Tuesday, December 23, 2008

Masalah Kita

seriously, masa saya kecik-kecik lagi (dalam umur7-8 tahun kot), saya ingat sekolah yang ada tag 'sekolah kebangsaan' adalah sekolah untuk orang melayu. mana taknya, saya bersekolah disekolah kebangsaan, di sebelah sekolah saya ada dua buah sekolah kebangsaan lagi yang berjiran, tak pernah pulak jumpa murid cina atau murid india. setelah belajar subjek sejarah, barulah saya tahu bahawa sekolah kebangsaan adalah sekolah yg menerima murid dari semua bangsa, rujuk kepada istilah 'kebangsaan'

dasar pendidikan kebangsaan kita bermula selepas pengenalan sistem ahli. pelbagai laporan dikeluarkan oleh pelbagai pihak sehinggalah terciptanya Penyata Razak yang seterusnya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. antara kandungannya adalah seperti berikut:

1.Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
2.Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
3.Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
4.Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

pada waktu tersebut, segala rancangan yg dibincangkan oleh para pemimpin negara (yg terdiri drpd wakil org melayu, org cina, org india, dan wakil-wakil yg mewakili kaum-kaum lain di Tanah Melayu) baik dari segi pelaksanaan rancangan ekonomi, dasar kebudayaan, sukan, dan dasar pendidikan, semuanya menitikberatkan elemen perapaduan dan sifat kebangsaan. hal ini kerana dalam keadaan negara yang baru sahaja mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin pada masa itu berusaha untuk menyemai nilai perpaduan dalam kalangan penduduk, terutamanya antara kaum melayu, cina, dan india. antara peristiwa penting yg berlaku ialah tolak ansur orang melayu untuk memberi kerakyatan kepada imigran cina dan imigran india pada waktu itu, dan sebagai tukarannya, orang cina dan orang india bersetuju dengan hak keistimewaan orang melayu sbg penduduk asal yg tidak boleh diusik.
...............................................................................................................

saya mendapat tahu tentang idea pemansuhan sistem persekolahan vernakular semasa melawat laman web datuk mukhriz(he is also my super senior at mrsm pengkalan chepa), iaitu mukhriz.com.

jika kita lihat, memang elemen perpaduan dan kebangsaan merupakan sesuatu yang perlu diperjuangkan oleh pemimpin dari mana-mana dimensi yang memerintah negara malaysia. kita lihat susur galur sejarah malaysia, bermula sejak awal memperoleh kemerdekaan, para pemimpin sibuk memikirkan cara untuk menyatupadukan penduduk tanah melayu(seperti yg tertulis di bhgn atas), disusuli dgn peristiwa 13 mei. peristiwa ini berpunca dari mana? masalah perpaduan juga, kemudian susulan selepas 13 mei, kerajaan memperkenalkan rancangan pembangunan lima tahun tahap kedua dan seterusnya..... sehingga kehari ini, rasanya, setiap hari kita diberitahu pemimpin tentang pentingnya perpaduan, kita harus bersatu padu, perpaduan teras kejayaan... dan banyak lagi. perpaduan negara kita sinonim kepada perpaduan antara kaum.

pemansuhan sistem persekolahan vernakular, dan menggunakan sistem sekolah kebangsaan sepenuhnya merupakan salah satu langkah kearah memupuk perpaduan. dalam satu rencana, saya pernah terbaca kenyataan seorang negarawan yang berbunyi "ibu bapa kaum lain selain melayu yang mendapat pendidikan disekolah kebangsaan, tidak suka menghantar anak mereka kesekolah kebangsaan". mengapa? kerana adanya sistem persekolahan vernakular yg mereka menggunakan bahasa mereka sbg perantaraan dan komunikasi dsekolah, dan dgn muridnya daripada satu kaum sahaja. tidakkah kita melihat situasi ini sebagai senario yang akan menjarakkan lagi jurang antara kaum, kontra dgn perjuangan warisan negara, iaitu perjuangan merealisasikan perpaduan?
lagipun jika hanya dgn satu kaum sahaja yg mendaftar dsekolah kebangsaan, tidak usahlah kita megahkan sekolah-sekolah tersebut dgn nama 'kebangsaan'.

tamatnya PRU-12 menyaksikan tsunami melanda negara dari aspek perkauman. jika dulu hanya terdengar desas-desus sahaja, kini semua sudah berani mengetuk gendang perkauman, ditarikan oleh pengikut-pengikut, mempersoalkan hak istimewa yg dahulunya ditukar dgn kerakyatan, demonstrasi jalanan, berbasikal, cuma demonstrasi udara yang masih belum ada. konsep perjuangan umno yg menggunakan perjuangan pelbagai kaum dbawah satu parti dicabar hebat dgn pnubuhan pakatan rakyat.

daripada asyik berlumba membina blog-blog yg berbaur perkauman, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, percanggahan pendapat tentang pelaksanaan hukum hudud dan qisas, saling memburukkan untuk memenangi pilihanraya kecil dterengganu, berdemonstarasi, idealisme bebas penindasan, dan byk lagi, saya hairan, mereka tidak nampak atau buat2 tak nampak dengan masalah perkauman yg makin runcing. mengapa hanya sekerat sahaja yg keluar dgn memperkenalkan idea2 yang ingin menyuburkan semula perpaduan?

tapi disini bukannya saya ingin berpolitik atau menganalisis suasana politik negara, memberitahu apa yg mereka perlu buat, atau patut atau tidak patut pemimpin sesetengah parti bertindak begitu dan begini, usia masih setahun jagung, tidak berani untuk mengajar atau melawan tokoh-tokoh politk yg dsegani drpd mana2 parti. tetapi dari kaca mata seorang pelajar, atau generasi muda, apa yg saya tahu ialah semua itu bakal mengundang barah perpecahan kaum, dan perpecahan kaum akan merosakkan keamanan negara. itu yg saya pelajari melalui subjek sejarah silibus tingkatan 5. nak atau tidak, mereka perlu terima rakyat malaysia adalah berbilang bangsa, dgn melayu, cina, dan india sbg kaum utama. tidak ada satu pun yang boleh diusir atau mengusir, menidakkan atau ditidakkan oleh kaum lain.

p/s: i am not a political analysist wannabe, but as a citizen, this is all i can think to perpetuating our stability and peace.

5 comments:

Pena Biru said...

pendapat saya, kunci untuk perpaduan ialah toleransi. toleransi hanya akan dapat diwujudkan sekiranya setiap kaum bersedia untuk 'menerima dan memberi'.

setiap kaum harus menerima perbezaan yang wujud antara mereka dan bersedia untuk memberi atau berkorban.

sesuatu kaum itu tidak akan bersedia untuk memberi atau berkorban sekiranya mereka tidak bersungguh2 untuk mencapai perpaduan.

sekiranya seseorang itu faham makna perpaduan, tahu betapa pentingnya perpaduan dan bersungguh2 mahukan perpaduan, mereka pasti bersedia untuk menerima dan memberi.

cuba cik puteri fikir2kan, apa pengorbanan yang telah org melayu berikan untuk mencapai perpaduan? apa pula pengorbanan orang cina dan orang india?

Pena Biru said...

masalah akan timbul sekiranya ada pihak yang mengatakan bermati-matian bahawa mereka mahukan perpaduan tapi dalam masa yang sama, hanya mahu menerima tapi tidak mahu memberi.

kowrie said...

Sejarah telah membuktikan bahawa perpaduan amat penting dalam apa jua perkara. Dari Revolusi Perancis, Amerika dan Filipina tanpa perpaduan yang jitu dari rakyatnya sudah pasti sesuatu sejarah tidak akan tercatit.

Oleh itu, perpaduan perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Peranan guru-guru dan ibu bapa amat penting dalam mencorakkan paradigma anak-anak kini yang ketandusan semangat patriotik terhadap negara.

Seperti pendapat Pena Biru, saya juga berfikir kenapa hanya sebelah pihak memberi dan menerima bukan kedua-duanya? Jawapannya terletak di bahu semua pihak. Tidak kira pangkat atau darjat samada penoreh getah, peladang, CEO atau ahli politik. Semuanya terletak di tangan mereka.

Bagaimana untuk mencorakkannya? Kita semualah yang akan mewarnainya.

http://kowrie.blogspot.com

Bella Zulkifly said...

[dear kowrie]

kerana perpaduan perlu dpupuk sejak bangku sekolahlah, saya setuju dgn pemansuhan sistem sekolah vernakular, cuba kita lihat sekolah-sekolah yg dkenali sbg sekolah kbgsaan, berapa yg ada pelajar kaum lain selain melayu?
jika menggunakan sistem sekolah kbgsaan sahaja, semua bangsa menggunakan pengajaran yg sama, bahasa pengantar yg sama, bukankah ini yg kita pelajari dlm silibus sjarah tgkatan lima yg menyentuh tntg elemen pencetus perpaduan?

Bella Zulkifly said...

[dear pena biru]

ya saya bersetuju bahawa toleransi hanya wujud melalui sistem 'menerima dan memberi'.

cuba kita lihat sejak zaman pemerintahan pak lah, semakin banyak permintaan2 drpd bangsa lain dimakbulkan... untuk berkurang? jauh sekali, kalau tak, banyakla lagi demonstrasi.

tetapi apabila sudah mencapai tahap mempersoalkan kedudukn istimewa, cuba encik pena biru fikir2kan, bukankah itu satu tindakan sengaja mencabar bangsa utama. termaktub dlm perlmbagaan, perkara itu sensitif, lgpun kita bukn mendapat hak itu secara senang lenang, kita tukar dgn citizenship. tanpa citizenship tersebut, mereka mungkin bernasib sama dgn PATI, tak dpt jadi rakyat, apatah lagi berpolitik spt hari ini.

sy tidak menuntut sebarang pemberian atau penerimaan, cuma setiap tindakan itu sudah boleh kita baca niat tersembunyi bukan? bukannya saya bermaksud menuntut lebih lagi pemberian, tetapi meminta sesetengah pihak cuba membetulkan niat untuk mencapai perpaduan. kita hanya perlu tumpu pada usaha kukuhkan perpaduan. tapi jika ada yg cuba bangkitkn isu perkauman, dlm kata lain membgkitkan semangat perkauman, soal memberi dan menerima jadi soal kedua, soal yg pertama ialah, tak kira apa2 bangsa, harus punya tekad dahulu untuk mencapai perpaduan, soal menerima dan memberi merupakan soal tindakan.
tdk guna kita bermati-matian cuba untuk memberi, sedgkn org lain bukn sahaj tdk mahu memberi, menerima pun tdk mahu...