Thursday, October 02, 2008

DEB

Selepas PRU-12, Dato Seri Anwar Ibrahim dan partinya, PKR sibuk mencanangkan tentang pemansuhan Dasar Ekonomi Baru(DEB). Beliau turut mencadangkan agenda ekonomi sendiri iaitu Agenda Pembangunan Ekonomi. Kebetulan dalam membuat persiapan untuk trial SPM baru-baru ini, bab kedua terakhir sejarah tingkatan lima yang ada membincangkan tentang DEB diberikan perhatian kerana ianya merupakan soalan spot yang entah dari siapa. Namun persoalannya, wajarkah DEB dimansuhkan?

Selepas merdeka, negara giat melakukan aktiviti pembangunan ekonomi yang merangkumi Rancangan Malaya dan Rancangan Malaysia. Kalau tidak silap saya, DEB merupakan salah satu agenda di bawah Rancangan Pembangunan 50 Tahun dan dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua, yang juga merupakan rancangan pertama untuk rancangan pembangunan ekonomi tahap kedua. Mengapa perlu ada tahap kedua? kerana rancangan pembangunan ekonomi tahap pertama yang merangkumi; Rancangan Malaya Pertama & Kedua serta Rancangan Malaysia pertama telah gagal. Mengapa gagal? Kerana perbezaan jurang ekonomi antara kaum yang telah mencetuskan sentimen perkauman yang hebat sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei.

Berbalik kepada DEB, matlamatnya adalah untuk:

1.mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

2.mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Tahap kemiskinan yang paling tinggi adalah dalam kalangan orang Melayu pada masa tersebut. Terbukti DEB telah berjaya menaikkan kadar KDNK dalam negara, namun kadar kenaikan KDNK orang Melayu walaupun meningkat tetapi lebih rendah daripada sasaran yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kadar KDNK kaum lain telah meningkat melepasi tahap sasaran.

Jika bercakap dari konteks kemajuan ekonomi orang Melayu, DEB masih relevan. Cuba kita lihat, orang Melayu sebagai masyarakat bumiputera tidak dapat melepasi sasaran walaupun dalam keadaan diberi bantuan, bagaimana pula nasib ekonomi orang Melayu tanpa DEB? Tindakan memansuhkan DEB boleh membunuh ekonomi orang Melayu. Bukan saya merendah-rendahkan ekonomi kaum saya, tetapi itu adalah hakikatnya, dan sampai sekarang, keadaan itu masih tidak berubah. Mengikut analisis, jika kita campurkan aset 3 orang orang Melayu yang terkaya dalam Malaysia, campuran aset tersebut masih tidak mampu menandingi aset yang dimiliki oleh Tan Sri Robert Kwok, yang mendahului senarai orang terkaya di Malaysia.

Jika dikatakan DEB merupakan punca kronisme dan rasuah, mengapa kita tidak cuba bersihkan organisasi serta pelaksanaannya? mengapa ia pula yang perlu dimansuhkan? analoginya jika kita punya sebuah rumah, rumah itu kotor dan bersepah, apa penyelesaiannya? bukankah kita perlu bersihkan rumah itu. relevankah kita robohkan atau bakarkan rumah itu kerana ianya kotor? satu analogi untuk Dato Anwar, jika dalam PKR, terdapat pembelotan dan pengkhianatan, apa yang akan dilakukan? membubarkan parti atau menyiasat parti dan ahli parti? tepuk dada, tanya selera...

Memang persaingan dari segi ekonomi merupakan perkara baik. Tapi apabila DEB dimansuhkan, kemungkinan orang Melayu yang merupakan bumiputera akan jauh lebih ketinggalan ekonominya. Apa yang mungkin berlaku jika ekonomi penduduk majoriti sesebuah negara gagal menyaingi ekonomi kaum lain? Bukankah peristiwa 13 Mei berpunca daripada masalah ini: iaitu perbezaan jurang ekonomi? Apa kita mahu peristiwa itu berulang? TIDAK.

No comments: