KEHILANGAN NAMA
Allahyarham Dato’ Usman Awang
Kerana kau seorang yang tak bernama
Kau akan ditangkap
Jika politikmu lain dari yang ditentu;
Kerana kau seorang yang tak bernama
Pondokmu akan dirobohkan
Jika kau tak mengisi borang permintaan;
Kerana kau seorang yg tak bernamaT
anah yg baru diteroka akan diambil
Jika kau tak punya surat T.O.L.;
Kerana kau seorang yang tak bernama
Bahasamu harus dikorbankan
Jika tidak kau dituduh perkauman.
Siapa saja selain dari nama tak bernama
Boleh berontak boleh berteriak selantang suara
Dia akan dipujuk diusapi hati marahnya
Jika dia ada di sebuah pulau
Pulau itu akan dianugerahkan padanya;
Jika dia ada di dalam negeri
Marilah tinggal di Residency.
Jika dia ada di wilayah timur
Para pemimpin akan mengunjunginya
Membujuk dan menjanjikan tiap permintaan.
Apabila kau seorang tak bernama
Jangan kau tanyakan ladang-ladang itu siapa punya
Jangan kau tanyakan kemerdekaan dan pangkalan tentera
Jangan kau tanyakan lombong-lombong itu milik siapa
Jangan kau gusar pada bangunan-bangunan besar
Jangan kamu sebutkan nama-nama sekolah yang makmur
Dan bertanyakan apa bahasa pengantar;
Dengan pertanyaan itu kau dimurkai
Seorang perkauman yang dibenci
Oleh juara bangsamu sendiri.
Seorang yang namanya tak bernama
Tinggallah di pondok buruk itu
Jika pondok itu pusaka halal dari moyangmu;
Tanamlah padi di sawah kecil terpencil
Jika sawah itu warisan sah dari ayahmu;
Berdirilah di tangga bangunan dengan songkok dan samping
Jika kau beroleh jawatan budak suruhan;
Menorehlah di ladang-ladang besar
Bekerjalah di lombong-lombong saudagar
Jika kau mendapat kartu seorang buruh;
Hantarlah anak-anakmu ke sekolah berdekatan
Yang kita megahkan dengan nama ‘kebangsaan’
Demikianlah kau telah kehilangan nama
Yang telah dikebumikan dalam seribu ucapan.
im totally mesmerized...
No comments:
Post a Comment