Disana apakah ertinya syawal,
Tangisan dan rintihan tiada henti...
terdengar bait lagu siti nurhaliza ini pada akhir ramadhan cukup memilukan. Dirumah saya sendiri, mama sibuk mengemas rumah, memasang langsir, saya pula sibuk didapur, menyediakan kuih-kuih raya (tak tahu kenapa tapi tahun ni macam rajin je bikin kuih raya), adik-adik sibuk membersihkan rumah, kawan-kawan telefon jemput ke rumah terbuka, tetapi tak dapat pergi, sebab kena jadi pelayan kat rumah.
Terdengar sahaja dua baris lagu tersebut, fikiran saya terus melayang kepada nasib rakan-rakan seagama yang bakal menyambut syawal di Afghanistan, Iraq, Lubnan, dan negara-negara yang senasib dengannya.
Apa erti syawal disana? bagaimana persiapan syawal disana? saya terfikir, adakah mereka juga sedang sibuk membuat persiapan seperti kita disini? bagaimana pula dengan pagi syawal mereka? apakah mereka punya baju-baju baru untuk dipakai? Saya suka suasana selepas solat raya, dapat tengok orang ramai pakai baju-baju baru yang meriah dan bersalam-salaman... namun adakah keadaan saudara-saudara kita disana seperti disini? atau pagi syawal disambut dengan tanpa orang tersayang yang telah menjadi mangsa bom, atau telah dibedil tentera musuh?
cuba kita letakkan diri kita dalam keadaan mereka. ya, jika dilihat dari jauh, kita mampu bersimpati dan mengucapkan takziah, tetapi apa yang dirasai jika benar-benar kita berada dalam keadaan tersebut? keadaan sedemikian amat menyedihkan. tiada gelak tawa kanak-kanak yang berbondong datang kerumah untuk beraya, tiada rumah-rumah terbuka, tiada juadah istimewa pun yang boleh disediakan...
daripada keadaan saudara-saudara kita disana, banyak pengajaran yang boleh diambil. Saya mula menyedari, kemanan itu perlu dipandang dari sudut yang sejagat. mengapa rakan-rakan disana menyambut syawal berbeza dengan sambutan disini? kerana mereka tiada kemanan tetapi kita ada. mengapa mereka tidak mampu membeli pakaian dan menyediakan juadah istimewa, sedangkan kita mampu? kerana ekonomi mereka parah, tetapi ekonomi kita masih baik. mengapa ekonomi mereka jadi begitu? kerana negara mereka tidak punya kemanan.
mari kita sama-sama bayangkan, jika satu hari nanti, kemanan negara tidak dapat dipertahankan, atau politik negara bergolak, ada kuasa lain yang ingin campur tangan (seperti yang terjadi diIraq), mungkin kita bakal menjadi senasib seperti mereka.
apa yang perlu dilakukan? jadikan peristiwa yang menimpa mereka sebagai iktibar. sebagai warganegara Malaysia, kita tahu apa yang perlu dibuat. mahukah kita jadi senasib dengan mereka? TIDAK. tapi, semua itu mungkin terjadi bukan?
p/s: nak beri kesedaran kepada rakan-rakan bahawa keamanan hari ni tak kekal, mana tau satu hari nanti, dah tak leh main PS 2 atau PS BOX atau buka frenster or myspace lagi, takut nanti kena jadi tentera kerahan. dengar kata dah ada yang cuba risik-risik dengan kuasa lain.... jangan dicuba!
No comments:
Post a Comment