Sunday, October 12, 2008

Jangan Ada Hang Tuah Moden

Siapa Hang Tuah? Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melayu. Dalam budaya dan masyarakat kita, kita sering menggambarkan Hang Tuah sebagai seorang pahlawan terbilang, manakala Hang Jebat pula sebagai pengkhianat. Ya, Hang Tuah terkenal dengan keperkasaan dan kepahlawanannya. Sama ada kisah Hang Tuah ini merupakan satu kisah benar atau lagenda sahaja, kita tolak ketepi. Mari kita cuba analisa perwatakan dan kisah pahlawan ini. Niatnya bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi sebagai satu kesedaran yang diharapkan boleh menyedarkan kita. Seperti Tun Dr Mahathir yang mengarang sajak Melayu Mudah Lupa, mari kita sama-sama renungi lagi apa yang perlu direnungkan.

Hang Tuah: digambarkan sebagai seorang yang sangat taat kepada raja. Apa-apa sahaja
tindakan raja sama ada betul atau tidak, rasionalnya diabaikan, asalkan
menjadi laksamana kesayangan raja, dan tetap taat secara membabi buta.

moden :patuh kepada apa-apa arahan majikan. Sama ada betul atau tidak, rasuah atau tidak,
tolak ketepi, yang penting sedia mengampu dan jadi kesayangan majikan

Hang Tuah: sanggup menyerahkan cinta hatinya, Tun Teja kepada raja asalkan terus taat

moden : beberapa bulan lepas baru sahaja baca akhbar ada yang ditangkap atas
kesalahan rasuah kerana merasuah dengan habuan seks.

Hang Tuah: bertarung dengan rakan sendiri, Hang Jebat, dan membunuhnya.

moden : tunjuk lagak sesama sendiri, bergaduh sesama sendiri, berbunuhan sesama sendiri

Hang Tuah: apabila portugis datang, Hang Tuah terus lesap, entah kemana, kemana Hang Tuah?

moden : tiba masa untuk bersaing dengan orang yang bukan sekelompok, kita mudah
dan tidak berani/berupaya. Hanya berani tunjuk lagak sesama sendiri.

Hang Jebat pula sanggup menuntut bela dan melawan raja yang mempunyai kuasa mutlak demi menuntut bela untuk sahabatnya yang disangka telah dibunuh raja. Prinsipnya? Raja adil raja diembah, raja zalim raja disanggah. Mahu jadi Hang Tuah moden?

No comments: