petang tadi masa boring-boring, bukak channel HBO dan tonton satu filem, tajuknya 'Just Cause', berkisar tentang seorang lelaki kulit hitam, Bobby Earl(bkn nama betul) yang didakwa merogol dan membunuh seorang budak perempuan berusia 11 tahun. Budak itu dibunuh dengan kejam, ditikam dengan beberapa tikaman, dadanya dirobek, lebih kurang cincangla...
tapi senario jenayah tersebut bukan sahaja ada dalam drama, tapi dalam dunia realiti pun ada. tengok cerita tu tadi, teringat kat arwah nurin, arwah nurul huda, dan sharlinie yang masih belum dijumpai. namun apa yang ingin saya perkatakan disini bukannya tentang perihal jenayah dan mangsanya bagi kes bunuh dan keganasan seksual keatas kanak-kanak, tapi satu tabiat atau trend penjenayah kes ini, yang sudah banyak kali saya terbaca dan tonton, terutamanya melalui saluran discovery, kalau tak silap tajuknya, crimes discovery.
saya pasti penyakit penjenayah ini yang akan saya kupas sudah lama dikaji dan berlambak dalam buku-buku psikologi dan psikiatri, namun pada pandangan saya, masyarakat kita belum sedar tentang hal terbabit. apa yang saya ingin perkatakan disini ialah tentang TENDENCY atau lebih dikenali sebagai KECENDERUNGAN. baiklah, melalui apa yang saya tonton dan saya baca, apabila seseorang penjenayah yang terlibat dalam kes-kes pembunuhan kejam seperti kes bunuh keatas kanak-kanak, kes-kes yang 'luar biasa', biasanya semasa soal siasat, penjenayah itu akan dikaji oleh pakar psikologi tentang latar belakang keluarga, pengalaman semasa kecil, trauma dan fobia sepanjang hayat, dan bermacam-macam lagi kesan psikologi. kenapa? kerana mereka membuat kesimpulan awal bahawa apabila seseorang itu bertindak melampaui batas kemanusiaan, sudah tentu ada perangsang atau 'booster' yang mencetuskan semangat penjenayah untuk berkelakuan kejam. seperti penjenayah tersebut bertindak membalas dendam, seolah-olah penjenayah itu bukan menjadi diri sendiri ketika melakukan jenayah terbabit. bagi sesetengah kes, memang situasi ini wujud, dan kesimpulan yang dicetuskan berkemungkinan betul. tapi saya terfikir, mungkinkah ada penjenayah yang melakukan jenayah kejam dengan menjadi diri sendiri? maksud saya, tidak dipengaruhi mana-mana faktor,mereka enjoy melakukannya, dianggap bukanlah sesuatu yang penting, melakukannya seperti melakukan rutin harian, atau lebih tepat, jika penjenayah itu menyeksa mangsa dengan kejam, membunuh, merobek badan, dan sebagainya, mereka melakukannya tanpa dipengaruhi oleh faktor psikologi, jika mereka bertindak kejam, maka itulah diri mereka. saya fikir ada.
saya masih ingat dialog watak pembunuh sebenar dalam filem itu, dialognya berbunyi, "setiap pagi saya didatangi ahli psikiatri yang bertanya tentang latar belakang, adakah keluarga saya bermasalah, adakah saya ada pengalaman buruk. tapi hal saya ini tiada kaitan dengan baik atau jahatnya ibu bapa saya, tak kira baik atau buruk latar belakang saya, semuanya tiada kaitan. saya melakukan jenayah itu kerana minat saya untuk melakukannya, saya melakukannya sebagai hobi, saya cenderung kearah itu, itu adalah KECENDERUNGAN saya". nampak? kita teliti apa yang dimaksudkan dengan kecenderungan. kecenderungan merupakan naluri biasa yang ada dalam setiap diri manusia. saya cenderung untuk melakukan itu, dia cenderung melakukan ini... cenderung lebih kurang sama ertinya dengan apa yang kita minat untuk lakukan atau hobi. dan juga menjadi satu kecenderungan juga kepada penjenayah terbabit untuk meuaskan nafsu keatas kanak-kanak, dan juga kecenderungan mereka untuk memperlakukan kanak-kanak dengan kejam seperti menyeksanya. contohnya kita lihat mereka yang cenderung untuk menonton video lucah. berapa ramai populasi dunia yang menonton? ramai, adakah jumlah seramai itu menghadapi masalah psikiatri? tak juga... mereka hanya cenderung, mereka menjalani rutin harian biasa, pergi kerja, makan minum, main dengan anak-anak, dan tonton vcd lucah... "cenderung.".begitu juga bagi mereka yang terlibat dengan laman web fidofilia, mereka merupakan manusia biasa, tetapi cenderung kearah kanak-kanak secara seksual.
jadi mungkin kita juga patut memberi perhatian kepada faktor kecenderungan yang membawa kepada keganasan seksual dan pembunuhan kejam keatas kanak-kanak. kecenderungan biasanya dipilih oleh diri seseorang sendiri, jadi tumpuan kearah didikan secara rohani dan pembersihan jiwa amat penting. apabila jiwa bebas daripada unsur tidak sihat, secara automatik, minda akan berfikir dengan cara yang sihat, dan memilih kecenderungan yang sihat(macam reflex action plak).
jadi persoalannya, tugas siapa ek?
p/s: tiba-tiba teringat kat sherlock holmes...., guys, pandangan diatas merupakan pandangan saya secara individu, jadi jika ingin jadikan sumber rujukan, terserah kepada penilaian anda.
3 comments:
be careful for wut u had written..
erm,pasal blog che det saya selalu tgnk..start dari awal tahun ag sy selalu tgnk perkembagan dr.m kita..
Tahniah atas penulisan ini. Bagi seorang yang berusia semuda saudari - di negara ini dan dalam konteks hari ini - itu satu penulisan yang cukup baik kerana menggambarkan sikap kepedulian sosial yang tinggi yang dimiliki oleh saudari. Kita perlukan lebih ramai anak muda yang peduli dengan perkembangan persekitaran, serta mampu berfikir secara matang dalam mengolah apa sahaja yang berlaku di sekeliling. Cuma, sebagai seorang penulis haruslah diingati bahawa saudari harus bertanggungjawab atas penulisan saudari. Harus yakin bahawa apa yang saudari tulis itu adalah benar, berdasarkan kepada penyelidikan, pembelajaran dan sebagainya; dan saudari harus punya keberanian mempertahankan pandangan itu jika yakin pandangan itu benar. Namun, jika terbukti sebaliknya, saudari harus bersedia pula untuk menanggung natijahnya.
Tentang hal penjenayah yang cenderung melakukan jenayah, saya tidak bersetuju sama sekali dengan pandangan saudari bahawa ada penjenayah yang melakukan jenayah dengan menjadi diri mereka sendiri. Jika pandangan saudari begitu, itu bermakna saudari menyatakan bahawa ada manusia yang 'fitrahnya' tidak baik. Pandangan ini adalah sama seperti pandangan Thomas Hobbes - seorang ahli falsafah Inggeris - yang menyatakan bahawa manusia dalam keadaan fitrahnya berada dalam keadaan yang tidak baik. Namun, sebagai orang Islam yang mempercayai Al-Qur'an dan Al-Hadith itu merupakan dua sumber yang paling tinggi autoritinya, seharusnya kita menjadikan Al-Qur'an dan Al-Hadith itu sebagai panduan kita.
Nah, dalam salah sebuah hadith Rasulullah s.a.w. (yang saya tidak hafal matan hadith tersebut, maaf), baginda menyatakan bagaimana setiap anak yang baru lahir itu adalah ibarat "kain putih", dan ibubapanya lah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Hal ini bermakna, setiap manusia itu, secara fitrahnya adalah dalam keadaan yang suci dan bersih daripada sebarang dosa dan noda. Manusia menjadi jahat, kerana kegagalan seseorang manusia itu untuk mengenali dirinya sendiri dalam hubungannya dengan Tuhannya.
Tentang hal "kecenderungan" yang saudari sebutkan, kecenderungan itupun bukannya sesuatu yang fitrah sifatnya, tetapi merupakan sesuatu yang terbina hasil daripada proses pembentukan dan pembelajaran yang tidak betul. Pada asalnya, fitrah manusia itu baik. Namun, andaikata manusia itu terdedah kepada sesuatu yang tidak baik, contohnya ia didedahkan dengan filem-filem ganas, dibesarkan dalam suasana yang ganas, ketika kecilnya lagi sudah pernah melihat pembunuhan, ataupun mungkin dibesarkan dalam suasana yang ibubapanya tidak peduli tentangnya, akhirnya akan terbentuk mesej-mesej yang negatif dalam dirinya. Harus diingat, akal manusia terbatas: seringkali akal kita gagal membezakan antara yang baik dan yang betul. Nah, apabila sudah tertanam dalam minda mesej-mesej yang negatif, apa yang akan berlaku adalah tabiat seseorang itu pun akan menzahirkan mesej-mesej yang sudah sedia tertanam itu tadi. Apabila melalui perilakunya sudah melakukan sesuatu yang tidak baik, kemudian perilaku itu diulang-ulang, akhirnya perilaku itu akan menjadi tabiat. Itulah yang berlaku kepada para penjenayah 'bersiri', yang seolah-olah melakukan jenayah hanya kerana itu kecenderungan mereka. Hakikatnya tidak, mereka begitu kerana latarbelakang mereka telah menyebabkan mereka jadi begitu. Juga - penting difahami - mereka jadi begitu kerana mereka memilih untuk jadi begitu, sedangkan manusia diberikan Tuhan dengan kapasiti untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.
Apapun, Allah jua yang Maha Mengetahui.
Post a Comment