bulan lepas baru sahaja baca akhbar ada yang ditangkap atas
kesalahan rasuah kerana merasuah dengan habuan seks.

Hang Tuah: bertarung dengan rakan sendiri, Hang Jebat, dan membunuhnya.

moden : tunjuk lagak sesama sendiri, bergaduh sesama sendiri, berbunuhan sesama sendiri

Hang Tuah: apabila portugis datang, Hang Tuah terus lesap, entah kemana, kemana Hang Tuah?

moden : tiba masa untuk bersaing dengan orang yang bukan sekelompok, kita mudah
dan tidak berani/berupaya. Hanya berani tunjuk lagak sesama sendiri.

Hang Jebat pula sanggup menuntut bela dan melawan raja yang mempunyai kuasa mutlak demi menuntut bela untuk sahabatnya yang disangka telah dibunuh raja. Prinsipnya? Raja adil raja diembah, raja zalim raja disanggah. Mahu jadi Hang Tuah moden?

Thursday, October 02, 2008

Erti Syawal Disana

Disana apakah ertinya syawal,
Tangisan dan rintihan tiada henti...

terdengar bait lagu siti nurhaliza ini pada akhir ramadhan cukup memilukan. Dirumah saya sendiri, mama sibuk mengemas rumah, memasang langsir, saya pula sibuk didapur, menyediakan kuih-kuih raya (tak tahu kenapa tapi tahun ni macam rajin je bikin kuih raya), adik-adik sibuk membersihkan rumah, kawan-kawan telefon jemput ke rumah terbuka, tetapi tak dapat pergi, sebab kena jadi pelayan kat rumah.

Terdengar sahaja dua baris lagu tersebut, fikiran saya terus melayang kepada nasib rakan-rakan seagama yang bakal menyambut syawal di Afghanistan, Iraq, Lubnan, dan negara-negara yang senasib dengannya.

Apa erti syawal disana? bagaimana persiapan syawal disana? saya terfikir, adakah mereka juga sedang sibuk membuat persiapan seperti kita disini? bagaimana pula dengan pagi syawal mereka? apakah mereka punya baju-baju baru untuk dipakai? Saya suka suasana selepas solat raya, dapat tengok orang ramai pakai baju-baju baru yang meriah dan bersalam-salaman... namun adakah keadaan saudara-saudara kita disana seperti disini? atau pagi syawal disambut dengan tanpa orang tersayang yang telah menjadi mangsa bom, atau telah dibedil tentera musuh?

cuba kita letakkan diri kita dalam keadaan mereka. ya, jika dilihat dari jauh, kita mampu bersimpati dan mengucapkan takziah, tetapi apa yang dirasai jika benar-benar kita berada dalam keadaan tersebut? keadaan sedemikian amat menyedihkan. tiada gelak tawa kanak-kanak yang berbondong datang kerumah untuk beraya, tiada rumah-rumah terbuka, tiada juadah istimewa pun yang boleh disediakan...

daripada keadaan saudara-saudara kita disana, banyak pengajaran yang boleh diambil. Saya mula menyedari, kemanan itu perlu dipandang dari sudut yang sejagat. mengapa rakan-rakan disana menyambut syawal berbeza dengan sambutan disini? kerana mereka tiada kemanan tetapi kita ada. mengapa mereka tidak mampu membeli pakaian dan menyediakan juadah istimewa, sedangkan kita mampu? kerana ekonomi mereka parah, tetapi ekonomi kita masih baik. mengapa ekonomi mereka jadi begitu? kerana negara mereka tidak punya kemanan.

mari kita sama-sama bayangkan, jika satu hari nanti, kemanan negara tidak dapat dipertahankan, atau politik negara bergolak, ada kuasa lain yang ingin campur tangan (seperti yang terjadi diIraq), mungkin kita bakal menjadi senasib seperti mereka.

apa yang perlu dilakukan? jadikan peristiwa yang menimpa mereka sebagai iktibar. sebagai warganegara Malaysia, kita tahu apa yang perlu dibuat. mahukah kita jadi senasib dengan mereka? TIDAK. tapi, semua itu mungkin terjadi bukan?

p/s: nak beri kesedaran kepada rakan-rakan bahawa keamanan hari ni tak kekal, mana tau satu hari nanti, dah tak leh main PS 2 atau PS BOX atau buka frenster or myspace lagi, takut nanti kena jadi tentera kerahan. dengar kata dah ada yang cuba risik-risik dengan kuasa lain.... jangan dicuba!

DEB

Selepas PRU-12, Dato Seri Anwar Ibrahim dan partinya, PKR sibuk mencanangkan tentang pemansuhan Dasar Ekonomi Baru(DEB). Beliau turut mencadangkan agenda ekonomi sendiri iaitu Agenda Pembangunan Ekonomi. Kebetulan dalam membuat persiapan untuk trial SPM baru-baru ini, bab kedua terakhir sejarah tingkatan lima yang ada membincangkan tentang DEB diberikan perhatian kerana ianya merupakan soalan spot yang entah dari siapa. Namun persoalannya, wajarkah DEB dimansuhkan?

Selepas merdeka, negara giat melakukan aktiviti pembangunan ekonomi yang merangkumi Rancangan Malaya dan Rancangan Malaysia. Kalau tidak silap saya, DEB merupakan salah satu agenda di bawah Rancangan Pembangunan 50 Tahun dan dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua, yang juga merupakan rancangan pertama untuk rancangan pembangunan ekonomi tahap kedua. Mengapa perlu ada tahap kedua? kerana rancangan pembangunan ekonomi tahap pertama yang merangkumi; Rancangan Malaya Pertama & Kedua serta Rancangan Malaysia pertama telah gagal. Mengapa gagal? Kerana perbezaan jurang ekonomi antara kaum yang telah mencetuskan sentimen perkauman yang hebat sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.

Berbalik kepada DEB, matlamatnya adalah untuk:

1.mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

2.mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Tahap kemiskinan yang paling tinggi adalah dalam kalangan orang Melayu pada masa tersebut. Terbukti DEB telah berjaya menaikkan kadar KDNK dalam negara, namun kadar kenaikan KDNK orang Melayu walaupun meningkat tetapi lebih rendah daripada sasaran yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kadar KDNK kaum lain telah meningkat melepasi tahap sasaran.

Jika bercakap dari konteks kemajuan ekonomi orang Melayu, DEB masih relevan. Cuba kita lihat, orang Melayu sebagai masyarakat bumiputera tidak dapat melepasi sasaran walaupun dalam keadaan diberi bantuan, bagaimana pula nasib ekonomi orang Melayu tanpa DEB? Tindakan memansuhkan DEB boleh membunuh ekonomi orang Melayu. Bukan saya merendah-rendahkan ekonomi kaum saya, tetapi itu adalah hakikatnya, dan sampai sekarang, keadaan itu masih tidak berubah. Mengikut analisis, jika kita campurkan aset 3 orang orang Melayu yang terkaya dalam Malaysia, campuran aset tersebut masih tidak mampu menandingi aset yang dimiliki oleh Tan Sri Robert Kwok, yang mendahului senarai orang terkaya di Malaysia.

Jika dikatakan DEB merupakan punca kronisme dan rasuah, mengapa kita tidak cuba bersihkan organisasi serta pelaksanaannya? mengapa ia pula yang perlu dimansuhkan? analoginya jika kita punya sebuah rumah, rumah itu kotor dan bersepah, apa penyelesaiannya? bukankah kita perlu bersihkan rumah itu. relevankah kita robohkan atau bakarkan rumah itu kerana ianya kotor? satu analogi untuk Dato Anwar, jika dalam PKR, terdapat pembelotan dan pengkhianatan, apa yang akan dilakukan? membubarkan parti atau menyiasat parti dan ahli parti? tepuk dada, tanya selera...

Memang persaingan dari segi ekonomi merupakan perkara baik. Tapi apabila DEB dimansuhkan, kemungkinan orang Melayu yang merupakan bumiputera akan jauh lebih ketinggalan ekonominya. Apa yang mungkin berlaku jika ekonomi penduduk majoriti sesebuah negara gagal menyaingi ekonomi kaum lain? Bukankah peristiwa 13 Mei berpunca daripada masalah ini: iaitu perbezaan jurang ekonomi? Apa kita mahu peristiwa itu berulang? TIDAK.