entah kenapa tiba-tiba saja teringat akan peibahasa ini, lalu otak pun berputar ligat memikirkan rasional, melakukan analisis terhadap peribahasa tersebut, makin dalam difikir, makin banyak soalan yang timbul, halnya, cuma peribahasa tersebut sahaja. walaupun tingkah saya yang memikirkan tentang peribahasa ini mungkin dilihat sesetengah orang sebagai buang masa, namun dah memang tabiat macam ni... inilah serba sedikit yang boleh dikongsi tatkala memikirkannya, nak buat cam mana, takder kerja...
Biar mati anak jangan mati adat? tapi kalau anak mati, macam mana nak teruskan adat? adat merupakan objek yang akan diwarisi, anak pula kita ibaratkan sebagai generasi yang melakukan tugas pewarisan adat, yakni orang yang paskan adat itu dari satu generasi kegenerasi seterusnya. analoginya saya ingin membawa barang kepasar, kenderaan yang saya gunakan untuk menghantar barang ialan van, tapi kalau van itu rosak, tercapai ke matlamat saya untuk membawa barang kepasar? akibatnya pula, barang tersebut tidak sampai kepasar... saya rasa peribahasa ini terlebih sifat hiperbola... yelah... memaparkan sifat fanatik yang teramat sangat dan obses dengan adat, macam saya kata tadi, kalau anak mati, adat pun tidak dapat diwarisi, akhirnya terkubur bersama kematian anak, peribahasa ini juga menggambarkan sikap gopoh dan gelojoh, kerana ingin sangat berpegang dengan adat, terus mengambil keputusan untuk membiarkan anak mati, sebagai akibatnya, nyawa anak pun hilang, adat pun melayang... ya, saya disini bukan memperkotak-katikkan tentang relevan atau tidak kita berpegang dengan adat, dah adat tu warisan turun-temurun, memanglah kena pegang warisan nenek moyang, tapi saya punya masalah dengan peribahasa ini, keterlaluan simboliknya untuk menggambarkan kepentingan adat, sehingga mengabaikan apa yang penting...
cuba fikir, ada seorang jejaka, nak buat majlis persandingan, tapi tak nak buat upacara menepung tawar, sebagai balasan kerana tak nak buat adat itu, dia kena mati? jauh perginyakan? langsung tak rasional...
p/s: walaupun fikir-fikir kosong, tapi tetap rasional dan relevankan?
No comments:
Post a Comment