Thursday, December 11, 2008

Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba

kalau ikut kamus peribahasa, 'bagai bulan jatuh keriba' bermaksud mendapat keuntungan besar yang tak dijangka. tentu gembira kan bila dapat keuntungan yang tak dijangka. tapi kalau dirujuk kepada istilah 'keuntungan tak dijangka' tentulah keuntungan yang kita ingat kita tak mungkin dapat. atau keuntungan yang tak setimpal dengan usaha. kita yang berusaha, dah tentu kita dapat menjangka pulangannya bukan. dan tak salah pun jika mendapat keuntungan tersebut. Allah Maha Kuasa, Dia boleh memberi rezeki yang hebat keatas sesiapa yang dikehendakinya, namun ingat, apa yang dikurniai keatas manusia tidak lebih dari sekadar ujian. jangan lupa bersyukur! memang ada orang yang dikurniakan dengan keuntungan sebegitu rupa, ataupun rezeki.

apabila sudah mengetahui bahawa ada sesetengah kejadian 'bulan jatuh ke riba', ada segelintir yang mengambil keputusan untuk malas berusaha, lantas mengambil keputusan untuk menunggu bulan jatuh keriba. biasanya, peristiwa 'bulan jatuh ke riba' jarang berlaku, atau ianya lebih dikira sebagai nasib. apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha untuk mencapai sesuatu atau kejayaan daripada hanya menunggu keuntungan yang tidak pasti.

saya beri satu contoh, cuba kita lihat, jika manusia ingin mencapai bulan, manusia perlu menunggu bulan datang kepadanya? TIDAK. manusia yang perlu berusaha, berlatih di pusat latihan angkasawan, jalani pelbagai ujian, dengan menaiki kapal angkasa dan menuju kebulan. barulah boleh sampai kebulan. kalau nak tunggu bulan sampai kepada kita, tak mungkin, kalau jadi pun, dalam dua peristiwa je. kalau bulan betul-betul jatuh keriba manusia, manusia itu mati, kedua, hari kiamat. ya, kalau manusia pergi kebulan, belum tentu sampai, tapi ada kemungkinan sampai walaupun ada juga kemungkinan tak sampai, sekurang-kurangnya ada usaha kearah itu. daripada tunggu bulan datang kepada kita, sampai bila-bila pon tak jadi.

maksud tersuratnya, analogi tentang ingin mencapai bulan itu, saya simbolkan sebagai satu cita-cita yang besar. usaha menuju kebulan pula saya simbolkan sebagai usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. pengajarannya, kita boleh bercita-cita besar, malah digalakkan, namun janganlah hanya angann-angan mat jenin sahaja, usaha kearah mencapai matlamat perlu dilakukan.

semoga kita semua menjadi orang yang hebat-hebat dan bercita-cita tinggi. moga kita diberi semangat yang kental dalam merealisasikan cita-cita, InsyaAllah.

p/s: teringat kata-kata Rudyard Kipling, "dream..., but don't let ur dream becomes ur master."

1 comment:

kowrie said...

bulan jatuh ke riba? memang betul ape yang nabilah cakap tapi adakalanya semua itu berbeza dari persepsi orang lain. Nabilah saya dah follow blog awak so kalau boleh awak pun follow gak blog saya nie. Terima kasih. http://kowrie.blogspot.com